Friday, December 2, 2011

Hamba Sistem

Memanggil diri sebagai pemimpin itu enteng ya?

Cuba satu kali kamu jadi pengikut(hamba sistem).

Nah, rasakan..

Bayar cukai-cukai itu.

Kerja hingga basah baju kamu.

Lari sana-sini dengan motor buruk ini.

Tak cukup.

Sekolahkan anak kamu.

Bayar yuran-yurannya.

Hutang sana sini.

Bayar ongkos-ongkos api air.

Mengeluh di pasar.

Mengeluh di stesen minyak.

Mengeluh di pejabat tanah.

Mengeluh sebelum tidur.

Dan mengeluh seusai tidur.


Apa rasanya?


Tuesday, November 29, 2011

Krohh..

Gua tengah buat assignment. Jam skang tepat 5.00 pagi. Gua hampir nak muntah. Perut gua dah berangin. Kepala gua lagi berangin. Sempat ke tak siap nih??

Takpe.. assignment harus didesak, bukan ditunggu!

Monday, November 28, 2011

Mahasiswa & Revolusi

Menulis pagi-pagi sebaik bangun dari tidur bukan kebiasaan aku. Aku ada masalah dengan penggunaan otak di waktu pagi; selalunya kepala aku akan sakit untuk sejam dua sebaik bangun dari tidur.

Tapi demi revolusi, aku gigihkan juga. (andai saja aku dpt katakan benda yg sama pada ASSIGNMENT)


Apa itu mahasiswa? Apa itu revolusi?

Dua terma bukan dari etnik dan agama yang sama tapi sering kita lihat mereka ini akhirnya berjaya mendirikan rumah tangga dengan aman dan bahagia lepas berhempas pulas.

Mahasiswa adalah perkataan istimewa. Jika di luar negara, hanya terma "students" digunakan untuk rujuk kepada pelajar universiti..namun di Nusantara, kita guna MAHASISWA kerana besar dan gahnya kedudukan mereka dalam masyarakat.

Bila bergelar mahasiswa, perkara pertama yang harus kita kuasai adalah: keupayaan berfikir dan menzahirkan pemikiran kita. Bina idealisma yang utuh, supaya tidak dipersiakan darjat sosial yang diberikan kepada kita.

Mahasiswa seharusnya jadi entiti yang paling ke hadapan sekali dalam memperjuangkan negara. Perjuangkan negara dengan membebaskan negara dari amalan rasuah, tipu daya, penyelewengan, kezaliman terhadap rakyatnya, pencabulan terhadap undang-undang, salah guna kuasa, pengabaian terhadap kebajikan rakyat, dan tentu sekali proses pembodohan terhadap masyarakat.

Sebagai golongan yang terdidik, mengapa harus diam? Jangan percaya kepada mantan PM yang suruh mahasiswa BELAJAR dan JANGAN PEDULI HAL POLITIK. Anda silap jika percaya kata TuhanMelayu ini.


Pertama: Beliau juga bekas mahasiswa. Bermula karier politiknya di zaman belajar. Mengapa beliau boleh mengapa kita tidak?

Kedua: JANGAN PEDULI HAL POLITIK atau JANGAN PEDULI MASALAH NEGARA?? ini senjata beliau. guna lidah berbelit ala Si Kitul dalam Hikayat Melayu untuk tipu mahasiswa. adakah isu salahguna dana pendidikan adalah politik? adakah kemiskinan adalah politik? adakah rasuah adalah politik?

politik adalah siapa yang nak jadi PM, siapa yang nak bertanding di kawasan A, parti ini perjuangkan kaum itu sahaja, parti ini nak Negara Islam. Ini politik. Yang diatas bukan poliltik. diatas tadi adalah ISU dan MASALAH NEGARA.

Percayalah, proses pembodohan ini sudah sebati dengan mahasiswa. Realitinya, semua kerajaan dalam dunia takut kepada rakyatnya yang bijak. Rakyat yang bijak adalah kerugian buat orang-orang yang korup.

Sebelum anda menyembah dan mengagungkan TuhanMelayu itu, silalah tanya; berapa hektar tanah hutan digondolkan untuk bina KLIA dan Litar Sepang? Anda selalu kata kita harus pertahan alam sekitar, sekarang ni orang itu yang terus menerus gondolkan hutan ketika berkuasa. Apa kata anda??

Sebelum anda menyembah dan mengagungkan TuhanMelayu sebagai Wira Dunia Ketiga, tanya diri anda, siapa yang perkenalkan AUKU bila partinya semakin hilang kuasa? Pemimpin apa yang sanggup anggap Mahasiswa musuh kerajaan? Pemimpin inilah yang telah menyumbat masuk 7 orang mahasiswa ke dalam ISA. TuhanMelayu apa ini?


Revolusi menuntut pengorbanan itu ayat kliche. Sebenarnya revolusi menuntut anda supaya RAJIN. jangan bermalas-malasan. Jangan terlalu mahu duduk selesa di pondok masing-masing.
Keluar. Tiada perjuangan yang selesa. Semuanya akan mengikis masa, duit, dan tenaga anda. Dan memang, anda takkan dapat balik apa yang anda hilang sepanjang berjuang (kecuali anda bercita-cita mahu jadi YB..tapi itu terlalu murah).


Masyarakat perlukan anda.

Ramai yang miskin, dan tidak mampu untuk keluar dari kemiskinan itu. Tolong mereka.

Ramai yang bodoh, dan tidak mampu keluar dari kepompong kebodohan itu. Tolong mereka. mereka dianiaya dengan doktrinisasi akal oleh regim.

Ramai yang malas. Ketuk mereka supaya rajin.

Mulakan revolusi dari diri anda.

Pertama: alih diri anda dari suka mengangguk kepada suka menggeleng.

Kedua: alih diri anda dari suka mendengar kepada suka bercakap.

Ketiga: alih diri anda dari suka tidur kepada suka membaca.

Keempat: alih diri anda dari membaca semata-mata kepada menulis dengan banyak.

Kelima: bangun dari kerusi.

Keenam: sedia untuk turun ke jalan raya. Parlimen hanya untuk 222 orang. kita perlukan ruang untuk berjuta orang. Jalan raya jawapannya.

Akhir sekali: sedia untuk jadi sebahagian dari sejarah. =)

" Lebih baik diasingkan dari menyerah kepada kemunafikan" - Soe Hok Gie


Program Kebebasan Akademik



Jangan lupa malam ini!

Ubah sejarah tiada guna, ubah lah masa depan!

Yang tak dapat datang sebab tak mampu, tak dapat, takdak jalan, tak ada kenderaan dimaafkan.

Yang tak mau datang, sila buang kad matric dlm lubang jamban. kah kah kah!

Sunday, October 30, 2011

Langkah.Kawan.Lawan.



Dalam setiap langkah aku ambil, aku akan dapat DUA: kawan dan lawan. teman dan musuh.

Aku suka kawan. aku tak suka musuh.

Dalam setiap langkah ke depan yang aku ambil, makin banyak teman yang sambut tangan aku yang selama ni sunyi. Baguslah. Tapi sedih. dengan setiap langkah ke depan tu juga, ada tangan-tangan yang lain mula melepaskan tangan aku ni.

Setiap langkah aku ambil, macam aku berjalan tepi ombak. Aku toleh kebelakang, setiap langkah-langkah tu akan hilang.

Mana korang pergi?

Adakah sebab; jalan yang aku ambil jalan yang salah, atau; jalan ini bukan jalan korang, atau; korang tak pernah pun ikut aku selama ni, dan tangan-tangan korang itu hanya delusi?

Jangan biar aku macam ni.

Please.

Saturday, October 29, 2011

Ayuh anak muda!

Adalah menjadi satu dosa besar bagi kita, anak-anak muda kalau masih mampu diam diri.
Aku tak cakap kosong. Realitinya, dunia kita tengah sakit! Tiap hari buka akhbar, billion dolar diperdagangkan. Menteri senyum lebar tandatangan perjanjian. KDNK.DEB.NKRA.NKRN.KDKK.UMNO.. Berjuta akronim berbelit yang lain diulang-ulang. Mana nua hasil? Tak nampak pun?

Masalahnya, korang tau ke tak..hanya 1% shj umat manusia yg dlm dunia ni mendapat kekayaan yg dipaparkan di dada akhbar tu! Kita ni adalah 99% yh tak merasa apa pun!

Kawan-kawan. Cukuplah dengan dunia tipu korang tu. Cukup dengan asmara korang. Cukup dengan videogame korang. Cukup dengan URTV dan Mangga korang. Ayuh! Ubah dunia sementara kita masih muda ni!

Malu kita generasi hari ni nak banding diri kita dgn sejarah. Ayuh! Kita robah dunia. Kita tulis sejarah kita!

Gie



Aik? Blog aku ke ni? Lain je...biarlah. Ala2 Metro ckit. (bkn Harian Metro!)

Last post, aku cakap pasal korupsi negara. Negara yang tengah sakit.

Kali ni, aku letak prioriti analitikal aku pada identiti aku: mahasiswa.

Aku baru lepas tonton Gie by Riri Riza, lakonan mantap Nikolas Saputra. First time ever, tak payah lama, usai tonton Gie, aku masuk tidur, trus aku termimpi dah scene-scene dlm Gie tu. Nampak tak mcm mana kesan yang Gie dah beri kat aku?

Selalunya, habis aku tonton filem, aku akan mula bising-bising, keliling umah ajak budak-budak lain tengok gak..cerita kat dorg benda2 dlm filem tu. tapi kali ni tak..

Aku senyap sangat lepas Gie. Aku diam. Aku termenung.

Kagum.. Gie dah buka satu hijab yang kelubung pemikiran aku selama ni. Soe Hok Gie dah buktikan kat aku apa itu MAHASISWA.

Brtahun lama aku percaya pada benda yang hampir silap. Bertahun lama aku cuba fahami, bagaimana kalau andai kepercayaan aku hari ini silap, apa harus aku buat esok? Percaya pula pada yang satu lagi??

Gie buka jawapan pada soalan tu.

Soal menjadi mahasiswa itu bukan percaya kepada kiri atau kanan.. tapi percaya pada kebenaran.

Tuntut ilmu, kaji ilmu, cabar ilmu. Kemudian bandingkan dengan situasi realiti.

Gie juga tunjuk pada aku, apa yang dinamakan MAHASISWA ADALAH THIRD FORCE kepada negara.

Tak, tak sama dengan kita di Malaysia. Mereka di seberang sana sudah jauh tinggalkan kita.

Mereka tunjuk apa itu MAHASISWA. Kematangan politik dah lahirkan satu komuniti bertindak yang independen. Aku kagum.

Aku tak byk benda nak tulis. Cukup dulu sampai sini.

Soe Hok Gie..kamu beruntung kamu mati muda.

"Lebih baik diasingkan dari menyerah terhadap kemunafikan.." -Soe Hok Gie