Thursday, March 17, 2011

-Aku Anti AUKU-

Tamat siasatan kes Demo Air..sahih: Dakwaan akan dikenakan..aku akan dibicarakan..hukuman akan dijatuhkan..semuanya di bawah AUKU..

buka mata: tak cukup lagi bukti AUKU itu kejam?? tak cukup lagi bukti AUKU belenggu mahasiswa?? Apa salah seorang warganegara yang sah, hanya kerana aku mempunyai pandangan politik berbeza..hanya kerana ak...u menyumbang suara dalam ribuan khalayak masyarakat dan mahasiswa yang peduli dengan kesusahan rakyat..hanya kerana aku suka warna biru+merah?? hanya kerana aku ada cita-cita?? hanya kerana aku percaya kepada perjuangan demi rakyat??

ini kah "hak kebebasan bersuara warganegara dijamin oleh perlembagaan??"

Mahasiswa adalah jurubicara rakyat..

mana relevan AUKU??

-AKU ANTI AUKU-

Impian jadi kenyataan: AUKU kah AKU??


Wajah baru..wadah baru...nafas baru..

hari ini sekali lagi kena panggil dengan HEP untuk siasatan kes Demo Air Disember lepas.. seperti yang aku war-warkan dalam Facebook dan Page LMP, kes ini adalah kerja khianat Aspirasi yang tak fikir panjang, dan hanya pandai main politik kotor ala bapak angkat dorg.

Mereka lupa, semakin kita didesak, kita akan lebih mendesak.

Mood hari ini tenang dan relax je.. apa nak jadi hari ni, jadi..aku dah sedia..

Andai kata siasatan rasmi hari ini mendapati aku layak dibicarakan dan didakwa..silap besar.. Aku tak kacau korg, kenapa korg kacau aku?? kalau berada di pihak yang betul, takkan ada 7000 mahasiswa lain yang turut berada di Masjid Negara hari tu??!!

Semalam, aku sempat intai fail kes yang akan dibuka hari ini..wahh..ade frasa "kaedah di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti..". Tahniah UPSI, berani gak pakai AUKU.. andai kata betul apa yang aku jangka nih, sedialah wahai UPSI..aku takkan berdiam diri.. jangan ingat aku bodoh...

Agak2lah!!!

ironisnya, aku pernah tulis pasal Auku, dan belenggu terhadap mahasiswa tahun lepas..terima kasih banyak2 UPSI..anda merealisasikan impian seorang mahasiswa yang dahagakan perjuangan.. biar aku tunjuk bukti nyata dan hidup kepada semua mahasiswa UPSI..AUKU ITU KEJAM!!

sekarang jam 10.45 pagi.. lebih kurang 4 jam lagi ke saat menegakkan keadilan..

Hidup, Hidup!! Mahasiswa!!


aku ambil kesempatan ini untuk ucapkan takziah kepada Jepun.. Jepun, kami bersama anda!!

Thursday, March 3, 2011

*iklan*




huhu...jangan lupa, setiap kali singgah, klik dekat advertisement di sebelah... untuk tambah pendapatan aku yg sememangnya miskin..huhuuu!! klik je, tak kna pape pun...=)

*tgh simpan duit nak beli Bayliner Discovery 288 seperti yg diatas.seriously!!*

Wednesday, March 2, 2011

Mengapa Kita Begini??



OK..take 5 sebelum sambung buat assignment.

Mari kita sentuh sedikit isu yang cukup dekat dengan kita: persepsi buruk dan masa depan kita, mahasiswa UPSI.

Bila cakap soal masa depan: mahasiswa UPSI hanya nampak "cikgu" dan "sekolah".. aku pandang dari sudut berbeza.. mengapa perlu kita hanya lihat dari sudut itu semata-mata? adakah kerana kita pemegang ISMP (pendidikan) maka kita sendiri menutup skop dan pencapaian masa depan kita? adakah kerana perkataan "pendidikan" yang ada pada Ijazah kita kelak, kita hanya layak jadi cikgu? mengapa saban hari, kita makin disisihkan dari pelbagai sektor? sudahlah tak dapat kerja tempat lain selain sekolah, dah tu pulak, nak dapat penempatan (posting) pun punya payah..jawapannya: kita sendiri yang letakkan diri kita pada tahap ini. tahap yang kurang kualiti sebagai mahasiswa. kita sendiri yang pandang rendah pada potensi diri kita.

seseorang yang tidak berpandangan jauh, halatujunya dikecilkan dan disempitkan, memang akan jadi jumud dan tidak berkualiti. itu apa yang berlaku pada kita mahasiswa UPSI. kita hanya letak aras dan matlamat kita pada "bakal cikgu".. kenapa?? tak layakkah kita jadi pegawai diplomat? tak layakkah kita terjun dunia politik? tak layakkah kita jadi motivator? tak layakkah kita bekerja di kedutaan?? tak layakkah kita jadi jurubahasa? tak layakkah kita jadi sasterawan? tak layakkah kita jadi pemimpin?? tak layakkah jadi penulis atau kolumnis?? tak layakkah jadi pelukis?? tak layakkah jadi ahli muzik?? tak layakkah jadi juruacara?? tak layakkah jadi ketua daerah?? tak layakkah jadi pensyarah?? tak layakkah jadi jurulatih olimpik?? tak layakkah jadi atlet? tak layakkah jadi pemikir?? tak layakkah jadi Gabenor Bank Negara??

Dalil mana yang kata MAHASISWA UPSI HANYA MAMPU JADI CIKGU DAN CIKGU SAHAJA???

buka mata, masa depan kita di sini sebenarnya cerah dan boleh diperkembangkan ke banyak cabang pekerjaan..jangan kita sempitkan matlamat kita sendiri. mahasiswa UPSI bukan hanya cikgu, tapi pandidik, dan pemimpin. simpan dalam hati, jangan bila dah masuk UPSI, terus buang cita-cita kita selama ini. ada yang bercita-cita utk jadi diplomat..tapi bila masuk UPSI, ubah terus jadi cikgu..buang jauh2 cita2 yang ada selama ni..

ubah sekarang pandangan anda tentang masa depan. bila anda sendiri tidak percaya pada diri anda, anda sendiri tidak yakin bahawa anda mampu untuk jadi siapa yang anda mahu, itu lah penyebab utama kenapa kita dipandang rendah oleh banyak pihak.

kita tidak progresif..kita terlalu menyempitkan skop kita.

aku sendiri, walaupun tgh ambil TESL, walaupun sedang buat Ijazah Sarjana Muda PENDIDIKAN..aku masih letak cita2 dan ekspetasi yang tinggi terhadap diri aku.

aku tak pernah buang cita2 aku..aku masih yakin, aku mampu capai impian aku.aku tak ikat diri aku dengan persepsi dangkal ke atas diri sendiri..

jadi, sama2 kita fikirkan balik...bila kita tiada cita-cita dan impian, kita takde harapan..dan harapan itu penting untuk memajukan diri sendiri..

Mahasiswa harus sedar, bangkit, dan peduli..jangan diperbodohkan..jangan biar diri diperkecilkan.. Stand on your ground!

Martin Luther King pernah direndah-rendahkan kerana ucapannya I Have A Dream tu..akhirnya, lihat bagaimana sejarah melihat beliau hari ini??

Tiada cita-cita yang terlalu tinggi untuk dicapai..=)