Orang Malaysia memang unik.. Pergilah ceruk mana dalam dunia nih, takkan ada punya perangai macam kita; orang Malaysia.. Regardless of the ethnicity, semua sama je..so, pada kesempatan ini, sebabkan aku takde benda sgt dah nak tulis..(tulis banyak2 isu politik korg muak pulak nanti..), aku pun decide, tuk buat list based on popular beliefs and observation aku sendiri.. =)
1. Sarapan pagi: kalau ikut pakar nutrisi, pagi2 kita perlu kan karbo, gula, dan protein untuk tenaga sepanjang hari..thus, selalunya dorg suggest cereal, pancakes, sausage and omelette bla2..tapi, ade kita kesah?? Kalau korg perasan, apa beza sarapan pagi dengan lunch, tea break, and dinner?? jawapannya: NON!! haha..nasi lemak, roti canai, karipap, teh tarik, mihun, nasi goreng, capati, tosai, wantan..name it..semuanya benda yg kita makan tak kira time pun. so, next time, if u think of breakfast, tak yah poyo2 fikir banyak...benda yg sama gak!!
2. Rokok: kalau ada kempen paling popular dalam Malaysia, mesti dapat kat kempen anti merokok..but still...it is just the same.. keluarkan fatwa banyak mana pun, takde sape amik port. tabiat biasa bagi orang Malaysia bila sebut rokok: lepas makan, wajib ada rokok kat mulut! Time masuk tandas, wajib ada rokok kat mulut! Time buat kerja, wajib ada rokok kat mulut! Time menunggu bas/train/taxi..wajib ada rokok! Tapi, bila amik gambar, tibe2 buang rokok..time nampak awek..tibe2 buang rokok..time mak mentua lalu, tibe2 buang rokok! hahaha..apahal mcm tuh??
3. Durian: musim durian kan sekarang?? Terus terang cakap, dalam dunia nih, takde manusia lain yg makan durian macam kita.. datang musim durian, amik kau!! beratur keta tepi jalan..tapi selalunya, yg beratur nih mesti mercedes, bmw, and dan yang sama harga dengannya.. yg naik moto honda cup, saga, kancil terbalik pulak..mesti bawak balik umah..pelik kan??
4. Haram Halal: yang nih kontroversi ckit.. untuk orang Melayu kita, kalau gi club, pub, dan sebagainya, ARAK minum, tapi bila letak babi depan mata: "sorry, kami tak makan babi..haram..(sambil meneguk beer)"...apekah???
5. Nasi: uniknya orang Malaysia nih adalah pada makanan ruji kita: nasi.. Cina, India, Melayu, Kadazan, Dusun, Iban, Dayak, Melanau, Orang Asal, Portugis, Baba Nyonya, Siam...sebut je..semua makan ansik! Termasuklah "Generasi Telawi" yg bersepah kat Bangsar, Hartamas, adn sebagainya..pakailah gaun, kot..rambut blond, hijau, biru..mulut berterabur cakap omputih...tapi kat tgn tetap nasi gak...tak caya, gi Telawi tgok..lpas puas berjoget kat club, semua pakat beratur makan Nasi Kandar Pelita..so..sapa yg tak makan nasi: get out of this country!! hahahaha
6. Jalan Raya: Sopan santun budaya kita..hormat menghormati amalan kita...nak lalu depan orang tua kena menunduk..tapi..bila naik je atas jalan raya..hamik kau!! pelik lah kenapa Jean Todd boss Ferarri tuh susah payah sgt nak cari pengganti m.Schumacher dlu..tak yah tgok kat litar Sepang, tgok je kat NKVE tuh ckup dah...kalau letak semua orang Malaysia masuk F1, aku rasa, podiom lepas nih kena strecth bagi besar ckit..semua mesti menang punya!!
7. Bola Sepak: Bola sepak Malaysia nih antara kecik dengan besar...tapi satu je tabiat yang tak bleh buang dari orang Malaysia: Mnang kena puja, kalah kena maki.. hahaha.... Kalau M.U, Liverpool, Chelsea or Barca kalah, tak kena maki pun...kan??? Defend habis-habisan..huhu
8. Bundle: Levi's beli dkat Mid Valley dengan Levi's beli dkat bundle mana mahal lagi?? Tentulah Mid Valley...tapi bila pakai, ramai yang lebih bangga pakai yang bundle...reason?? Original!! Made In America... Mid Valley punya Made In Taiwan...hahahaha!!
9. Minyak Wangi: haa..yang nih best... Burberry, Dunhill, Giorgio Armani, J.Lo, Polo, Gucci, DKNY...macam2 lagi bau yang ade...wangi2 semuanya.. Orang Malaysia taste memang tinggi dalam pilih perfume...tapi...... hehe...tak main arh Jusco or Isetan punya..one drop perfume ma!!! hahaha
10. Over-generalise: yang ni paling dekat sekali dengan semua orang; regardless of apa produk sekalipun, mesti ada satu bentuk over-generalise: beli Mee Cintan panggil Maggi, beli Ubat Gigi Safi panggil Colgate, beli Whisper panggil Kotex, beli Pepsi panggil Coke, beli Uphamol panggil Panadol, beli Twisties panggil Cheekadis, beli Drumstick panggil Cornetto..ape lagi yg ada dalm fikiran kita?? =)
Best kan jadi orang Malaysia?? huhuhu..we always have our own way in appreciating our life..
Tuesday, April 12, 2011
Saturday, April 9, 2011
Rebab Berbisik: Teater atau Cheap Matinee??

Baru pulang dari menonton Rebab Berbisik di Istana Budaya. Dah lama tak tonton "teater", dan bagi aku, ini adalah teater, bukan "cheap matinee" yang hari ni sering dijual oleh entah sesiapa, dan dilakonkan oleh entah sesiapa.
Kenapa pulak aku cakap macam ni?? Natrah, P.Ramlee, Tun Mahathir, Lat, Puteri Gunung Ledang, Impak Maksima (WTF??) tu bukan teater ke??
Well, ada orang (atau RAMAI SEBENARNYA ORANG) yang sangat enjoy dan bangga tonton show2 "box office" ni, dan aku juga takkan tipu diri sendiri; aku sendiri pun kalau berpeluang tonton show2 ni pasti terhibur gak..but ITS NOT THEATRE.. itu hanya "cheap matinee" ada beza antara teater dan cheap matinee..dan bagi aku mudah je nak define: tengok jumlah penonton, dan siapa pelakonnya.Tak perlu jual nama2 macam Erra Fazira, Siti Nurhaliza, Maya Karin, Remy Ishak, Awie, atau sape2 je kat aku.. aku hanya perlu tengok, apa tema yang diangkat (and i'm not too fond of "musical"..like duh?)
Rebab Berbisik berjaya bagi aku..maybe ini hanya antara teater yang aku berpeluang tonton recently, so, ramai yang akan pertikaikan macam mana aku nak banding kalau aku sendiri tak tgok yg lain..but trust me dude..justifikasi aku berbeda.
Antara yang hadir tonton Rebab Berbisik tadi termasuklah A. Samad Said, dan Khalid Salleh. Somehow, bagi aku, kehadiran Khalid Salleh adalah bukti penting dakwaan aku. Beliau adalah pengarah teater yang tegas, dan beliau juga adalah antara orang yang bangun dan pertahankan kesucian teater yang makin dinodai dengan komersialisasi teater dan musikal yang bersepah-sepah.
Anyway, sapa lah aku nak kritik lebih2 kan?? ini hanya pandangan aku, dan cita rasa aku..so, Agak2lah!!
Adiou!!
Thursday, March 17, 2011
-Aku Anti AUKU-
Tamat siasatan kes Demo Air..sahih: Dakwaan akan dikenakan..aku akan dibicarakan..hukuman akan dijatuhkan..semuanya di bawah AUKU..
buka mata: tak cukup lagi bukti AUKU itu kejam?? tak cukup lagi bukti AUKU belenggu mahasiswa?? Apa salah seorang warganegara yang sah, hanya kerana aku mempunyai pandangan politik berbeza..hanya kerana ak...u menyumbang suara dalam ribuan khalayak masyarakat dan mahasiswa yang peduli dengan kesusahan rakyat..hanya kerana aku suka warna biru+merah?? hanya kerana aku ada cita-cita?? hanya kerana aku percaya kepada perjuangan demi rakyat??
ini kah "hak kebebasan bersuara warganegara dijamin oleh perlembagaan??"
Mahasiswa adalah jurubicara rakyat..
mana relevan AUKU??
-AKU ANTI AUKU-
buka mata: tak cukup lagi bukti AUKU itu kejam?? tak cukup lagi bukti AUKU belenggu mahasiswa?? Apa salah seorang warganegara yang sah, hanya kerana aku mempunyai pandangan politik berbeza..hanya kerana ak...u menyumbang suara dalam ribuan khalayak masyarakat dan mahasiswa yang peduli dengan kesusahan rakyat..hanya kerana aku suka warna biru+merah?? hanya kerana aku ada cita-cita?? hanya kerana aku percaya kepada perjuangan demi rakyat??
ini kah "hak kebebasan bersuara warganegara dijamin oleh perlembagaan??"
Mahasiswa adalah jurubicara rakyat..
mana relevan AUKU??
-AKU ANTI AUKU-
Impian jadi kenyataan: AUKU kah AKU??
Wajah baru..wadah baru...nafas baru..
hari ini sekali lagi kena panggil dengan HEP untuk siasatan kes Demo Air Disember lepas.. seperti yang aku war-warkan dalam Facebook dan Page LMP, kes ini adalah kerja khianat Aspirasi yang tak fikir panjang, dan hanya pandai main politik kotor ala bapak angkat dorg.
Mereka lupa, semakin kita didesak, kita akan lebih mendesak.
Mood hari ini tenang dan relax je.. apa nak jadi hari ni, jadi..aku dah sedia..
Andai kata siasatan rasmi hari ini mendapati aku layak dibicarakan dan didakwa..silap besar.. Aku tak kacau korg, kenapa korg kacau aku?? kalau berada di pihak yang betul, takkan ada 7000 mahasiswa lain yang turut berada di Masjid Negara hari tu??!!
Semalam, aku sempat intai fail kes yang akan dibuka hari ini..wahh..ade frasa "kaedah di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti..". Tahniah UPSI, berani gak pakai AUKU.. andai kata betul apa yang aku jangka nih, sedialah wahai UPSI..aku takkan berdiam diri.. jangan ingat aku bodoh...
Agak2lah!!!
ironisnya, aku pernah tulis pasal Auku, dan belenggu terhadap mahasiswa tahun lepas..terima kasih banyak2 UPSI..anda merealisasikan impian seorang mahasiswa yang dahagakan perjuangan.. biar aku tunjuk bukti nyata dan hidup kepada semua mahasiswa UPSI..AUKU ITU KEJAM!!
sekarang jam 10.45 pagi.. lebih kurang 4 jam lagi ke saat menegakkan keadilan..
Hidup, Hidup!! Mahasiswa!!
aku ambil kesempatan ini untuk ucapkan takziah kepada Jepun.. Jepun, kami bersama anda!!
Thursday, March 3, 2011
*iklan*
Wednesday, March 2, 2011
Mengapa Kita Begini??
OK..take 5 sebelum sambung buat assignment.
Mari kita sentuh sedikit isu yang cukup dekat dengan kita: persepsi buruk dan masa depan kita, mahasiswa UPSI.
Bila cakap soal masa depan: mahasiswa UPSI hanya nampak "cikgu" dan "sekolah".. aku pandang dari sudut berbeza.. mengapa perlu kita hanya lihat dari sudut itu semata-mata? adakah kerana kita pemegang ISMP (pendidikan) maka kita sendiri menutup skop dan pencapaian masa depan kita? adakah kerana perkataan "pendidikan" yang ada pada Ijazah kita kelak, kita hanya layak jadi cikgu? mengapa saban hari, kita makin disisihkan dari pelbagai sektor? sudahlah tak dapat kerja tempat lain selain sekolah, dah tu pulak, nak dapat penempatan (posting) pun punya payah..jawapannya: kita sendiri yang letakkan diri kita pada tahap ini. tahap yang kurang kualiti sebagai mahasiswa. kita sendiri yang pandang rendah pada potensi diri kita.
seseorang yang tidak berpandangan jauh, halatujunya dikecilkan dan disempitkan, memang akan jadi jumud dan tidak berkualiti. itu apa yang berlaku pada kita mahasiswa UPSI. kita hanya letak aras dan matlamat kita pada "bakal cikgu".. kenapa?? tak layakkah kita jadi pegawai diplomat? tak layakkah kita terjun dunia politik? tak layakkah kita jadi motivator? tak layakkah kita bekerja di kedutaan?? tak layakkah kita jadi jurubahasa? tak layakkah kita jadi sasterawan? tak layakkah kita jadi pemimpin?? tak layakkah jadi penulis atau kolumnis?? tak layakkah jadi pelukis?? tak layakkah jadi ahli muzik?? tak layakkah jadi juruacara?? tak layakkah jadi ketua daerah?? tak layakkah jadi pensyarah?? tak layakkah jadi jurulatih olimpik?? tak layakkah jadi atlet? tak layakkah jadi pemikir?? tak layakkah jadi Gabenor Bank Negara??
Dalil mana yang kata MAHASISWA UPSI HANYA MAMPU JADI CIKGU DAN CIKGU SAHAJA???
buka mata, masa depan kita di sini sebenarnya cerah dan boleh diperkembangkan ke banyak cabang pekerjaan..jangan kita sempitkan matlamat kita sendiri. mahasiswa UPSI bukan hanya cikgu, tapi pandidik, dan pemimpin. simpan dalam hati, jangan bila dah masuk UPSI, terus buang cita-cita kita selama ini. ada yang bercita-cita utk jadi diplomat..tapi bila masuk UPSI, ubah terus jadi cikgu..buang jauh2 cita2 yang ada selama ni..
ubah sekarang pandangan anda tentang masa depan. bila anda sendiri tidak percaya pada diri anda, anda sendiri tidak yakin bahawa anda mampu untuk jadi siapa yang anda mahu, itu lah penyebab utama kenapa kita dipandang rendah oleh banyak pihak.
kita tidak progresif..kita terlalu menyempitkan skop kita.
aku sendiri, walaupun tgh ambil TESL, walaupun sedang buat Ijazah Sarjana Muda PENDIDIKAN..aku masih letak cita2 dan ekspetasi yang tinggi terhadap diri aku.
aku tak pernah buang cita2 aku..aku masih yakin, aku mampu capai impian aku.aku tak ikat diri aku dengan persepsi dangkal ke atas diri sendiri..
jadi, sama2 kita fikirkan balik...bila kita tiada cita-cita dan impian, kita takde harapan..dan harapan itu penting untuk memajukan diri sendiri..
Mahasiswa harus sedar, bangkit, dan peduli..jangan diperbodohkan..jangan biar diri diperkecilkan.. Stand on your ground!
Martin Luther King pernah direndah-rendahkan kerana ucapannya I Have A Dream tu..akhirnya, lihat bagaimana sejarah melihat beliau hari ini??
Tiada cita-cita yang terlalu tinggi untuk dicapai..=)
Wednesday, February 23, 2011
Berlabuhnya Tirai...

selesai sudah PRK..tidak bertanding tak bermaksud tidak menyumbang.alhamdulillah..sejarah telah tercipta... Pro-M menang setelah 12 tahun!!
pasca PRK: pagi aku kucar-kacir..nak g kelas pun rasa tak kena..aduhh..agak2lah!! lepas seminggu jadi politician, rasa janggal jadi student balik..hahaha..
laptop dibuka, inbox diperiksa..apa sudah jadi?? sehari kecapi kemenangan, sudah ada ujian tiba.. sedikit kecewa..sedikit sesal..sedikit patah semangat.. ya allah, beri aku kekuatan..aku sayang rakan2 seperjuangan aku.. aku rasa lemah bila perjuangan yang membentuk ukhwah kami selama ini, mula retak sesudah kemenangan besar semalam... aku tak salahkan sesiapa, aku cuma rasa gagal sempurnakan tanggungjawab dan amanah bila diberi kepercayaan memimpin.. masih lagi sebak bila jadi ginih, namun perjuangan harus diteruskan..kepada rakan2 sekalian, terima kasih kerana mengangkat LMP ke tahap ini... kepada MP..aku takkan lupa pengalaman bersama anda...wadah perjuangan yang sebenar..ada pada MP...Adam Adli, perlu banyak belajar dari MP..
takpe..tenang....ayuh!! bangkit dari lena! bangun dari jatuh!! teruskan perjuangan yang masih belum selesai...
Jatuh dan bangunku kini untuk Legasi Mahasiswa Progresif!! Hidup!! Hidup!! Mahasiswa!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)

