Thursday, March 17, 2011

Impian jadi kenyataan: AUKU kah AKU??


Wajah baru..wadah baru...nafas baru..

hari ini sekali lagi kena panggil dengan HEP untuk siasatan kes Demo Air Disember lepas.. seperti yang aku war-warkan dalam Facebook dan Page LMP, kes ini adalah kerja khianat Aspirasi yang tak fikir panjang, dan hanya pandai main politik kotor ala bapak angkat dorg.

Mereka lupa, semakin kita didesak, kita akan lebih mendesak.

Mood hari ini tenang dan relax je.. apa nak jadi hari ni, jadi..aku dah sedia..

Andai kata siasatan rasmi hari ini mendapati aku layak dibicarakan dan didakwa..silap besar.. Aku tak kacau korg, kenapa korg kacau aku?? kalau berada di pihak yang betul, takkan ada 7000 mahasiswa lain yang turut berada di Masjid Negara hari tu??!!

Semalam, aku sempat intai fail kes yang akan dibuka hari ini..wahh..ade frasa "kaedah di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti..". Tahniah UPSI, berani gak pakai AUKU.. andai kata betul apa yang aku jangka nih, sedialah wahai UPSI..aku takkan berdiam diri.. jangan ingat aku bodoh...

Agak2lah!!!

ironisnya, aku pernah tulis pasal Auku, dan belenggu terhadap mahasiswa tahun lepas..terima kasih banyak2 UPSI..anda merealisasikan impian seorang mahasiswa yang dahagakan perjuangan.. biar aku tunjuk bukti nyata dan hidup kepada semua mahasiswa UPSI..AUKU ITU KEJAM!!

sekarang jam 10.45 pagi.. lebih kurang 4 jam lagi ke saat menegakkan keadilan..

Hidup, Hidup!! Mahasiswa!!


aku ambil kesempatan ini untuk ucapkan takziah kepada Jepun.. Jepun, kami bersama anda!!

3 comments: