Saturday, February 19, 2011

Dari HarakahDaily.net

Dari HarakahDaily.net

Calon Pro-M UPSI mungkin disingkir

SERDANG, 18 Feb: Malam menjelang hari pernamaan calon bagi pilihan raya kampus hari ini, menyaksikan seorang calon, Adam Adli dari Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universti Perguruan Sultan Idris (UPSI) telah menerima notis untuk menghadiri pendengaran berkaitan dengan penglibatannya dalam kempen 'Kembalikan Hak Air Rakyat' pada Disember tahun lepas.
Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching (gambar) berkata, jika pelajar terbabit dituduh di bawah Auku Bahagian 15, maka beliau yang menyertai barisan Mahasiswa Progresif mungkin akan menghadapi tindakan penyingkiran atau hilang kelayakan sebagai calon.
Katanya, jika Adam memerlukan keizinan daripada pihak pentadbiran untuk menyertai demonstrasi kempen air tersebut atau menghadapi tindakan penyingkiran daripada kampus, maka barisan Mahasiswa Nasional yang cenderung kepada sekolah juga patut dikenakan tindakan yang sama.
Justeru, ujarnya Presiden MCA dan Presiden Gerakan perlu memberi penjelasan berhubung dengan kem latihan yang diadakan di Universiti Putra Malaysia yang diadakan pada 7 hingga 9 Januari lalu dalam suasana pilihan raya kampus.
Menurutnya, setiap peserta yang kesemuanya mahasiswa Cina telah membincangkan masalah berkaitan kempen yang akan diadakan.
“Saya masih ingat lagi pada tahun 2009, ketua perdebatan sastera MCA, Chen Jin Hui bersama 5 orang ahli kumpulannnya telah menjemput Gua Su Qin masuk ke dalam kampus untuk pameran tsunami politik 2008.
“Mengapa mereka dibenarkan menjemput Guo Su Qin?” soalnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Jelas, katanya Malaysia mengamalkan ‘double standard’ dalam melaksanakan undang-undang.
Sehubungan itu, tambahnya Kementerian Pengajian Tinggi dan jabatan-jabatan yang berkaitan patut bertindak lebih adil dalam melaksanakan undang-undang terhadap isu itu.
“Manakala bagi ahli-ahli BN yang ingin memberi bantuan kepada pelajar dalam kempen-kempen pilihan raya seharusnya bersama-sama pihak kami dalam usaha menghapuskan Auku daripada meneruskan perlaksanaan undang-undang ‘double standard',” katanya yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan.

Friday, February 18, 2011

Dari UPSIkini..hari penamaan calon

PRK : hari penamaan calon panas

Tanjung malim, 17 Feb – Proses penamaan calon sedang berjalan dengan lancar setelah semua calon berjaya menghantar borang pencalonan sebentar tadi. Suasana penamaan calon dimeriahkan dengan perarakan mengiringi calon MP dan LMP ke tempat penamaan calon.

Perarakan tersebut disertai lebih 300 mahasiswa yang membawa ‘gelombang kuning’ menyokong barisan calon daripada MP dan LMP. Mereka kelihatan berkumpul seawal jam 8.00 pagi lagi bagi menyatakan sokongan kepada calon-calon mereka. Barisan calon seramai 13 orang tiba sekitar 8.40 pagi.

Laungan ‘hidup mahasiswa’ dan hancur ‘bitara’ bergema di sekitar Bitarasiswa yang menjadi pusat bagi proses penamaan calon. Pengawal keselamatan UPSI dilihat membuat kawalan yang ketat di sekitar bangunan Bitarasiswa bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Proses penamaan calon dijangka akan menjadi panas apabila ada cubaan daripada pihak dalam yang ingin menggagalkan borang pencalonan Adam Adli yang merupakan wakil Legasi Mahasiswa Progresif (LMP). Menurut sumber, borang pencalonannya telah digagalkan dengan kenyataan daripada dekan bahawa dia berada dalam proses tindakan tatatertib.

Demokrasi kampus terus dikhianati dengan tindakan tersebut. Seluruh mahasiswa akan bangkit menetang kezaliman yang telah diperlakukan sebegitu rupa. Keputusan berkaitan tersebut masih ditunggu sehingga jawatankuasa rayuan selesai menilai perkara tersebut.

Wednesday, February 16, 2011

Dari Blog UPSIkini

kah kah kah..ok..UPSIKINI memang laju je.... sape ek Mr Teller??

Adam Adli mungkin dikenakan AUKU

Tanjong Malim, 16 Feb- Adam Adli merupakan seorang mahasiswa yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kampus pada kali ini, harapan bagi menyartai PRK kali ini beliau dikhuatiri akan gagal kerana tindakan yang pihak JHEPA mengaitkan beliau dengan Akta Universiti Kolej Universiti. Beliau juga merupakan seorang pendokong Legasi Mahasiswa Prograsif yang akan bersama Mahasiswa Pendidik.

Menurut sumber, pada hari ini Adam Adli telah dipanggil ke JHEPA bagi menjelaskan pertuduhan keatas beliau. Dalam masa yang sama, kelihatan beberapa pendokong dan penyokong LMP dan MP di sekitar perkarangan bangunan JHEPA bagi member sokongan penuh kepada beliau.

Menurut Adam Adli “ saya telah dihubungi oleh wakil JHEPA berkenaan perkara ini tempoh hari, saya dimaklumkan bahawa Kementerian Penajian Tinggi telah menghantar surat kepada JHEPA. Melalui penjelasan yang saya terima, surat itu menyatakan bahawa, saya akan dikenakan AUKU dan dilarang sama sekali bagi menyertai Pilihan Raya Kampus pada kali ini.”

Diantara sebab beliau disabitkan dengan AUKU adalah kerana beliau dituduh mempunyai kaitkan rapat dengan politik luar. “Buat masa ini, saya akan terus berjuang demi mendapatkan hak dan keadilan sebagai seorang mahasiswa bagi menyertai PRK kali ini .Saya yakin dan percaya, dengan sokongan yang diberikan daripada LMP dan MP saya akan dapat bertanding dalam PRK kali ini. Saya juga percaya, ini adalah satu cubaan bagi menjatuhkan nama baik saya dalam politik kampus.” Tambahnya lagi.

Wednesday, February 9, 2011

Cyberjaya, Jumaat, 11.2.2011, 9.00pm

okay, ada program wajib hadir kepada semua anak2 muda..
aku sendiri akan jadi salah seorang ahli panel mahasiswa..ngee...

So, ini detailsnya:

Program Diskusi Anak Muda Bersama Pemimpin

Dataran Prima, Cyberjaya

11hb Februari 2011, Jumaat, 9.00 pm

Panel-panel:
-Wakil mahasiswa daripada UNISEL/UM/UKM/UIA/KUIS/USIM/UPSI
-YB Datuk Razali Ibrahin (UMNO)
-YB Ust Firdaus Jaafar (PAS)
-YB Nurul Izzah (PKR)
-YB Janice Lee (DAP)
-Sdr T. Mohan (MIC)

Program Diskusi Mahasiswa bersama Pimpinan Negara adalah bertujuan untuk:

i. Menaikkan imej generasi anak-anak muda di mana kini kurang mendapat tempat di mata masyarakat atau terpalit dgn imej negatif.

ii. Menyedarkan orang muda dan masyarakat umumnya betapa pentingnya generasi muda ini dalam sistem pemerintahan negara pada masa akan datang.

iii. Untuk menyedarkan masyarakat bahawa golongan anak-anak muda ini tidak seharusnya dipinggirkan oleh mana-mana pihak. Bahkan mereka seharusnya diberikan perhatian bagi mengangkat kebolehan, kepakaran dan kebijaksanaan yang mereka miliki bagi membantu Negara ke arah yang lebih cemerlang.

iv. Mereka harus diberi peluang untuk meluahkan rasa dan hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap negara dan seterusnya memacu negara ke arah mutu yang lebih baik dan dinamik.

v. Program ini akan menjadi salah satu platform bagi generasi muda ini untuk terus bekerjasama dengan semua pihak dan organisasi sama ada kerajaan atau NGO untuk melaksanakan dasar-dasar yang masih belum terlaksana dan hak yang telah termaktub dalam perlembagaan negara.

Jadi mari beramai-ramai mahasiswa-mahasiswa dan anak-anak muda turun memeriahkan dan menyokong program ini. MARI.!!! Hidup Anak Muda..!!

Monday, February 7, 2011

10 Tahun Sebelum Merdeka by Fahmi Reza

Shut that Mardy Bum for a while, and spend your 35 minutes to watch this valuable documentary..

Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka from fahmi reza on Vimeo.



Aku baru pandai pakai embed code, so aku decide untuk letak filem nih..hahaha!!

Nampak bagaimana sejarah sebenar disorok? Bagaimana pejuang sebenar kemerdekaan direndah2kan, malah digelar sebagai komunis dalam BUKU TEKS SEJARAH yang sedang dibaca oleh anak2 di sekolah?? Mereka ini golongan yang pernah bermati-matian menghalau British!! Bukan menjilat punggung penjajah..


Dokumentari sejarah terbaik dari ikon anak muda and mahasiswa: Fahmi Reza.. aku pernah jadikan dokumentari nih sandaran untuk aku siapkan assignment last minute (kenegaraan)..hahaha..anyway, mmg terbaek dari Fahmi Reza...if only i can be someone like him!

tunggu pulak bila Revolusi 48 nak boleh publish dalam internet...=)

Tribute to Fahmi Reza


Ini adalah sebuah deklarasi kemerdekaan untuk generasi ku...

Sudah tiba masa untuk kita generasi muda yang sudah lama rasa bosan, terpinggir, terkongkong dan terasing dengan budaya politik dan sistem pemikiran generasi lama untuk bangun memberontak ke arah membentuk satu gerakan counterculture baru anak muda yang akan membawa revolusi politik, sosial, ekonomi, kebudayaan dan pemikiran yang lebih releven dengan idealisme generasi muda bagi merealisasikan impian kita untuk mencapai kemerdekaan sebenar yang akan mengembalikan kuasa kepada rakyat!

Jom!

p/s: untuk kenal Fahmi Reza dan kerja2 beliau, lawat http://10tahun.blogspot.com/

Kisah Rasulullah dan Pengemis Buta: renungan bersama



Ada sahabat yang perihatin, dalam nak mengingatkan aku, bagaimana menjadi pemimpin yang baik, sempat beliau ingatkan aku dengan sebuah kisah yang aku pernah baca time kecik...Jazakallah kepada beliau...

Kadang2, kita terlupa dan angkuh bila bergelar Muslim..



KISAH RASULULLAH S.A.W. DAN PENGEMIS YAHUDI YANG BUTA~~

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya".
Namun, setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawakan makanan dan tanpa berucap sepatah katapun Rasulullah s.a.w. menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah s.a.w., tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah s.a.w. yakni Abu Bakar r.a. berkunjung ke rumah anaknya Aisyah yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah s.a.w. dan beliau bertanya kepada anaknya itu,
"Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum saya kerjakan?". Aisyah menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".
Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a.

"Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah. Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a. mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapnya, si pengemis marah sambil mengherdik, "Siapakah kamu ?".
Abu Bakar r.a. menjawab, "saya orang yang biasa."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu.
"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "saya memang bukan orang yang biasa datang kepadamu. Saya adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad, Rasulullah s.a.w.
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar r.a. dan kemudian berkata, "Benarkah demikian?
Selama ini saya selalu menghinanya, memfitnahnya namun dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, malah dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia. Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar r.a. Saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim~~