Wednesday, February 23, 2011

Berlabuhnya Tirai...



selesai sudah PRK..tidak bertanding tak bermaksud tidak menyumbang.alhamdulillah..sejarah telah tercipta... Pro-M menang setelah 12 tahun!!

pasca PRK: pagi aku kucar-kacir..nak g kelas pun rasa tak kena..aduhh..agak2lah!! lepas seminggu jadi politician, rasa janggal jadi student balik..hahaha..

laptop dibuka, inbox diperiksa..apa sudah jadi?? sehari kecapi kemenangan, sudah ada ujian tiba.. sedikit kecewa..sedikit sesal..sedikit patah semangat.. ya allah, beri aku kekuatan..aku sayang rakan2 seperjuangan aku.. aku rasa lemah bila perjuangan yang membentuk ukhwah kami selama ini, mula retak sesudah kemenangan besar semalam... aku tak salahkan sesiapa, aku cuma rasa gagal sempurnakan tanggungjawab dan amanah bila diberi kepercayaan memimpin.. masih lagi sebak bila jadi ginih, namun perjuangan harus diteruskan..kepada rakan2 sekalian, terima kasih kerana mengangkat LMP ke tahap ini... kepada MP..aku takkan lupa pengalaman bersama anda...wadah perjuangan yang sebenar..ada pada MP...Adam Adli, perlu banyak belajar dari MP..

takpe..tenang....ayuh!! bangkit dari lena! bangun dari jatuh!! teruskan perjuangan yang masih belum selesai...

Jatuh dan bangunku kini untuk Legasi Mahasiswa Progresif!! Hidup!! Hidup!! Mahasiswa!!!

Sunday, February 20, 2011

Kenapa Anak Muda Hari Ini Lemah? Episod 2

Kenapa anak muda hari ini lemah? episod 2

faktor lain yang buatkan anak muda lemah adalah pengalaman semasa. dahulu, pengalaman anak muda pasca kemerdekaan banyak menyumbang kepada semangat idealisma anak muda.. jati diri dan semangat untuk melihat sebuah negara yang ideal, saksama, dan berkebajikan sangat menebal. Pengalaman duduk di bawah pemerintahan penjajah sangat berguna ketika itu.. mereka tahu, mana silap negara ketika itu sampai dijajah dengan begitu teruk sekali. mereka sedar, kalau mereka tak berbuat apa-apa, maka rosak hancurlah negara.. andai negara jatuh ke tangan boneka penjajah dan pemerintah yang hanya nak kaut untung, kuasa, dan nama, habislah masa depan negara.. namun ketika itu juga, negara berada dalam keadaan yg susah dan masih miskin (hari ni, negara tidak miskin, yang miskin adalah rakyat), maka perlu bagi mereka memilih jalan yang betul..samada menjadi trouble maker yang tidak membawa kebaikan kepada negara, atau pengimbang kepada kemakmuran negara..oleh kerana minda masih cerah, pengalaman masih panas..anak2 muda zaman itu memilih ntuk menjadi pengimbang kepada negara.. mereka tuntut ilmu dengan gigih supaya perjuangan mereka benar2 berhasil, berbaloi, dan tidak menjadi perjuangan yang sia-sia dan merugikan negara sahaja.

sebab itulah, kebanyakkan mahasiswa ketika itu menjadi kuasa ketiga( third force) dalam negara.. setiap gerak geri kerajaan dan pembangkang diperhatikan dan diteliti.. yang mana salah dan zalim, ditentang dan dicantas.. gerakan mahasiswa menjadi harapan kepada masyarakat..mahasiswa satu gelaran yang bukan sahaja besar pada nama, malah fungsi. mahasiswa pembela kepada rakyat.

hari ini: pengalaman ape yg kita boleh bawa untuk diperjuangkan?? kita sebenarnya tidak pernah ketandusan isu.. isu dalaman dan luaran.. pengalaman kita sama banyak.. kita nampak disekeliling kita, rakyat miskin dan tertindas.. negara kita kaya dari segi pendapatan, tapi rakyat masih tak mampu hidup senang.. pelajaran masih jadi isu utama.. kita, student UPSI misalnya..sistem pendidikan kita lemah..tapi tak sama berani bersuara..takut dikena tindakan...

isu luar pun banyak..lebih banyak dan besar dari dulu..kita ada isu perang palestin israel, afghanistan, iraq,iran, junta di myanmar, kemiskinan di kemboja, nuklear di korea utara..dan terbaru, gerakan ikhwan di mesir dan tunisia.. tapi ada kita peduli?? kenapa kita begitu termakan dgn dakyah media yg mengatakan: gerakan2 anti kerajaan di luar negara adalah baik..tapi dalam negara adalah jahat..minta maaf..bukan hasut anda tentang krajaan..cuma nak bagi contoh supaya buka minda...kenapa di luar negara perkara sebgitu baik..tapi bile terjadi dalam negara, jadi tak baik..??

pengalaman kita hari ini cukup banyak, cuma kita teragak-agak dan masih leka.... takut dgn AUKU, takut dgn ISA...salah siapa??? bukan salah kerajaan..tapi salah kita sendiri...fikir-fikirkan...

Kenapa Anak Muda Hari Ini Lemah Episod 1

Artikel ini ditulis oleh saya dalam Page Legasi Mahasiswa Progresif..

Kenapa anak muda hari ini lemah?

satu: kecelaruan hala tuju. Satu masa dahulu, setiap anak muda ada pandangan bebas mengenai dunia.. yang memilih jalan Islamik, akan benar2 komited dengan perjuangan mereka. merantau keseluruh negara, berpersatuan, berusrah, berdebat dan sebagainya. Ada juga anak muda yang progresif memilih untuk memperjuangkan apa yang dipanggil gerakan sosialisma, mereka ramai2 menjadi aktivis masysrakat, turun naik pentas debat, menghabiskan waktu membaca karya2 filasuf agung dunia untuk mencari bentuk kehidupan sosial yang ideal.. menentang kezaliman dan penindasan; ambil contoh Peristiwa Baling 1974. kemudian, ada anak muda yang gigih bersastera, hidup mereka diabdikan dengan sastera, hingga lahirnya ramai sasterawan agung seperti Pak Samad, Shahnon Ahmad, dan seangkatan. Mata pena menjadi senjata mereka..perjuangan mereka tidak dijual beli..hidup mereka sederhana dan kaya dengan ilmu..

namun hari ini, mana dia semangat anak muda seperti dahulu? ke mana hilangnya bakat2 pemimpin? terlalu disogok dengan budaya hedonisma? terlalu menjadi pak turut? kita hari ini tiada hala tuju.. suatu masa dahulu, anak muda bangga membawa identiti mereka: Pejuang Islam, Sosialis, Sasterawan, Artis (bukan mcm hari ini, berbeda definisi artis hari ini), Politician, Aktivis, dan sebagainya..hari ini kita?? Siapa diri kita sendiri, kita pun tak tahu.. apa pembawaan diri kita? Adakah hidup aman damai hari ini menjadikan kita lemah;mungkin ya, mungkin tidak..

mana dia haluan kiri, mana dia haluan kanan pun kita tak tahu.. Parti2 politik mengambil kesempatan dari kejahilan hala tuju anak muda..disogok dengan wang, anak muda ikut, disogok dengan retorik, anak muda menurut, disogok dengan perjuangan palsu..pun anak muda ikut.. itu dia anak muda hari ini...anak muda pak turut, anak muda yang diperbodohkan..

tetapkan hala tuju anda..study sedalam mungkin matlamat hidup anda..jangan pentingkan diri dengan meletak hala tuju seperti mahu kaya, mahu hidup senang.. fikirkan masyarakat sekeliling anda...dunia ini suatu masa dahulu adalah milik anak muda...sehinggalah hegemoni merasuk minda anak muda dengan dakyah lalai dan kemakmuran palsu, kita jadi tunduk.. hari ini, bermula hari ini, kita kembalikan dunia ini kepada anak muda...dunia ini milik kita..

akan bersambung.....

Saturday, February 19, 2011

PRK 2011..di mana aku?

Ya allah..berat ujian kau beri pada aku.. jalan dalam perjuangan ni ternyata tak mudah.

Menyingkap semula hari-hari berlalu start dari tarikh aku dipanggil untuk berjumpa HEP untuk soal siasat, sampai saat menerima perhatian media dan ramai orang2 politik..ternyata, ujian ini, ada manisnya.. aku sedar, emosi aku terganggu, kata-kata kesat dah mla tubik dari mulut aku setiap hari..waras aku hilang..pertimbangan aku kasar..tapi alhamdulillah, aku masih mampu menahan diri aku dari aniaya orang lain ermasuklah musuh2 aku. aku sesal dan kecewa lihat rakan2 aku selama ni berada bersama pihak yang aniaya aku, tapi, aku tahu..itu hak mereka, dan mereka mungkin diperdaya.

penamaan calon berlangsung dengan penuh emosi, dan getir. saat aku menerima kenyataan bahawa ini bukan hari aku, sehingga ke peristiwa menyayat hati apabila sahabat aku, Hafiz Hilmi pun turut dianiaya cukup memberi aku kesedaran, jalan yang kami sama-sama pilih ini bukan mudah. manis dan sebak rasa hati bila dengar nama Hafiz diumum sebagai layak bertanding lepas berhempas pulas, berhabis duit ringgit untuk pastikan beliau dapat bertanding. tak pernah aku bergenang air mata tengok saat-saat kemenangan. kebenaran pasti menang, dan kes Hafiz tu memuktamadkan kenyataan kami berada di jalan benar.

pentas pidato terus panas. dalam telahan aku, kesilapan aku terlalu beremosi di atas pentas bakal memakan diri. KAB dan KZ sukar nak ditawan. inshaallah, moga dibuka jalan kemenangan di KAB. kita tebus balik maruah yang tergadai.

aku belum lagi berpeluang berucap di KHAR. nekad, aku mesti naikkan Hafiz..aku nampak sinar harapan dalam diri beliau. ujian yang diterima beliau cukup mematangkan dirinya. inshaallah, kita bakal menerima seorang pemimpin berjiwa mahasiswa: Abdul Hafiz Hilmi.

tentang kes aku, kita doakan moga allah permudahkan aku menghadapi perbicaraan nanti. amin...

p/s: ternyata, PRK kali ini yang paling kotor pernah aku saksikan di UPSI.

Dari HarakahDaily.net

Dari HarakahDaily.net

Calon Pro-M UPSI mungkin disingkir

SERDANG, 18 Feb: Malam menjelang hari pernamaan calon bagi pilihan raya kampus hari ini, menyaksikan seorang calon, Adam Adli dari Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universti Perguruan Sultan Idris (UPSI) telah menerima notis untuk menghadiri pendengaran berkaitan dengan penglibatannya dalam kempen 'Kembalikan Hak Air Rakyat' pada Disember tahun lepas.
Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching (gambar) berkata, jika pelajar terbabit dituduh di bawah Auku Bahagian 15, maka beliau yang menyertai barisan Mahasiswa Progresif mungkin akan menghadapi tindakan penyingkiran atau hilang kelayakan sebagai calon.
Katanya, jika Adam memerlukan keizinan daripada pihak pentadbiran untuk menyertai demonstrasi kempen air tersebut atau menghadapi tindakan penyingkiran daripada kampus, maka barisan Mahasiswa Nasional yang cenderung kepada sekolah juga patut dikenakan tindakan yang sama.
Justeru, ujarnya Presiden MCA dan Presiden Gerakan perlu memberi penjelasan berhubung dengan kem latihan yang diadakan di Universiti Putra Malaysia yang diadakan pada 7 hingga 9 Januari lalu dalam suasana pilihan raya kampus.
Menurutnya, setiap peserta yang kesemuanya mahasiswa Cina telah membincangkan masalah berkaitan kempen yang akan diadakan.
“Saya masih ingat lagi pada tahun 2009, ketua perdebatan sastera MCA, Chen Jin Hui bersama 5 orang ahli kumpulannnya telah menjemput Gua Su Qin masuk ke dalam kampus untuk pameran tsunami politik 2008.
“Mengapa mereka dibenarkan menjemput Guo Su Qin?” soalnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Jelas, katanya Malaysia mengamalkan ‘double standard’ dalam melaksanakan undang-undang.
Sehubungan itu, tambahnya Kementerian Pengajian Tinggi dan jabatan-jabatan yang berkaitan patut bertindak lebih adil dalam melaksanakan undang-undang terhadap isu itu.
“Manakala bagi ahli-ahli BN yang ingin memberi bantuan kepada pelajar dalam kempen-kempen pilihan raya seharusnya bersama-sama pihak kami dalam usaha menghapuskan Auku daripada meneruskan perlaksanaan undang-undang ‘double standard',” katanya yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan.

Friday, February 18, 2011

Dari UPSIkini..hari penamaan calon

PRK : hari penamaan calon panas

Tanjung malim, 17 Feb – Proses penamaan calon sedang berjalan dengan lancar setelah semua calon berjaya menghantar borang pencalonan sebentar tadi. Suasana penamaan calon dimeriahkan dengan perarakan mengiringi calon MP dan LMP ke tempat penamaan calon.

Perarakan tersebut disertai lebih 300 mahasiswa yang membawa ‘gelombang kuning’ menyokong barisan calon daripada MP dan LMP. Mereka kelihatan berkumpul seawal jam 8.00 pagi lagi bagi menyatakan sokongan kepada calon-calon mereka. Barisan calon seramai 13 orang tiba sekitar 8.40 pagi.

Laungan ‘hidup mahasiswa’ dan hancur ‘bitara’ bergema di sekitar Bitarasiswa yang menjadi pusat bagi proses penamaan calon. Pengawal keselamatan UPSI dilihat membuat kawalan yang ketat di sekitar bangunan Bitarasiswa bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Proses penamaan calon dijangka akan menjadi panas apabila ada cubaan daripada pihak dalam yang ingin menggagalkan borang pencalonan Adam Adli yang merupakan wakil Legasi Mahasiswa Progresif (LMP). Menurut sumber, borang pencalonannya telah digagalkan dengan kenyataan daripada dekan bahawa dia berada dalam proses tindakan tatatertib.

Demokrasi kampus terus dikhianati dengan tindakan tersebut. Seluruh mahasiswa akan bangkit menetang kezaliman yang telah diperlakukan sebegitu rupa. Keputusan berkaitan tersebut masih ditunggu sehingga jawatankuasa rayuan selesai menilai perkara tersebut.

Wednesday, February 16, 2011

Dari Blog UPSIkini

kah kah kah..ok..UPSIKINI memang laju je.... sape ek Mr Teller??

Adam Adli mungkin dikenakan AUKU

Tanjong Malim, 16 Feb- Adam Adli merupakan seorang mahasiswa yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kampus pada kali ini, harapan bagi menyartai PRK kali ini beliau dikhuatiri akan gagal kerana tindakan yang pihak JHEPA mengaitkan beliau dengan Akta Universiti Kolej Universiti. Beliau juga merupakan seorang pendokong Legasi Mahasiswa Prograsif yang akan bersama Mahasiswa Pendidik.

Menurut sumber, pada hari ini Adam Adli telah dipanggil ke JHEPA bagi menjelaskan pertuduhan keatas beliau. Dalam masa yang sama, kelihatan beberapa pendokong dan penyokong LMP dan MP di sekitar perkarangan bangunan JHEPA bagi member sokongan penuh kepada beliau.

Menurut Adam Adli “ saya telah dihubungi oleh wakil JHEPA berkenaan perkara ini tempoh hari, saya dimaklumkan bahawa Kementerian Penajian Tinggi telah menghantar surat kepada JHEPA. Melalui penjelasan yang saya terima, surat itu menyatakan bahawa, saya akan dikenakan AUKU dan dilarang sama sekali bagi menyertai Pilihan Raya Kampus pada kali ini.”

Diantara sebab beliau disabitkan dengan AUKU adalah kerana beliau dituduh mempunyai kaitkan rapat dengan politik luar. “Buat masa ini, saya akan terus berjuang demi mendapatkan hak dan keadilan sebagai seorang mahasiswa bagi menyertai PRK kali ini .Saya yakin dan percaya, dengan sokongan yang diberikan daripada LMP dan MP saya akan dapat bertanding dalam PRK kali ini. Saya juga percaya, ini adalah satu cubaan bagi menjatuhkan nama baik saya dalam politik kampus.” Tambahnya lagi.