Aku masih terjaga pagi ini. Atas meja asbak penuh dengan abu-abu duit. 70% isi dalam asbak itu adalah cukai yang aku bayar kepada sebuah kumpulan manusia dipanggil pemerintah. Aku tak tahu bagaimana mereka ini boleh perintah aku. Tak pernah pula aku pilih mereka. Takpe, abaikan dulu, akan ku ajar sekor demi sekor nanti.Bila sampai waktunya.
Aku cangkung di depan rak buku-buku. masih ada yang belum habis ditelaah. patut aku baca tulisan mereka, atau patut aku baca tulisan sendiri? Entah.
Diluar, anjing2 liar masih berkeliaran. Salak-menayalak. Rancak! Entah apa yang dibincangkan. Harga minyak naik lagi kot.. Tak, aku bukan bermetafor. Itu betul-betul anjing. Ye..yang ekornya berbulu dan kakinya empat. Bukan anjing kaki dua. Anjing berkaki dua mungkin sudah tidur,kenyang lepas sehari kutip hasil haram. Lagi pun tak mungkin anjing kaki dua bincang pasal harga minyak. mereka tak pernah bayar pun harga tu. Ah! ape yang aku tgh fikirkan ni?? Bodoh.bodoh.
Lupa dah aku nak baca apa. Biarlah. sekarang aku duduk depan papan kunci dan skrin komputer riba ni. Gamit jari-jari aku untuk tulis apa yang korang tengah baca ni. Apa? Apa yang aku nak tulis? Kejaplah. Sabar. Baca yang atas tu dulu. Faham ke tak??
Jiwa-jiwa lain dalam pondok ni tengah sibuk berperang dalam alam maya. Canggih sangat!
Aku capai lagi gulungan kertas dan tembakau tu. Bakar. Hmm...lega! Kejap. Aku nak cari apa yang boleh diminum.
Air sejuk je yang ada. Malas nak bancuh kopi palsu tu.
Okay, aku sambung balik. Aku tak tau apa yang aku tengah rasa sekarang. Korang tau ke? Pernah tak korang rasa korang mampu untuk buat semua benda seorang diri, tapi akhirnya korang sedar korang cuma tipu diri sendiri. mana mungkin!
Ada lelaki yang egonya tinggi, konon mampu! Bila tanya macam mana tu..? Alah..aktiviti tambahan dalam bilik air tu tak payah perempuan pun boleh buat sendiri, kata beliau. Bodoh, macam lah aku tak tau, dalam otak beliau fikir jugak sosok perempuan berpeha gebu, baru boleh buat. Kalau fikir peha sendiri mana mampu buat! kan?? ciss. Bantuan pihak kedua dan ketiga dan keempat masih diperlukan. Oops!
Macam tu lah jugak aku. Tak! Haha. Aku tak cakap pasal benda tu lah bongok! Aku tengah cakap tentang kerja.tanggungjawab.amanah.tugas.usaha.prinsip.dan cita-cita.
Cita-cita aku besar, dan banyak! Aku pernah rasa konon aku boleh buat seorang diri. Itu sebelum aku dipukul realiti. Realiti tak setuju dengan ego diri aku tu.
Bila aku perlukan kasih sayang dan cinta, aku cari jiwa itu (terima kasih Cinta). Bila aku jatuh, aku nak orang tolong aku.Sikit pun jadi. Bila aku nak lontarkan isi cair dari otak aku yang bersimpul neuron berarus deras ni, aku cari telinga untuk dengar, supaya aku tak dipanggil GILA. Bila aku nak buktikan sesuatu, aku buat depan orang, bukan depan cermin. Bila aku lapar, aku terpaksa merangkak ke toko untuk cari bahan yang boleh dihadam. Dan bila aku mula rasa diri aku semakin sunyi, aku cari Tuhan untuk mengadu. mana mungkin aku buat seorang diri.
Dulu aku tolol. Ego bodoh makan diri. semua nak buat sendiri. Padan muka! Bila tulang dan otak dah mula letih, terpaksa aku rayu mintak tolong orang lain.
Sama lah korang. jangan lah berlagak sangat lepas ni. Korang memang hebat, memang bagus. Tapi korang rasa dunia ni korang je ke yang hinggap? janganlah sombong sangat. (samalah diri aku sendiri.)
Makanya, akhir-akhir ni, aku akur dengan hukum dunia. dunia ni aku tak mampu hidup seorang diri. Bukan juga berdua.bertiga. atau berempat. Aku perlukan beribu orang. beribu orang yang aku boleh percaya, dan percaya pada aku.
Okay..aku dah mula jadi sewel. Asbak tu bertambah lagi abu-abu duit cukai. Rasanya aku dah lepaskan dah cairan otak aku. tak..tak sepenuhnya. Aku masih perlukan tempat ni. Apa? tempat ni takde orang?? gila! yang tengah baca ni bukan orang???
kan aku dah cakap, aku perlukan korang lah. Supaya aku tak gila.
Dah, cukup.
Sekarang waktu untuk aku dan diri aku je. Ini je waktu yang betul-betul aku seorang diri. Ye ke? Laa...tak jugak! dalam mimpi aku taknak duduk seorang diri! Aku taknak mimpikan diri aku. Aku taknak mimpikan peha sendiri!
Sekian terima kasih. tak faham? takpe, cuba korang pulak tulis balik. mungkin korang boleh faham.
*sejak bila aku tulis macam ni? Sejak aku rasa blog aku tak cukup cool kalau tak tulis tulisan poyo yang egois macam ni..rasanya tak lama..kot?*