Sunday, January 30, 2011

Lalala....

Lama tak bebel macam dulu-dulu.
Sejak aku pilih jalan hidup yang macam nih, aku kadang2 dah takde masa untuk diri aku, untuk yang tercinta, untuk family, untuk hobi aku, untuk apa yang aku dah banyak terlepas. Kadang2, habis dari segala benda “perjuangan” aku nih, aku duduk seorang diri sambil ditemani rokok (yes, I’m an honest smoker) dan lagu2 dalam hendset nih, terfikir aku sejenak. Berbaloikah? Terbayar ke apa yang aku dan rakan2 tengah buat nih? Apakah aku ada di jalan yang betul? Adakah apa yang aku buat nih, mampu capai matlamat aku? Layakkah aku perjuangkan benda2 nih??
Sejak aku terlibat dengan all this stuffs, banyak mata mula memandang, banyak telinga mendengar, banyak mulut mengata, banyak hati menduga, banyak jiwa merasa.
Jujur pada diri aku dan korang semua..ini apa yang aku impikan..ye..ini jalan hidup aku.. aku takkan patah balik, apa lagi berundur..kerana Lawan Tetap Lawan!!
Ramai org di luar sana yang perlu ditolong..dan, walaupun tanpa mengambil kredit dari mereka, itu cita-cita aku..perjuangkan hak mereka..perjuangkan hak kita..
p/s: kredit to Zafira Sandim, my coursemate (http://mepaws.blogspot.com/) yang support and promote aku…!! Thanx friend!! Bile stress..bace naratif die dalam Mepaws..how nice it is…analogy yang sangat baik…

Thursday, January 27, 2011

Salut!!







anak-anak muda Tunisia telah bangkit..salut untuk mereka...

rejim Mubarak yang mengayakan anak bini tanpa mempedulikan kesusahan rakyat di Mesir juga terus ditentang..akhirnya, dunia ini milik anak muda!!

anak muda di Mesir juga bangkit melihat saudara di Tunisia telah memecah tembok penghalang yang menindas mereka....Salut untuk mereka!!

kita bila lagi?? jangan ditipu dakyah media milik hegemoni..menentang penindasan tak ada kena mengena dengan menyokong pembangkang....kita bukan bodoh!! Agak2lah!!

Monday, January 24, 2011

PSM di Tanjung Malim!!


balik dari tgok Kopratasa (memang terbaeklah!! sebak dowh dengar lagu dorg!!) dan Mawi di KZ tadi..singgah di Perahu Pecah dengan geng2 otai LMP yang lain.. time tgh dok sip teh tarik tu, tibe2 aku terperasan satu benda yang aku cukup kenal n minat.. BENDERA PSM( PARTI SOSIALIS MALAYSIA)!!!! PERGHHH!!!!!!!!!!! selama ni, aku tak pernah perasan pun kewujudan dorg kat cni....nekad..aku mesti pergi naik bilik dorg bila ada peluang nanti!! aku nak tgok n knal sosialis di Tanjung Malim nih.....tak sabar nya!!! arrghhhh!!!!!!! XD

p/s: sape2 yg suke makan kat Perahu Pecah..cuba cari bendera di atas yg terlekat di pintu rumah kedai betul2 sebelah Perahu Pecah.... hehe..itu adalah bendera parti paling cool dalam Malaysia...paling gedebe..paling gila..paling dibenci oleh hegemoni dan kapitalis...yeahh!! angkatlah penumbuk kiri anda ke atas!! itu adalah suara kita, golongan marhaenis...

Sunday, January 23, 2011

Imagine...






let the song describes everything..i'll keep my silence..and let you imagine..=)

Imagine by John Lennon

Imagine there's no Heaven
It's easy if you try
No hell below us
Above us only sky
Imagine all the people
Living for today

Imagine there's no countries
It isn't hard to do
Nothing to kill or die for
And no religion too
Imagine all the people
Living life in peace

You may say that I'm a dreamer
But I'm not the only one
I hope someday you'll join us
And the world will be as one

Imagine no possessions
I wonder if you can
No need for greed or hunger
A brotherhood of man
Imagine all the people
Sharing all the world

You may say that I'm a dreamer
But I'm not the only one
I hope someday you'll join us
And the world will live as one

Monday, January 17, 2011

Dari blog UPSIkini..

Tanjong Malim, 16 Januari - Januari 2011 menyaksikan sekumpulan mahasiswa Universiti Pendidikan Idris mengisytiharkan penubuhan sebuah 'front' (kumpulan) baharu yang dikenali sebagai Legasi Mahasiswa Progresif (LMP).

'Front' mahasiswa tersebut dikatakan bakal menjadi 'kuasa ketiga' mahasiswa yang akan menjadi kumpulan semak dan imbang kepada universiti dan kedua-dua kelompok sedia ada dari Mahasiswa Pendidik dan Pimpinan Bitara.

Menurut Adam, mahasiswa pendidikan TESL yang juga merangkap Koordinator LMP menyifatkan bahawa LMP merupakan wadah memperjuangkan isu sentral mahasiswa dan lebih agresif memainkan isu penting termasuk kebajikan mahasiswa di kampus dan luar kampus dalam mencorak dan memperjuangkan kepentingan mahasiswa umumya.

Beliau turut menyatakan bahawa LMP merupakan kumpulan yang bersifat inklusif merentas semua kelompok. 'Inclusiveness' (keinklusifan) LMP disifatkan beliau sebagai merentas kaum, bangsa dan agama disamping menerima semua golongan yang ingin bersama mereka memperjuangkan hak mahasiswa secara bersama.

Kumpulan tersebut dikatakan bergiat aktif menerusi laman sosial Facebook yang dikenali sebagai Legasi Mahasiswa Progresif atau akronimnya LMP (klik).

Kursus Kepimpinan Mahasiswa UPSI

Alhamdulillah..tamat sudah Kursus Kepimpinan anjuran HEP siri pertama.. sepanjang kursus ni lah..aku berjaya buka mata dan mula faham realiti dan landskap politik kampus UPSI.. tahniah kepada kumpulan Gagah Siswa jadi kumpulan terbaik..korg memang best... Kumpulan aku, Kejora...aku bangga kenal ahli-ahli kumpulan ni..ramai yang hebat2 dari banyak segi....kepimpinan, pengurusan, ekonomi, agama..bakat2 yang sebeginilah yang sepatutnya ditonjol dalam kalangan Mahasiswa, barulah nama Universiti dapat naik... Perkara lain yang aku belajar kali ni: bersederhana adalah lebih baik, ramai orang2 yg lebih hebat dari kita, dan jadi diri kita sendiri..

P/S: aku juga nak mohon maaf kepada beberapa pihak yang tersinggung dengan aku tak kira siapa sepanjang kursus. satu lagi: maaf dipohon kepada seorang calon PRK yg lepas kerana serangan berbetuk peribadi terhadap beliau (rujuk Mahasiswa Pendidik vs Pimpinan Bitara).. serangan peribadi hanya membodohkan diri je...(aku tidak sempurna)..=)

Jumpa lagi 28 January 2010!! Agak2lah!!! prrrfffttt......!!

Friday, January 7, 2011

Harapan Baru Politik Kampus UPSI




Tahun ini sekali lagi kita akan hadapi Pilihan Raya Umum.. seperti Karma, setiap kali PRU menjelang, pasti disusuli terlebih dahulu dengan Pilihan Raya Kampus. PRK sudah lama menjadi bayang2 PRU di negara kita yang tercinta.

UPSI bakal mengadakan Pilihan Raya tak lama lagi. Sudah menjadi tradisi, ia akan menjadi gelanggang beradu sokongan antara Mahasiswa Pendidik yg Pro Mahasiswa dan berhaluan kiri, menentang Pimpinan Bitara (Pro Aspirasi) yg menjadi anak emas pihak atasan universiti.

PRK di UPSI tidak segah dan semeriah PRK di universiti2 tempatan yg lain. PRK UPSI lebih slow, moderate, dan berhati-hati. isu yg dimainkan sepanjang musim berkempen hanya berlegar sekitar isu2 dalaman pelajar yg kadang kala lapuk dan basi. Namun, itu jalan yg terpaksa diterima. Politik selamat memang menjadi amalan di sini.

Maka yg demikian, mampukah mahasiswa bakal pendidik di UPSI menongkah arus, memecahkan tembok selamat dan keluar dari comfort zone untuk PRK kali ini??

Tahun ini, pertandingan bakal menyaksikan sedikit perubahan yang mungkin mampu meletakkan UPSI ke dalam peta tumpuan PRK yg selama ini di dominasi oleh UM, UKM, dan UIA. Penyertaan gerakan baru politik kampus seperti Legasi Mahasiswa Progresif, Gerakan Sebalik Tabir, dan tentu sekali, Mahasiswa Pendidik yang baru2 ini banyak menerima penyertaan tenaga baru bakal menghidangkan permainan politk yg lebih hangat.

Isu2 haluan kiri yang lebih berat, serius, dan sensasi akan memanaskan iklim pilihanraya akan datang. Ditambah pula, sokongan banyak pihak luar dan dalam terhadap politik haluan kiri bakal menyaksikan harapan baru dibawa kepada pelajar2 UPSI yg selama ini banyak menderita.

Isu-isu seperti posting, PTPTN, kebajikan pelajar pasti menjadi tajuk utama sepanjang kempen pilihanraya. namun, difahamkan, gerakan2 baru kini sedang giat mempromosikan ideologi baru dan menawarkan apa yang dipanggil "kebangkitan mahasiswa".

Logiknya, UPSI harus dan wajib menjadi tumpuan pada PRK bersandarkan pada rekod dan sejarah tersendiri Institut ini.

Oleh yang demikian, kita tunggu dan lihat apa yg bakal dihidangkan pada PRK yg dijangka bakal berlangsung dalam tempoh 2 atau 3 bulan lagi. Mungkinkah harapan baru untuk mahasiswa-mahasiswi UPSI bakal lahir di PRK akan datang? Atau ia akan terus menjadi minggu suram dan syok sendiri seperti sebelum2 ini?? Sabar dan nantikan....kepada politician2 muda UPSI...selamat maju jaya, dan....Agak2lah sikit bila berpolitik...jangan jadi politik kedai kopi saja...itu harapan penulis..

Thursday, January 6, 2011

10 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG SOSIALISME



Apa itu SOSIALISME???

Bile sebut SOSIALISME, mungkin sebilangan rakyat Malaysia (terutama yg malas pergi sekolah) akan terfikirkan benda-benda ni : clubbing, rempit, dan bohsia. Mungkin idea sebegini datang dari perkataan "sosial" dan "isme"(as in vandal-ISME)..well jika anda pun fikir mcm ni.....SILA HANTUK KEPALA KE DINDING ATAU FLUSH MUKA DALAM MANGKUK JAMBAN!!

Tapi jangan salahkan diri anda jika tak tahu apa itu SOSIALISME..sistem pendidikan Malaysia mmg tak pnah ajar kita benda2 penting sebegini kat sekolah. (note: rata2 kerajaan dalam dunia memang takut rakyatnya bijak pandai..)

Jadi untuk tujuan kongsi ilmu dan kesedaran..aku senaraikan 10 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG SOSIALISME..selebihnya, sila buat kajian sendiri supaya lebih mudah anda faham dan judge..=)


1. Secara asasnya, sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata dan adil tanpa mengenal darjat dan status sosial. (ingat: Sosialisme lebih menjurus ke arah sistem ekonomi berbanding Komunisme yg menjurus ke arah sistem politik..dont get confused!)

2. Antara sosialis terkenal adalah Karl Marx yang menulis buku The Communist Manifesto. Sosialis terkenal lain adalah Vladimir Lenin, James Connolly, Rosa Luxemburg, Fidel Castro, Muammar al-Gaddafi, Albert Einstein, Robert Mugabe, Ho Chi Minh dan John Lennon.

3. John Lennon (The Beatles?? Yup! He's the one!) terkenal sebagai seorang sosialis yang menentang perang Vietnam. Kekaguman terhadap beliau membawa kepada terbentuknya fahaman Lennonisme yang boleh dianggap sebagai fahaman yang lebih ringan dan sesuai untuk jiwa anak muda.

4. Sekali imbas, perkataan "sosialisme" dan "komunisme" seolah-olah satu perkara yang sama. Tetapi pada hari ini dua perkataan ini bermaksud perkara yang berbeza. Kebanyakan orang yang bukan komunis merujuk komunisme sebagai Marxisme dan Leninisme iaitu idea-idea yang berasal dari Parti Bolshevik di Rusia.
Selepas Perang Dunia Pertama dan Revolusi Rusia, sosialisme terbahagi kepada dua. Sesetengah golongan sosialis mengikut Lenin dan dipanggil komunis. Sesetengah yang lain pula percaya kepada sistem parlimen dan mereka ini dipanggil sosial demokrat. Sosial demokrat sangat tidak bersetuju dengan komunis tetapi antara ciri mereka ini adalah menyokong konsep negara kebajikan.

5. "Musuh utama" kepada sosialis adalah kapitalis kerana kapitalis pada pandangan sosialis adalah penyebab keruntuhan moral insaniah, penyumbang kepada jurang kemiskinan antara golongan atasan (elit) dan golongan bawahan (rakyat/marhaen).

6. Ramai tokoh berpendapat, sosialisme hanya nampak indah dan baik di atas kertas, namun hakikatnya, tiada negara sosialis yang benar-benar berjaya. China misalnya, disebalik pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, tidak tergolong dalam negara2 yang makmur. Negara-negara yang mengamalkan sistem kapitalis pula, seperti Amerika, Denmark dan Finland dianggap lebih berjaya (rujuk 10 happiest countries in the world).

7. Negara kita menolak secara mentah sosialisme kerana dianggap membawa ideologi komunisme, dan seterusnya memilih untuk mengamalkan sistem kapitalis+feudalisme. Walau bagaimanapun, punca utama sosialisme ditolak secara mentah (tanpa mengambil kira kebaikannya) adalah kerana sosialisme jika diamalkan secara berprinsip dan jujur, akan menghadkan pemimpin dan org atasan(elit) membuat keuntungan seperti hari ini.

8. Ramai berpendapat sistem ini bertentangan dengan Islam, namun jika merujuk kepada kertas2 kajian beberapa tokoh tempatan, sistem ekonomi sosialis lebih banyak persamaan dengan Islam berbanding sistem kapitalis yang berbentuk laizzes faire.

9. Tokoh-tokoh terkenal sosialis (dan yang menyokong Sosialisme) di negara kita termasuklah Chin Peng (walaupun lebih dianggap sebagai Komunis), Samsiah Fakeh, Dr. Burhanuddin Helmi, Abdullah CD, Nasir Hashim, Dr.M.Jayakumar Devaraj (PSM), Dr Syed Husin, dan Hishamuddin Rais/TukarTiub (Sosialis+Lennonis).

10. Penulis (akulah tu!) bukanlah seorang sosialis, namun penulis mengagumi keadilan sosial yang ditawarkan oleh sosialisme. Fahaman ini ternyata lebih adil dalam konteks sosial masyarakat berbilang kaum dan taraf sosial. Namun, sosialisme tetap mempunyai kekurangannya. Ciptaan manusia kan??


Jadi, kepada anda yang membaca post ini, lepas ni rajin2 ye bt kajian sendiri pulak. mungkin kita boleh share sama2.. aku banyak lagi benda yang tak tahu pasal dunia.

Moral of the post(??) ni adalah sebagai generasi marhaen yang baru, kita kena ada awareness tentang sistem2 yang ada dalam dunia ni. Kita hidup sebab ada sistem2 sebegini..tinggal kena pilih je lagi, nak sistem yang sebagai mana. Pada aku, personally, aku rasa negara kita akan lebih makmur baik dari segi sosial, ekonomi, moral, keselamatan, dan paling penting, pendidikan dan kebajikan, jika sistem Islam dan Sosialisme diamalkan side by side. Mana elemen yang baik, kita amalkan. Sistem hari ini?? ermm........nampak indah, tapi hanya ilusi, simply because we've never give a try on something new. Ibaratkan macam orang yg ditipu untuk membeli Kancil, bawak-bawak rase mcm sedap, terus jalan.. padahal die tak tau belambak lagi kereta yg lebih baik pada harga yg lebih murah!! mcm tu lah ibaratnya..

tulisan ini hanya berdasarkan pemahaman aku, dan beberapa facts yg aku cari dr internet untuk sokong hujah aku. jadi jgn expect tulisan ni giler2 akademik atau yg seumpamanya..

And maybe ada yg akan kata aku ni celaru identiti, hangat2 tahi ayam: sekejap konon2 Islamik, sekejap aktivis anti-racism, sekejap ala2 sasterawan..sekarang nak jadi sosialis pulak..well...AGAK2LAH!!! hehehe.. bukan hangat2 taik ayam..tp nak pelbagaikan contents and knowledge.. takkan asyik benda same je...but anyway, klw korg dig up ckit..korg akan sedar..semuanya dari root yg sama dan related..well, simply because this is me and they came from me!!

(aku akan rasa bersalah klw aku tak acknowledge blog ni: http://malaysiansocialists.wordpress.com/category/history/ )

gambar di atas sekali adalah logo PSM (Parti Sosialis Malaysia)


Tuesday, January 4, 2011

Anak Muda?? Mahasiswa??? Apa tu??





Sedar tak sedar, dah masuk 2011..(bye bye 2010)

Lama aku menyepi sebab takde talian internet dan agak busy dengan exam dan program2 time cuti sem..bukan sebab malas k?

tengok tajuk di atas; semua patut boleh agak.. ye... aku sedang bercakap tentang kita (kamu dan aku)..

sejenak, tengok gambar2 diatas...dua generasi mahasiswa (1974 dan 2010) sedang gigih membuktikan bahawa ANAK MUDA dan MAHASISWA PEDULI!!

kita anak muda..kita juga kebanyakannya adalah mahasiswa.. tak perlu cakap pasal masa depan, lebih baik kita renung masa ini...present day.. mana kedudukan kita hari ini?? adakah kita mampu berbangga dengan siapa kita hari ini??

sedih mengenang tahap pemikiran dan kesedaran anak2 muda dan mahasiswa kini..

semuanya pasal "they(or WE) simply don't care!!"

pagi ditipu Utusan, malam ditipu TV3, kita hanyut dunia ciptaan hegemoni dan kapitalis yang sedang membuat onar dan kira2 untung di belakang kita..dan kita, anak2 muda?? apa tindakan kita?? kita buat2 tak sedar dan biarkan je...

yang penting, malam minggu mau enjoy!! rempit sampai subuh!! clubbing sampai tercabut tulang!! minum sampai reput gigi!! INI KE DEFINISI ANAK MUDA???

pointer mau bagus!! assignment mau cun!! exam mau tip top!! peduli hape dengan masalah dunia... INI KE MAHASISWA?? TAKKAN MACAM NI JE??

sepatutnya anak muda yang pertahankan setiap hak dan keadilan, kebaikan dan kebajikan.. anak muda sepatutnya bangkit melawan korupsi yang terang benderang di sekeliling kita..anak muda seharusnya bangun melawan kekejaman dan penganiayaan terhadap kita..anak muda seharusnya jerit kepada "mereka" : KITA BUKAN BODOH!! AGAK2LAH NAK MENIPU PUN!!

anak muda patut sedar dan ubah keadaan sekarang.. dunia dah jadi GILA..SEBAB ORANG2 TUA YANG DAH NYANYUK sedang membuat untung untuk anak beranak mereka sebelum mati..dan kita hanya diam melihat mereka.. mereka kikis habis semua kekayaan dalam dunia..apa kita buat? nganga??

aku bagi contoh: Malaysia pengeluar sawit terbesar dunia..tapi minyak takde dalam pasaran..sebab ape??? SEBAB KAPITALIS PAKAT DENGAN PIHAK BERKUASA..CATU BEKALAN MINYAK...TUNGGU HARGA NAIK..JUAL BANYAK2 BALIK..UNTUNG BOLEH DOUBLE!! nampak???? simple kan?? semua orang boleh pikir kan?? tapi pernah anda peduli benda2 sebegini?? ANDA TAK TERASA TAPI MAK AYAH ANDA PARAH NAK CARI DUIT!!

KAPITALIS parasit dunia.......JANGAN PERCAYA KAPITALIS KERANA MEREKA HANYA MENYEMBAH DAN MEMUJA DUIT...

MAKA...di sini..lahirnya peranan anak muda... di sini, lahirnya peranan mahasiswa..wajib bagi kita memastikan dunia ditadbir dengan betul dan adil...kebajikan semua org di jaga...kekejaman, rasuah, korupsi, penyelewengan yg dah jadi hobi GENERASI TUA perlu ditentang... golongan penyembah duit; kapitalis perlu ditentang habis2an...kerana mereka ibu segala kekotoran dan kebatilan...duit boleh beli orang..duit boleh beli moral...duit boleh beli maruah..semuanya duit..duit..duit..!!

banyak yang kita boleh buat...antara yang paling mudah adalah BERSUARA!! JANGAN TAKUT!! pemimpin makan rasuah: DEDAHKAN!! kapitalis makan untung atas angin: TULIS DALAM AKHBAR!! alam sekitar dicemarkan : BERSIHKAN DAN LEMPANG ORANG YANG KOTORKAN!!

KITA HANYA PERLU AMBIL PEDULI!!!

ingat!! mahasiswa dan anak muda harus pikirkan kembali apa kita buat sekarang..jangan nanti dah tua baru nak terpekik terlolong...dah terlambat time tu!!

INI ZAMAN ANAK MUDA!! BANGUN DARI MIMPI!! ENOUGH WITH ENJOYING YOUR "ADOLESCENCE"...CABAR DUNIA INI!!!

merapu?? meraban?? memang pun...!! bila hati tengah geram dan panas...apa aku peduli dengan ayat?? ayat cantik tak guna...janji anda faham sudah...!!


Agak2lah.......