Friday, February 17, 2012

Jom turun Kuantan!





26 hb Februari, kalau kamu anak muda yang cintakan bumi ini, maka wajarlah kamu turun ke Kuantan!

Ingat peristiwa Bukit Merah dua dekad lalu?

Berapa ramai mangsa radiasi??

Salah satu famili yang terjejas>>>


Penduduk-penduduk Bukit Merah yang berjaya halau operasi kilang nadir bumi di Bukit Merah dahulu akan turut bersama dengan penduduk Kuantan pada 26hb Februari ini..

Jom halau kilang kapitalis bangsat yang sudah pun dilesenkan oleh kerajaan untuk beroperasi...

26hb Februari 2012...be there!

lebih info: stoplynas.org

p/s: Aman Kampus? Dapat diorang ni kita ikat diorang kat pagar kilang Lynas..nak tgok selamat ke tak... Mulut disumbat duit sampai hati jadi buta.. kah kah kah!

Saturday, February 4, 2012

Puisi Sudah Jadi Senjata

Tak perlu cari salakan2 pembenci sebelum2 ini. Sudah aku padamkan semua. tak baik untuk kesihatan aku, kamu dan mak ayah aku.

Aku hidangkan aje apa yang aku simpan dalam otak kusut aku. selebihnya orang yang baca nilai sendiri.

aku jelik dan pelik, yang paling banyak di "salak" adalah entri "Hamba Sistem".. Hahaha!

aku bukan Chairil, bukan juga Pak Samad. Tapi nyata puisi pun jadi senjata! =)

Ramai betul yang mengamuk dengan Hamba Sistem.. apasal??? Terasa?? Dan bahasa-bahasa kesat mula dilempar. memanggil orang lain dungu sedang diri korang guna bahasa yang..menggambarkan tahap korang. =) dan aku memang geram, habis aku padam..aku tersenyum je balik.. =)

Dan aku pun teringat pada Pak Samad yang diheret ke balai kerana Unggun Bersih dan Peludah Warna.

Tapi semuanya tak bisa lawan Chairil yang diseksa penjajah Jepun bila "Aku" dibaca mereka.

Puisi sudah jadi senjata..