Tuesday, August 31, 2010

Merdeka!!! (???)



31 Ogos..tarikh yang kalau kecik2 dulu cukup aku nantikan. tarikh yang aku anggap hari untuk bercuti, bersenang-senang, bangun lewat, berhip hip hooray, dan segala bagai interpretasi "kemerdekaan" lagi buat aku. klw di sekolah, rajin gak aku join aktiviti bertemakan kemerdekaan..nyanyian lah, hias kelas lah, baca puisi lah, pementasan lah..mcm2 lagi.. tapi antara sedar atau tidak, semakin lama, aku mula tak berminta dengan tarikh ini. tak patriotik lagi kah aku??

atau, semakin aku dewasa, semakin aku sedar, ada benda yang tak kena dengan tarikh ini??

aku suka layari blog-blog yang banyak memperdebatkan hal ini.. dan aku tekankan di sini, mereka bukan bloggers tak bertauliah(mcm aku..). mereka adalah pengkaji sejarah, cerdik pandai dan orang-orang yg sezaman dengan merdeka..blog menjadi wadah mereka kerana kebebasan bersuara yang ditawarkan melalui blog. lagipun, Malaysian kan suke baca blog..itu medium terbaik bagi mereka.

antara banyak blog yang aku layari seperti tukartiub, sepuluh tahun sebelum merdeka, dan sekapal dengannya..kebanyakkanya merumuskan, negara kita merdeka dengan cara yang..agak...tidak membanggakan..................digambarkan pejuang2 United Malays National Organisation sebagai pembela bangsa dan negara..benarkah??? kaji semula pembaca budiman..siapa yang mati dibedil?? siapa yang dibuang negeri?? siapa yang diisytiharkan pengkhianat Tanah Melayu?? siapa pula yang menggelar diri pejuang kemerdekaan..?? sedangkan kita merdeka dengan cara yang...aduh..........kurang bermaruah..menjilat punggung penjajah..bersekongkol dengan mereka...bentuk negara ini mengikut selera penjajah..

bukan tidak berterima kasih,cuma kecewa, kenapa sejarah dipermain2kan sebegini rupa? sejarah tetap sejarah...jangan lah suka hati ubah sejarah untuk jaga imej sesetengah pihak..
memperbodohkan anak2 muda dan generasi kecil adalah kerja mereka selama ini.. kenapa takut pada sejarah?? ini realiti, bukan fitnah... Prof Emeritus Dato' Dr. Khoo Kay Kim pun pernah urge kerajaan untuk buat perubahan secara total mengenai subjek sejarah di sekolah..terlalu banyak benda di sorok..relax arh..klw tak buat salah, buat pe nak nyorok kan???

oh ya..aku letak bendera kat atas tu..kenapa?? tu bendera apa?? tu bukan bendera baru malaysia..itu bendera asal yang sepatutnya diguna pakai kita.. sang saka merah putih seperti singapura dan indonesia adalah lambang maruah nusantara..kepulauan melayu..
merah tanda darah dan maruah, putih itu suci..putih kesucian berada di bawah merah sebagai 'bumi' yang menyokong darah maruah..kalau 'bumi' suci berwarna putih itu hilang, maka tumpahlah darah, gugurlah maruah..itu dia nilai dan maksud bendera itu..bukan mcm sekarang..14 jalur tanda 14 negeri dalam Malaysia..kalau Sabah Sarawak keluar Malaysia satu hari nanti mcamna??? kurangkan bucu bintang dengan jalur?? hahaha.. ooopss...terlebih dah ni..menghina bendera kita...tapi tak kira berapa ribu kali aku tengok bendera 'kita' nih...aku masih lagi rasa aku tengah tgok bendera Amerika sambil nyanyi lagu Mamula Moon....hmm... Amerika tiru kita kot......( kalau tak tau ape die Mamula Moon, sila tanye TV atas jaluran- Youtube..)

lagi satu..sikit lagi sebelum habis.. sepatutnya, tarikh hari kebangsaan (hari kebangsaan, bukan hari merdeka!) kita, klw kita ikhlas bergabung dengan Sabah Sarawak, perlulah diubah ke 16 september..itu yang semoleknya, memandangkan kita kata kita Malaysia..Malaysia ditubuhkan 16 september, bukan 31 Ogos.. 31 Ogos hanya ada Federation of Malaya.. eh?? ikhlas ke kita bergabung dulu?? atau, pemimpin2 di semenanjung ni hanya terliur tengok kekayaan bumi di Borneo selepas habis bumi semenanjung botak di kerjakan??? musykil....ishh..tak baik..tak baik...

hmm..tu jelah...banyak lagi nak tulis, tapi takut nanti jadi lain lak....sorry ek, sape yang panas hati baca tulisan nih.....huhu....skema sangat pun tak best btol?? kna lah nakal2 sikit...ahakx!

( bile muncul malam Merdeka, maka jutaan Ringgit pun dibakar ke udara..anak2 muda pun bersuka ria..malam di Kuala Lumpur jadi siang..hingar dan bingar...manusia jadi beruk...tak kenal mana batas2 moral...Agak-agaklah!!)

Thursday, August 19, 2010

Cerita sahur di pagi ini..(prejudis kita-orang Malaysia dan Melayu)



pagi td sahur dgn Tamrin kat Kafe Azizan.. 2nd time bersahur luar.. puncanya?? takde pape pun..saje tukar selera..

tapi bukan ape yg kitorg makan, apa yg kitorg minum, berapa harga makanan kitorg yg nak dicoretkan kat cni..tapi ape yg kitorg masing2 bualkan pagi td.. aku ada satu kegemaran, iaitu berbual berdua dgn Tam- seorang Iban berdarah Melayu Sarawak. seronoknye berbual dgn die nih adalah pandangan die ttg sesuatu isu tu; walaupun kadang2 detail sgt2 (sampai jadi bahan gurauan) tapi menarik klw dikupas satu persatu.. background kehidupan die byk bagi aku idea untuk berfikir.. cerite2 die, yg kebanyakkannye mngenai keluarga dan kehidupan die, somehow cukup sesuai untuk aku jadikan bahan berfikir.

pagi td berjalan seperti biase.. kitorg mkn berdua, bual2 kosong, hinggalah akhirnya (seperti biasa) masuk ke bab yang lebih berat dan serius- apa maknanya menjadi Islam di bumi Malaysia. menarik pandangan Tam bila dia kongsi betapa prejudisnya masyarakat terhadap orang Islam-samada Mualaff atau pun Islam-non-malay. bile di kenang, ditilik, difikir2kan..ada benarnya dakwaan Tam.. Islam di Malaysia nih, telah diMelayukan. hebatnya orang Melayu nih.. bayangkan, permulaan dakwah Islamiah dulu- orang Arab di Islamkan, tapi Malaysia ni hebat...Islam itu di Melayu kan.. asal namanya memeluk Islam,Melayu lah org tuh..

prejudis masyarakat terhadap mualaf, walaupun bukan semua Melayu mcm nih, tapi sedikit sebanyak masih berlaku-apabila mereka ini sering dicerca dan direndah2kan. direndahkan martabat mereka, seolah2 mereka masuk Islam kerana tagihkan duit zakat(mcmlah duit zakat benar2 diserahkan pada mualaf), nak hak keistimewaan, nak simpati orang lain.. Ya Allah..mcm ini ke Islam yang kita nak tunjukkan?? patutlah org Melayu sendiri ramai yg murtad.. tercemarnya budaya dan identiti Islam kerana prejudis masyarakat yang selalu anggap, Islam hanya untuk orang Melayu. perbualan kitorg nih tadi jgak bawak aku mngenang kembali peristiwa berdialog dgn seorang Mualaf yg cukup pintar bagi aku. berpeluh2 aku menjawab persoalan2 dia.. betapa kritisnya pemikiran die terhadap kandungan Al-Quran, persepsi die terhadap Islam, apa makna menjadi Islam, cara hidup Islam..di akhir dialog kami, konklusi yang kami sama2 jumpa dan setuju; sama dengan apa yang dirumuskan aku pagi tadi- Islam di bumi Malaysia ini di Melayukan.

aku ada satu pandangan terhadap mualaf: mereka ini wajib dan sangat dihormati. kerana mereka ini bagi aku jaaaaaaaaaaaaaauhhhhhhhh lebih mulia dan terpuji berbanding Melayu Islam ini.. kenapa?? kerana kita lahir sebagai Islam, kita tak pandai hargai agama kita, kita tak tau nilainya..sehingga lah kita semakin mendekati penghujung nyawa rasanya baru kita mula sedar nilai menjadi Islam. berbeza dgn Mualaff, besarnya hidayah yang diterima mereka-apabila mereka menjumpai Islam. beratnya ujian yang mereka tanggung untuk menjadi Islam. jarang sgt aku dengar kisah2 mualaf yang senang lenang menjadi Islam. yang aku banyak dengar, mualaff yang nampak keindahan Islam pada peringkat awal, apabila memeluknya, kecewa apabila keindahan Islam itu tak wujud pada penganutnya, in other words kita; Melayu Islam.

kemudian, aku sempat gak flashback ke peristiwa paling meruntun hati aku. malam tu aku ketinggalan bas dan train untuk pulang ke Tg Malim lepas jumpa bakal 'orang rumah' aku-cik Nur Zafirah kite nih. maka terpaksalah aku berjaga di KL sentral.. di halaunya oleh polis bantuan keluar dari bangunan..tak tau lah sebab ape..semak agaknya..(yang ni akan aku kritik nanti..inshaallah). maka lepaklah aku kat luar bangunan, berhadapan taxi stand. dilihat aku, ramai kutu2 rayau, yang tidur bergelimpangan di kerusi2 menunggu.. agak kesian..mane anak2 dorg? mana ahli2 keluarga dorg?? nasib baik aku bawak buku, boleh bace2. nk tido, tak bleh lah...tak selesa.. sedang aku leka membca nih, tibe2 tiga empat biji kereta berhenti di hadapan kami(merujuk kepada kutu2 rayau nih). turun hampir belasan anak2 muda, yg aku kira, berumur antara 18 ke 20an.. berbangsa apa, aku tak pasti. ada sesetengah dari mereka yang aku kire, melayu, tapi hanya dalam seorang due, selebihnya, berbangsa asing. mereka datang membawa beberapa bungkusan makanan dan minuman. nah, sedarlah aku, mereka sedang membuat amal jariah di waktu jam sedang menunjukkan 2 pagi. menarik! aku kire, ini rutin anak2 muda ni. diagih2kan makanan tersebut kepada kutu2 rayau ini. sayu hati aku tengok. habis2 tu, diorang pun beransur...nampak kepuasan di muka mereka.. siapa mereka?? inshaallah, aku akan cari siapa. tak sampai sepuluh minit kemudian, tiba2 datang sebuah van kelabu, yang ditampal pintunya dengan sekeping kertas untuk menutup logo persatuan atau pertubuhan mereka. datang beberapa lelaki melayu dan india bertubuh gempal, menyuluh mata kutu2 rayau ini. pedihnya..kasar perlakuan mereka ni.. lalu kutu2 ini di tangkap, dan dihumban ke dalam van..aduh.... sakitnya... rase mcm nak sgt pergi kat lelaki2 ni and maki2 balik. baru sekejap tadi sekumpulan anak muda menunjukkan dalam dunia ini, tanpa mengira siapa kau, apa agama kau, dan apa bangsa kau, kau tetap manusia yang perlukan belas kasihan, tapi kini, datang segerombolan manusia yang menunjukkan ego masing2. aku beranikan diri tanye polis bantuan, kenapa ditangkap dorg nih?? polis tu jawab..mereka ni kotorkan pemandangan KL Sentral.. Ya Allah...mereka itu pun manusia..hina kah mereka?? aku pun sama mcm mereka2 tu, duduk melepakkan diri kat situ, cume bezanya, aku berpakaian kemas dan bertemankan buku... =(

peristiwa malam tu dan pagi ni banyak buka mata aku... moga satu hari aku dapat lihat tiada lagi prejudis yang sebegini-prejudis terhadap bangsa dan taraf sosial, berlaku atas bumi Malaysia...aminn =(


(p/s: kredit to Tamrin, tak bosan duduk lame2 bersembang and melayan otak 'politik' aku! and cetuskan idea pagi ini)

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kareem Sudah Tiba!


Ramadhan sudah tiba! teringat zaman kanak-kanak..bulan ini bulan paling aku tunggu..kenapa??? sebab aku tak suka makan time kcik...hahaha..nak bagi aku makan tu mama terpaksa sumbat dalam mulut..hahaha... bila bulan puasa, aku tak yah makan!! huhu..tapi lama2 lapar pulak..
first time puasa dlu, kenangan paling tak boleh dilupakan adalah bila mama terpaksa tidur atas perut aku untuk bagi aku tahan lapar..hahahaha...adoi...banyak lagi kenangan tak leh lupe..

zaman sekolah dulu pun lawak gak...macam mana aku n kawan-kawan dlu lawan sape paling byk ponteng puasa(apekah???)...hahaha...ramai2 g mcD, take away, n makan dlm toilet..time2 gitu, mangkuk tandas pun nampak bersih, boleh buat meja.. XD

dan yang paling terkesan sekali, macam mana zaman2 rock dlu, pakat ramai2 dgn geng2 jahat ni bawak makanan baki sahur atau berbuka semalam...makanan paling mewah pernah aku seludup time tu kepak ayam percik..berebut mkn..hahaha...then, kantoi dengan cikgu..yang bestnye, aku sorg je kantoi..habih die ugut aku suruh petik nama sape yang ponteng sekali...klw tak petik, die nak call van mayat angkut aku...adoiyai....

kantin sekolah aku dulu memang aku anggap kantin terbaik dalam malaysia...makanan dorg mewah..berbaloi dgn harge yang dibayar...bulan puase pun dorg masak serupe tu gak..so, habih je waktu sekolah, cepat2 kitorg g kantin, bungkus nasik, makan dlm stor..tiap hari aku bedal lauk yang same: nasi, paru sambal, ikan keli...sedap gilos!! yang tak tahan, aku ingat lagi...penolong kanan kitorg pun same je!! tak puase gak!! kantoi dgn kitorg, die masuk dapur kantin ikut pintu belakang..sjak dari hari tu..klw nmpk muke die je, aku mesti gelak dalam hati...adoi....

tapi, tu semua dulu lah...sekarang nih....malu gak lah nak buat gitu...tapi mcmne pun...harap2 ayam goreng kedai azizan depan kolej nih tidak digoreng awal2.....tak tahan aku bau die!!! XD

teringat dulu ayah ajar aku..puasa nih selain menahan lapar, kena tahan nafsu... puasa nih, nak bagi kita ingat kepada nasib2 orang yang susah..orang2 yang tak dapat makan mcm kita..hidup kais pagi makan pagi...hmm........moga ramadhan ni dapat bagi keinsafan kat smua orang..termasuk diri ini...aminn....

Adam Adli mengucapkan selamat menyambut kehadhiran bulan penuh rahmat-Ramadhan.. semoga amalan kita diterima Allah..

Tuesday, August 3, 2010

KAMI BUKAN BODOH!




bila kami bersuara, kau suruh diam..
bila kami mengeluh, kau suruh bersyukur..
bila kami lemas, kau tambah beban..
bila kami berontak, kau panggil pengkhianat..
bila kami lawan, kau jadikan kami tahanan..
kami bukan bodoh!

pernahkah kau faham?
kami dahagakan perjuangan..
kami dahagakan ideologi..
kami dahagakan perhatian..
kami mahu didengari..
kami punya jutaan idea untuk dinilai..
kami punya jutaan masalah minta diselami..
kami punya seribu satu keluhan..
kami punya selautan soalan..
dan selangit jawapan..
kami bukan bodoh!

"kami hanya mahasiswa??"
itukah yang kau mahu dengar??
kami tak rela digelar sebegitu..
"kami adalah mahasiswa!"
itu yang selayaknya buat kami..
kami korbankan belasan tahun di sekolah..
kami habiskan ribuan ringgit..
untuk sampai ke tahap ini..
untuk kami buktikan..
kami adalah yang terbaik..
untuk kami buktikan,
anak muda adalah harapan negara..
kami sayangkan negara kami..
kami tak rela kemungkaran didiamkan..
kami tak rela diperkotak katikkan..
kami tak rela hanya jadi tunggangan..
kami tak rela jadi pengampu..
kami bukan bodoh!

sampai bila harus kami begini??
sampai bila kami mesti dibisukan??
sampai bila harus kami memekakkan telinga??
kami bukan bodoh!

disaat engkau bermaharajalela..
bergelumang wang ringgit..
yang diperah dari keringat rakyat..
yang dikongsi bersama kroni..
yang dikaut dari rasuah dan suapan..
konon komisyen..
jutaan rakyat marhaen jadi mangsa..
jutaan fakir minta dibela..
jutaan anak muda hilang arah dan punca..
jutaan kanak-kanak hilang perhatian..
jutaan warga tua dilupakan..
bagaimana harus kami berdiam diri??
bagaimana harus kami telan??
kami bukan bodoh!

perlukah kami jadi pengkhianat negara?
agar kami mampu didengari??
perlukah kami jadi pemberontak?
agar kami mampu membela yang tertindas?
andai itu yang selayaknya..
kami rela..
kami bukan bodoh!

wahai yang berkuasa..
cukup-cukuplah..
kami bukan bodoh!

(bebaskan mahasiswa dari belenggu AUKU!)