Friday, December 2, 2011

Hamba Sistem

Memanggil diri sebagai pemimpin itu enteng ya?

Cuba satu kali kamu jadi pengikut(hamba sistem).

Nah, rasakan..

Bayar cukai-cukai itu.

Kerja hingga basah baju kamu.

Lari sana-sini dengan motor buruk ini.

Tak cukup.

Sekolahkan anak kamu.

Bayar yuran-yurannya.

Hutang sana sini.

Bayar ongkos-ongkos api air.

Mengeluh di pasar.

Mengeluh di stesen minyak.

Mengeluh di pejabat tanah.

Mengeluh sebelum tidur.

Dan mengeluh seusai tidur.


Apa rasanya?


Tuesday, November 29, 2011

Krohh..

Gua tengah buat assignment. Jam skang tepat 5.00 pagi. Gua hampir nak muntah. Perut gua dah berangin. Kepala gua lagi berangin. Sempat ke tak siap nih??

Takpe.. assignment harus didesak, bukan ditunggu!

Monday, November 28, 2011

Mahasiswa & Revolusi

Menulis pagi-pagi sebaik bangun dari tidur bukan kebiasaan aku. Aku ada masalah dengan penggunaan otak di waktu pagi; selalunya kepala aku akan sakit untuk sejam dua sebaik bangun dari tidur.

Tapi demi revolusi, aku gigihkan juga. (andai saja aku dpt katakan benda yg sama pada ASSIGNMENT)


Apa itu mahasiswa? Apa itu revolusi?

Dua terma bukan dari etnik dan agama yang sama tapi sering kita lihat mereka ini akhirnya berjaya mendirikan rumah tangga dengan aman dan bahagia lepas berhempas pulas.

Mahasiswa adalah perkataan istimewa. Jika di luar negara, hanya terma "students" digunakan untuk rujuk kepada pelajar universiti..namun di Nusantara, kita guna MAHASISWA kerana besar dan gahnya kedudukan mereka dalam masyarakat.

Bila bergelar mahasiswa, perkara pertama yang harus kita kuasai adalah: keupayaan berfikir dan menzahirkan pemikiran kita. Bina idealisma yang utuh, supaya tidak dipersiakan darjat sosial yang diberikan kepada kita.

Mahasiswa seharusnya jadi entiti yang paling ke hadapan sekali dalam memperjuangkan negara. Perjuangkan negara dengan membebaskan negara dari amalan rasuah, tipu daya, penyelewengan, kezaliman terhadap rakyatnya, pencabulan terhadap undang-undang, salah guna kuasa, pengabaian terhadap kebajikan rakyat, dan tentu sekali proses pembodohan terhadap masyarakat.

Sebagai golongan yang terdidik, mengapa harus diam? Jangan percaya kepada mantan PM yang suruh mahasiswa BELAJAR dan JANGAN PEDULI HAL POLITIK. Anda silap jika percaya kata TuhanMelayu ini.


Pertama: Beliau juga bekas mahasiswa. Bermula karier politiknya di zaman belajar. Mengapa beliau boleh mengapa kita tidak?

Kedua: JANGAN PEDULI HAL POLITIK atau JANGAN PEDULI MASALAH NEGARA?? ini senjata beliau. guna lidah berbelit ala Si Kitul dalam Hikayat Melayu untuk tipu mahasiswa. adakah isu salahguna dana pendidikan adalah politik? adakah kemiskinan adalah politik? adakah rasuah adalah politik?

politik adalah siapa yang nak jadi PM, siapa yang nak bertanding di kawasan A, parti ini perjuangkan kaum itu sahaja, parti ini nak Negara Islam. Ini politik. Yang diatas bukan poliltik. diatas tadi adalah ISU dan MASALAH NEGARA.

Percayalah, proses pembodohan ini sudah sebati dengan mahasiswa. Realitinya, semua kerajaan dalam dunia takut kepada rakyatnya yang bijak. Rakyat yang bijak adalah kerugian buat orang-orang yang korup.

Sebelum anda menyembah dan mengagungkan TuhanMelayu itu, silalah tanya; berapa hektar tanah hutan digondolkan untuk bina KLIA dan Litar Sepang? Anda selalu kata kita harus pertahan alam sekitar, sekarang ni orang itu yang terus menerus gondolkan hutan ketika berkuasa. Apa kata anda??

Sebelum anda menyembah dan mengagungkan TuhanMelayu sebagai Wira Dunia Ketiga, tanya diri anda, siapa yang perkenalkan AUKU bila partinya semakin hilang kuasa? Pemimpin apa yang sanggup anggap Mahasiswa musuh kerajaan? Pemimpin inilah yang telah menyumbat masuk 7 orang mahasiswa ke dalam ISA. TuhanMelayu apa ini?


Revolusi menuntut pengorbanan itu ayat kliche. Sebenarnya revolusi menuntut anda supaya RAJIN. jangan bermalas-malasan. Jangan terlalu mahu duduk selesa di pondok masing-masing.
Keluar. Tiada perjuangan yang selesa. Semuanya akan mengikis masa, duit, dan tenaga anda. Dan memang, anda takkan dapat balik apa yang anda hilang sepanjang berjuang (kecuali anda bercita-cita mahu jadi YB..tapi itu terlalu murah).


Masyarakat perlukan anda.

Ramai yang miskin, dan tidak mampu untuk keluar dari kemiskinan itu. Tolong mereka.

Ramai yang bodoh, dan tidak mampu keluar dari kepompong kebodohan itu. Tolong mereka. mereka dianiaya dengan doktrinisasi akal oleh regim.

Ramai yang malas. Ketuk mereka supaya rajin.

Mulakan revolusi dari diri anda.

Pertama: alih diri anda dari suka mengangguk kepada suka menggeleng.

Kedua: alih diri anda dari suka mendengar kepada suka bercakap.

Ketiga: alih diri anda dari suka tidur kepada suka membaca.

Keempat: alih diri anda dari membaca semata-mata kepada menulis dengan banyak.

Kelima: bangun dari kerusi.

Keenam: sedia untuk turun ke jalan raya. Parlimen hanya untuk 222 orang. kita perlukan ruang untuk berjuta orang. Jalan raya jawapannya.

Akhir sekali: sedia untuk jadi sebahagian dari sejarah. =)

" Lebih baik diasingkan dari menyerah kepada kemunafikan" - Soe Hok Gie


Program Kebebasan Akademik



Jangan lupa malam ini!

Ubah sejarah tiada guna, ubah lah masa depan!

Yang tak dapat datang sebab tak mampu, tak dapat, takdak jalan, tak ada kenderaan dimaafkan.

Yang tak mau datang, sila buang kad matric dlm lubang jamban. kah kah kah!

Sunday, October 30, 2011

Langkah.Kawan.Lawan.



Dalam setiap langkah aku ambil, aku akan dapat DUA: kawan dan lawan. teman dan musuh.

Aku suka kawan. aku tak suka musuh.

Dalam setiap langkah ke depan yang aku ambil, makin banyak teman yang sambut tangan aku yang selama ni sunyi. Baguslah. Tapi sedih. dengan setiap langkah ke depan tu juga, ada tangan-tangan yang lain mula melepaskan tangan aku ni.

Setiap langkah aku ambil, macam aku berjalan tepi ombak. Aku toleh kebelakang, setiap langkah-langkah tu akan hilang.

Mana korang pergi?

Adakah sebab; jalan yang aku ambil jalan yang salah, atau; jalan ini bukan jalan korang, atau; korang tak pernah pun ikut aku selama ni, dan tangan-tangan korang itu hanya delusi?

Jangan biar aku macam ni.

Please.

Saturday, October 29, 2011

Ayuh anak muda!

Adalah menjadi satu dosa besar bagi kita, anak-anak muda kalau masih mampu diam diri.
Aku tak cakap kosong. Realitinya, dunia kita tengah sakit! Tiap hari buka akhbar, billion dolar diperdagangkan. Menteri senyum lebar tandatangan perjanjian. KDNK.DEB.NKRA.NKRN.KDKK.UMNO.. Berjuta akronim berbelit yang lain diulang-ulang. Mana nua hasil? Tak nampak pun?

Masalahnya, korang tau ke tak..hanya 1% shj umat manusia yg dlm dunia ni mendapat kekayaan yg dipaparkan di dada akhbar tu! Kita ni adalah 99% yh tak merasa apa pun!

Kawan-kawan. Cukuplah dengan dunia tipu korang tu. Cukup dengan asmara korang. Cukup dengan videogame korang. Cukup dengan URTV dan Mangga korang. Ayuh! Ubah dunia sementara kita masih muda ni!

Malu kita generasi hari ni nak banding diri kita dgn sejarah. Ayuh! Kita robah dunia. Kita tulis sejarah kita!

Gie



Aik? Blog aku ke ni? Lain je...biarlah. Ala2 Metro ckit. (bkn Harian Metro!)

Last post, aku cakap pasal korupsi negara. Negara yang tengah sakit.

Kali ni, aku letak prioriti analitikal aku pada identiti aku: mahasiswa.

Aku baru lepas tonton Gie by Riri Riza, lakonan mantap Nikolas Saputra. First time ever, tak payah lama, usai tonton Gie, aku masuk tidur, trus aku termimpi dah scene-scene dlm Gie tu. Nampak tak mcm mana kesan yang Gie dah beri kat aku?

Selalunya, habis aku tonton filem, aku akan mula bising-bising, keliling umah ajak budak-budak lain tengok gak..cerita kat dorg benda2 dlm filem tu. tapi kali ni tak..

Aku senyap sangat lepas Gie. Aku diam. Aku termenung.

Kagum.. Gie dah buka satu hijab yang kelubung pemikiran aku selama ni. Soe Hok Gie dah buktikan kat aku apa itu MAHASISWA.

Brtahun lama aku percaya pada benda yang hampir silap. Bertahun lama aku cuba fahami, bagaimana kalau andai kepercayaan aku hari ini silap, apa harus aku buat esok? Percaya pula pada yang satu lagi??

Gie buka jawapan pada soalan tu.

Soal menjadi mahasiswa itu bukan percaya kepada kiri atau kanan.. tapi percaya pada kebenaran.

Tuntut ilmu, kaji ilmu, cabar ilmu. Kemudian bandingkan dengan situasi realiti.

Gie juga tunjuk pada aku, apa yang dinamakan MAHASISWA ADALAH THIRD FORCE kepada negara.

Tak, tak sama dengan kita di Malaysia. Mereka di seberang sana sudah jauh tinggalkan kita.

Mereka tunjuk apa itu MAHASISWA. Kematangan politik dah lahirkan satu komuniti bertindak yang independen. Aku kagum.

Aku tak byk benda nak tulis. Cukup dulu sampai sini.

Soe Hok Gie..kamu beruntung kamu mati muda.

"Lebih baik diasingkan dari menyerah terhadap kemunafikan.." -Soe Hok Gie

Tuesday, September 27, 2011

Negara Ini Tengah Sakit.


Okay, buka mata jap lah.

Negara kita memang perlukan apa yang dipanggil "regime change". Perubahan total. tak mampu dah sebenarnya untuk berpeluk tubuh dan nganga mengharapkan hari esok akan jadi lebih baik, tanpa kita partisipasi dalam proses perubahan tu.

Kerajaan atau Government kita korup. Itu realiti yang simple, tapi tak semua orang MAHU TERIMA KENYATAAN.

Rasuah makin meningkat bukan mainan pembangkang. Bukan fitnah mana-mana pihak. Laporan media negara kita tidak bebas, apa lagi jujur. Akhbar Utusan misalnya dimiliki UMNO dengan 60% saham syarikat (tanya Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO kalau tak percaya), akhbar The Star dimiliki oleh MCA. Harakah dimiliki PAS, cuma kontrarinya, akhbar itu bukan akhbar harian, bukan akhbar arus perdana. Begitu juga dengan stesen TV. Di Malaysia, hanya ada dua sahaja stesen TV. RTM dan Media Prima. Astro bukan untuk semua orang. Dan kedua-duanya juga dikawal dan diselia kerajaan. Makanya, media berat sebelah bukan omong kosong. Sudah dibuktikan, cuma belum diakui hakikatnya. Kesimpulannya, media popular sebegini tidak boleh dipercayai ketelusannya.

Kita tak perlu letak diri kita dalam environment politik untuk faham masalah atau penyakit negara kita. Cukup sahaja kita terima hakikat ini: rasuah wujud di negara kita, dan ia bukan sedikit. Tanggungjawab rakyat adalah menentang rasuah. Mengapa rasuah perlu ditentang? Analoginya mudah: ada road block, polis tahan seorang pemandu. Minta IC, mntak lesen.Takde.. nak settle, polis minta duit kopi. Bagi. Macam mana kalau yang rasuah dengan polis tu sebenarnya perompak? Pembunuh? Perogol? lepas dari road block, terus dia sambung kerja dia. Mudah kan untuk faham?

Rasuah dalam kerajaan pula mcm mana? Menteri nak buat jambatan. Ada syarikat yang berminat, tapi tak reti buat pun jambatan. Mintak projek. Menteri taknak bagi. Takpe..suap sikit. Dapat! Esok projek mula. Kontraktor ni tak reti buat. Panggil orang lain buat. Sub..sub..sub.. dari kos 3 juta jadi sampai 10 juta. tambah peruntukan, janji poket menteri penuh, poket kotraktor penuh. Peruntukan asal 3 juta, lagi 7 juta tambahan tu sebenarnya peruntukan untuk buat sekolah di kampung pendalaman. Projek sekolah batal. Rugi kan? takpe. Sebulan kemudian, jambatan siap. Mewah! satu kereta lalu, dua, tiga, empat. Prammmmm!!! Runtuh! Rupa2nya, dari 4 lapis kontraktor yang sub-sub-sub projek tadi tu, takde pun yang reti. Semua rasuah balik je untuk makan untung. Nyawa pengguna tergadai. Oh ya! Lupa pula, duit 10 juta tu duit siapa? Duit menteri? Duit "kerajaan"?? bukanla! Duit pembayar cukai! Duit orang ramai. Projek tu harta awam. Bahaya kan rasuah? Boleh faham kenapa rasuah ni no wahid perlu kita tentang?

Sambung balik tadi. Betul ke bukan mainan pembangkang? jawapannya: YA! Satu dunia tahu indeks rasuah negara kita teruk! Afrika Selatan pun atas kita lagi la! Kenapa jadi macam ni?? Sebab orang-orang di atas tak serius tentang rasuah. Macam mana pula tak serius?? Rasuah kan wajib ditentang? Takkan menteri tak lawan rasuah. mereka kan pemimpin? Tokoh? Itu lah korang silap. mereka lah penyumbang utama indeks rasuah. Kalau yang besar-besar berani makan rasuah, yang kecil2 pun tak takut lah.. PM makan rasuah tak?? Tak tau lah kalau PM makan rasuah ke tak, tapi kalau bagi tu, ada kot. Hmm..bagi rasuah tak salah kan?? memudahkan urusan negara. Macam beli kapal selam scorpene. Tok Bomoh pun ambil pengeras! kan?? Ye lah korg!

bagi atau makan..sama je!! Duit yang diguna untuk bayar rasuah tu duit siapa?? Amboii...takkan tu pun tak bleh pikir. Semata-mata nak dapatkan satu tandatangan persetujuan jual beli, terpaksa bayar komisen ratus2 juta. Ratus2 juta tu boleh bina ratus2 sekolah lagi tau tak!

Aku fitnah ke?? Tak. Aku cuba sedaya upaya kat sini untuk tak ambil mana-mana kenyataan pembangkang. Aku ambil Indeks Rasuah dari Transparency International. badan pemantau rasuah dunia. Aku ambil fakta ratus2 juta PM guna untuk bayar komisen dari Suaram dan klip2 youtube perbahasan di Parlimen. PM sendiri yang akui : RM500 juta untuk pembelian Scorpene bukan rasuah, tetapi komisyen yang telah dipersetujui. So, aku tipu lagi??

So, masih tak nak akui lagi rasuah memang wujud, dan regime change diperlukan (bak kata Pak Samad). Ala...entah-entah Transparency dengan Suaram tu agen pembangkang. Saje nak support pembangkang supaya menang pilihan raya. Aku pun sama. Agen pembangkang. Bagi yang rasa macam tu, boleh berenti baca sampai sini. terima kasih. Bagi yang masih berfikir teruskan. Sikit je lagi.

kenyataannya, pembangkang tu ada pusat kajian macam Transparency? Macam Zentrum? Macam Suaram? Gila! Sanggup pula dorg buat base luar negara hanya untuk menang undi kat sini. hebat! Korang..pembangkang tu pun ambik fakta-fakta yang dorg dok jual pagi petang siang malam tu dekat NGO, pusat kajian, universiti, kes-kes luar negara dan sebagainya. Erti kata lain, kalau takde orang-orang macam Zentrum, Transparency, Suaram..pembangkang tu takde isu pun! Faham sekarang?? Aku bercakap bukan untuk pembangkang. Aku bercakap untuk hantar mesej mudah je:

NEGARA INI RASUAHNYA TINGGI, MAKANYA ITU PERLU DIUBAH!

nak ubah macam mana?? Ok..yang dah cukup umur, pergi daftar undi. sampai PRU, undilah! Siapa pun pilihan korang, jangan pilih yang korup. Itu je.

UNDILAH!!

Tajuk: Aku Serah Kat Korang.

Aku masih terjaga pagi ini. Atas meja asbak penuh dengan abu-abu duit. 70% isi dalam asbak itu adalah cukai yang aku bayar kepada sebuah kumpulan manusia dipanggil pemerintah. Aku tak tahu bagaimana mereka ini boleh perintah aku. Tak pernah pula aku pilih mereka. Takpe, abaikan dulu, akan ku ajar sekor demi sekor nanti.Bila sampai waktunya.

Aku cangkung di depan rak buku-buku. masih ada yang belum habis ditelaah. patut aku baca tulisan mereka, atau patut aku baca tulisan sendiri? Entah.

Diluar, anjing2 liar masih berkeliaran. Salak-menayalak. Rancak! Entah apa yang dibincangkan. Harga minyak naik lagi kot.. Tak, aku bukan bermetafor. Itu betul-betul anjing. Ye..yang ekornya berbulu dan kakinya empat. Bukan anjing kaki dua. Anjing berkaki dua mungkin sudah tidur,kenyang lepas sehari kutip hasil haram. Lagi pun tak mungkin anjing kaki dua bincang pasal harga minyak. mereka tak pernah bayar pun harga tu. Ah! ape yang aku tgh fikirkan ni?? Bodoh.bodoh.

Lupa dah aku nak baca apa. Biarlah. sekarang aku duduk depan papan kunci dan skrin komputer riba ni. Gamit jari-jari aku untuk tulis apa yang korang tengah baca ni. Apa? Apa yang aku nak tulis? Kejaplah. Sabar. Baca yang atas tu dulu. Faham ke tak??

Jiwa-jiwa lain dalam pondok ni tengah sibuk berperang dalam alam maya. Canggih sangat!

Aku capai lagi gulungan kertas dan tembakau tu. Bakar. Hmm...lega! Kejap. Aku nak cari apa yang boleh diminum.

Air sejuk je yang ada. Malas nak bancuh kopi palsu tu.

Okay, aku sambung balik. Aku tak tau apa yang aku tengah rasa sekarang. Korang tau ke? Pernah tak korang rasa korang mampu untuk buat semua benda seorang diri, tapi akhirnya korang sedar korang cuma tipu diri sendiri. mana mungkin!

Ada lelaki yang egonya tinggi, konon mampu! Bila tanya macam mana tu..? Alah..aktiviti tambahan dalam bilik air tu tak payah perempuan pun boleh buat sendiri, kata beliau. Bodoh, macam lah aku tak tau, dalam otak beliau fikir jugak sosok perempuan berpeha gebu, baru boleh buat. Kalau fikir peha sendiri mana mampu buat! kan?? ciss. Bantuan pihak kedua dan ketiga dan keempat masih diperlukan. Oops!

Macam tu lah jugak aku. Tak! Haha. Aku tak cakap pasal benda tu lah bongok! Aku tengah cakap tentang kerja.tanggungjawab.amanah.tugas.usaha.prinsip.dan cita-cita.

Cita-cita aku besar, dan banyak! Aku pernah rasa konon aku boleh buat seorang diri. Itu sebelum aku dipukul realiti. Realiti tak setuju dengan ego diri aku tu.

Bila aku perlukan kasih sayang dan cinta, aku cari jiwa itu (terima kasih Cinta). Bila aku jatuh, aku nak orang tolong aku.Sikit pun jadi. Bila aku nak lontarkan isi cair dari otak aku yang bersimpul neuron berarus deras ni, aku cari telinga untuk dengar, supaya aku tak dipanggil GILA. Bila aku nak buktikan sesuatu, aku buat depan orang, bukan depan cermin. Bila aku lapar, aku terpaksa merangkak ke toko untuk cari bahan yang boleh dihadam. Dan bila aku mula rasa diri aku semakin sunyi, aku cari Tuhan untuk mengadu. mana mungkin aku buat seorang diri.

Dulu aku tolol. Ego bodoh makan diri. semua nak buat sendiri. Padan muka! Bila tulang dan otak dah mula letih, terpaksa aku rayu mintak tolong orang lain.

Sama lah korang. jangan lah berlagak sangat lepas ni. Korang memang hebat, memang bagus. Tapi korang rasa dunia ni korang je ke yang hinggap? janganlah sombong sangat. (samalah diri aku sendiri.)

Makanya, akhir-akhir ni, aku akur dengan hukum dunia. dunia ni aku tak mampu hidup seorang diri. Bukan juga berdua.bertiga. atau berempat. Aku perlukan beribu orang. beribu orang yang aku boleh percaya, dan percaya pada aku.

Okay..aku dah mula jadi sewel. Asbak tu bertambah lagi abu-abu duit cukai. Rasanya aku dah lepaskan dah cairan otak aku. tak..tak sepenuhnya. Aku masih perlukan tempat ni. Apa? tempat ni takde orang?? gila! yang tengah baca ni bukan orang???

kan aku dah cakap, aku perlukan korang lah. Supaya aku tak gila.

Dah, cukup.

Sekarang waktu untuk aku dan diri aku je. Ini je waktu yang betul-betul aku seorang diri. Ye ke? Laa...tak jugak! dalam mimpi aku taknak duduk seorang diri! Aku taknak mimpikan diri aku. Aku taknak mimpikan peha sendiri!

Sekian terima kasih. tak faham? takpe, cuba korang pulak tulis balik. mungkin korang boleh faham.

*sejak bila aku tulis macam ni? Sejak aku rasa blog aku tak cukup cool kalau tak tulis tulisan poyo yang egois macam ni..rasanya tak lama..kot?*


Monday, September 26, 2011

Radiator Itu Dah Dibersihkan.

Agak terlalu lama blog ini tidak dikemas kini. Agak terlalu lama hingga hampir aku nak lupakan.

Kalau dalam kalangan penulis, dipanggil creative crisis-writer's/blogger's block. Takde idea?? bukan...yang terjadi adalah over-thinking.

Terlalu banyak memikir, terlalu banyak benda nak tulis, dan akhirnya crash.crash.crash.

Dalam draft saje, kurg2 ada enam post yg tergendala..apa sebab ek?? Gua pun tak tahu.

Time aku tulis ni, aku risau kalau2 ini pun akan masuk dalam draft tanpa aku tekan butang PUBLISH POST. well, kita tgok kalau2 korg dpt baca..kalau dpt, maksudnya radiator yg tersumbat tu dah dibersihkan.

Untuk tempoh sebulan dua ni, banyak betul benda yang aku lalui.

Enough said, terlalu busy. Activisme (malunye guna..mcm poyo sgt..) tak terhenti. Dari Alor Star, sampai ke Kuala Lumpur..macam2..

Aku witness satu gerakan massa pelajar di KUIN. Solidariti yang mengagumkan bila rakan mereka tertindas.

Aku rasa sendiri berhujah dengan orang yang pangkatnya BESAR, tapi akalnya kecik... Betul lah imam shafie kata: jangan berhujah dengan orang jahil, kerana mereka tak faham landasan ilmu.

Pindah masuk rumah baru, itu pengalaman yang sangat best! terkejut kejap, bila terima bil air empat digit..*gileee..*

Berdialog dengan orang-orang yg selama ni aku kagumi..sepentas dengan mereka..itu pengalaman yang terlalu manis.. sayu hati bila kenang, mereka ni dah lalui macam-macam dalam perjuangan nasib bangsa..moga tuhan balas jasa-jasa mereka.

Aku menulis, dan tulisan aku dinilai dan dikritik oleh orang yang bijak. Cendekiawan. Komentar mereka bisa aja jadikan aku matang. Syukur bila aku mampu sedar kedudukan aku. Banyak lagi yang perlu aku belajar.

Accident kereta, hahaha..itu lucu. Mujurlah tak cedera teruk. tapi berlubang dompet. itu sedih.

Pengalaman-pengalaman ni aku simpan kemas dalam memori. Belajar dan belajar lagi. hampir aja aku nak putus asa bila rasa keseorangan. Tapi kalau aku putus asa hari ini, siapa nak sambung apa yang aku cuba buktikan?? Kenangkan benda tu..beri aku semangat baru. Terima kasih ya Tuhan, kerana akal waras ini kau tak tarik dari diri aku.

Buat sang Pecinta Setia, tak mungkin kita mampu nampak pelangi setiap hari, tapi percayalah, lepas hujan dan terik, ia akan terbit. =)

Dapat baca post aku kali ni? Alhamdulillah, radioator itu dah dibersihkan.

Monday, August 8, 2011

Sajak Pak Samad untuk kita: Mahasiswa!

Kepada Cendekia Solidar

Kita wajar ikhlas murnikan sumber kuasa bangsa,
menghakis label-label bongkak yang disusup puaka.
Kini para bangken sedang berlindung di sebaliknya
dengan media gergasi pertajam taring dustanya.

Cendekia muda kini tenaga tulus dan waja
semakin cekal bangkit sebagai wewira perobah.
Mereka tentangi kuasa cemar berlendir dosa,
beraza melawannya demi mengharum satu era.

Pening gas dan pedih air mencemar dekad merdeka;
kuasa bobrok ghairah merongrong demokrasi luka.
Kita wajar mensyahdukan benih kuasa yang sakti,
dan dengan khusyuk mendeklamasi puisi berani.

Senja ini lara, dan kita tetap menyembuhkannya.
Ya, kita dakapi demokrasi tulen seakrabnya.

A. SAMAD SAID
6-7 Ogos, 2011

Saturday, August 6, 2011

Pengumuman penting! RM6000.00 untuk yang berbakat!

Mohon maaf. Tumpang singgah sekejap untuk berita terbaek!

Bersih 2.0: Merakam Semangat Zaman/Capturing The Spirit Of The Times – Pertandingan Menulis Esei dan Cereka di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Lebih daripada RM6,000.00 untuk dimenangi + buku-buku + tshirt diskopi bersih yang konfirm tak skema (nak kata kool, poyo la pulak) “melawan atas jalan bukan hanya atas talian” + peluang untuk karya anda diterbitkan di dalam bentuk buku! Kalau korang berminat untuk terlibat di dalam usaha bersama merakam semangat zaman dan memenangi hadiah-hadiah tersebut, check it out butiran, syarat dan peraturan pertandingan ini kat: http://diskopi.wordpress.com

Korang boleh jugak download poster pertandingan menulis esei dan cereka ini dalam jpeg file dan meletakkannya kat blog, website atau facebook korang untuk publisiti yang lebih luas.

Tolong war-warkan tentang pertandingan ini kepada jaringan dan kawan-kawan korang yang kat online mahu pun kat offline! Terima kaseh.

Friday, August 5, 2011

Tukar who? by The Desperado (Diskopi)

This is an old article, but i still find it interesting and the best article to describe this guy who inspires me a lot. Taken from Diskopi (without permission).

I was chatting with a friend quite recently and i mentioned that i know a very interesting person, who has been in exile, made movies, helped Iranians to topple the Shah, faced the Mumbai police , survived the Lebanon civil war in Beirut, ate chapaties with the Pakistani’s in Karachi and Durians with the Pakcik in Jelebu and orchestrated the coolest rebellion against the United Mad Nookie Ordinance!!! My friend said freaking cool, whos tha man? I said Hishamuddin Rais… and he was like Hisham who? i said Tukar Tiub… he was like Tukar who? Then i told myself allright, its time Diskopi churns out a piece on that old chap.

If you are a Malaysian and you dont know who Isham is, your missing out a lot. Daymn this guy outta write a biography about himself… He is like a real political Indiana Jones. He is about 56 years old, been to over 30 countries, rebelled all his life… and engineered the term Non Governmental Individual. One word… Amazing, seriously… Amazing… he lived and still is living the utter most coolest life, and mind you this is just based on what we know about him… Im sure he has pretty much a lot more juice in his closet!!!. I personally came to know this chap through a good friend of mine, this oldman riddled my head to rationality. Haha, he might not know it but he has infact inspired many young souls in Malaysia to find their true self and to truthful in life.

This oldman finished his secondary education at the Malay College Kuala Kangsar. Entered University of Malaya to study South East Asian History in 1971. Was elected Secretary General of now banned University of Malaya Students Union (UMSU) in 1973. Left Malaysia in 1974 after a huge student demonstration now historically known as The Baling Peasant Protest 1974. Studied French Language at University Catholic of Leuven la Neuve 1984. Studied Arts at Brixton College London. Graduated in film and video from University of Westminster London 1992. He returned to Malaysia in 1994 and became a freelance writer . He helped organise several street demonstrations from 1998 to 2000 following the ouster of deputy premier Anwar Ibrahim. In 2001 he began a two-year jail sentence under the Internal Security Act, which permits detention without trial.

Woa… you know we could on and on… about this chaps life. Its like i said… utter cool… and interesting. So what has this fellow been up to recently? He started a cult… Hahaha yea he did, known as the Tukar Tiub… its a cult that revolts against a certain group of United Maniacs, and the terror of knights Bik Mama!!! Its pretty serious stuff actually, if you could read between the lines. One thing that i admire very much about this chap is his love for Malaysia… a love so deep so true… This man spent his years loving a nation and its people, still holding strong and fighting for a better Malaysia. It may not be your mainstream patriotism, but heck it drains my tears just thinking about it. This man… loves his nation, like nothing else.

What drives him? God knows, seriously i see no reason for him to be back here in Malaysia. To live a medicore life when he could be a millionaire somewhere else. Perhaps its the Keretek? Hahaha… believe it or not cigarettes have driven people towards their goals. Oh well, hope he would read this and perhaps drop a line in the comments. Before i end, here is a little note to Isham, Tukar Tiub, Janggut or whatever people call him ; You may not know it, but you have inspired many to be brave, to fight for truth, and to think. For this, we cant thank you enough. Yet Diskopi would like to appreciate the much that he has done for us, for the future, for the nation. Thank you.

Wednesday, August 3, 2011

Ni aku nak bebel pasal Sosialism lagi nih!!




Ginih lah....dalam dunia ini, tiada perkara yang tidak berkembang. termasuklah Sosialisma.

Sosialisma sudah pun berkembang ikut peredaran zaman. Ini zaman yang dipanggil zaman hak asasi. Makanya, sosialisma memandang bahawa hak asasi itu satu keperluan yang sejajar dengan tuntutan masyarakat.

Sosialisma sudah berkembang. Dahulu, penekanan terhadap konsep komunisma itu sebenarnya relevan...kenapa?? Kerananya, zaman itu adalah zaman perang.. ya... PERANG DUNIA KEDUA.. tiada pihak yang tidak angkat senjata!!

Kaum pemodal(kapitalis) yang banyak menaja wang kepada kaum2 nasionalis juga angkat senjata (malalui tentera2 yg dibayar oleh nasionalis).. kaum2 feudal melayu juga angkat senjata (melalui askar2 melayu).. jadi kenapa bila komunis angkat senjata, arakian ia menjadi satu kesalahan dan dosa buruk?? Sedangkan kaum2 nasionalis ini bukan sahaja angkat senjata, disusulinya pula dengan meriam, kapal perang, kapal selam, jet dan sebagainya!! sedangkan soldadu komunis ini hanya mengangkat senjata kampung yang sebenarnya mudah didapati zaman itu: eg senapang patah, rifle kayu... Adil kah kalau mereka yang punya bom atom tidak pula dipandang ganas??

baik..itu DAHULU! zaman perang....rasanya sudah terungkai bahawa keperluan komunis angkat senjata itu relevan...apa lagi, mereka ini jijik melihat penjajah!!

SEKARANG...zaman sudah berubah.. benar, komunis sudah tidak relevan..alang bodoh sekali siapa yang masih berteriak menyambung kerja2 angkat senjata.. lawan kini dengan akal... sedang akal yang jadi taruhan siapa lebih berkuasa, tidak pula sosialisma mampu menang...kerana akal bisa dibeli dengan DUIT!! sosialisma benci kepada DUIT!! jiwa dan roh manusia jadi barang dagangan oleh kapitalis,, itu yang dibenci oleh sosialisma!!

di Malaysia, bila PSM6 ditahan..kita harus bersedih. mereka ni orang bagus-bagus! Dr Jeya misalnya, memahami bahawa sosialisma sudah berubah.. bukan sahaja sosialisma jadi panduan sistem ekonomi dan politik, sosialisma harus jadi nadi kepada keadilan sosial! maka sebab itu, diberinya oleh Dr Jeya ini pendidikan dan perubatan percuma kepada anak2 miskin di Sungai Siput, kawasan SamyVellu si pendokong kapitalisma!!

sosialisma hari ini berjaya mengumpul akal2 sehat dan bijak untuk memimpin masyarakat. ternyata kapitalis melalui barisan nasionalis tajaannya sudah gagal! (sebab itu wujudnya kempen Udahlah..!) sistem kita bobrok hari ini.. hanya yang sihat kocek dan dompetnya sahaja boleh menikmati yang terbaik di Malaysia. Kesihatan, pendidikan, pengangkutan, dan makanan! Yang miskin dan melarat, nak jumpa doktor pun appointmentnya sampai sebulan!! Ini bukan benda main2 di mata sosialis.

Sosialis adalah ahli masyarakat. Kerja dan niat mereka adalah demi masyarakat..(sebab itu digelarnya mereka ini SOSIALIS)..tapi di Malaysia, pendidikan terhadap fahaman2 begini tak wujud. Ini malapetaka! Masyarakat tidak berilmu mudah ditipu! Bila ditipunya dari kecil..besar sudah liat!!

Sosialisma dikatakan tiada agama...sila tampar muka sendiri! Sosialisma menuntut pendokongnya menghormati dan membantu ahli masyarakat. Berkongsi harta kekayaan dengan orang2 miskin. Cukai harus adil. Riba harus ditolak. Tiada agama kah begini?? Agama mana yang ditentang oleh sosialisma??

Manakala kapitalis pula paksinya adalah satu: GREED. Ini anutan wajib bagi kaum kapitalis. bagaimana?? kalau yang begini, ada agama kah??

Sentuh sedikit pada feudal: ada agama? mungkin... hormat agama?? tidak! Apakah kita hormat pada Tuhan bila kita disuruhnya SEMBAH pada manusia yang hierarkinya terletak atas melangit dalam sistem feudal.. Agama apa ini???

Mudah sahaja untuk kita faham kalau kita buka otak dan mata... lebih mudah kalau kita pekakkan telinga kepada omong kosong yang hanya nak jaga periuk nasi rakan2 kapitalis; yang terus2an menaja kempen politik nasionalis dan terus2an juga mengisi kantung kaum feudal!

Sunday, July 31, 2011

Hello BB. Hello Twitter!

Tried not to write about this but here i am!

Fell in love with BlackBerry and Twitter!! Finally i know how to operate both!! hahaha...

I'd rather call my BB as Twitter.. So made for Twitter kan?? Couldn't get my sight out of it..

So long Facebook....*haishhh*

Follow me on Twitter: twitter.com/AdamAdli

Damnn!!! XD

Friday, July 29, 2011

KUIN6 dan PSM6

Signifikannya nombor 6 recently bila 6 orang mahasiswa dari KUIN digantung pengajian dan 6 orang aktivis PSM (click for brief info on PSM) pula ditahan di bawah Ordinan Darurat (Emergency Ordinant/EO, hence the popular uses of the term EO6 on the webs).

Dua tragedi ini cukup mengecewakan aktivis sosial, politik, dan mahasiswa.

Tragedi #1: KUIN6

Aku sempat bersama-sama dgn rakan2 mahasiswa lain dari Solidariti Mahasiswa Malaysia dalam memperjuangkan isu KUIN6 ni. Sedih dan kecewa, terkilan bukan kepalang bila sebuah kolej yang bernaung bawah Kerajaan Negeri PAS/Pakatan Rakyat sanggup menghukum pelajarnya yang bersuara menuntut hak mereka. Tak sepatutnya berlaku perkara sedemikian.
PR melalui Buku Jingga pernah menjamin bahawa AUKU tak akan digunapakai terhadap mahasiswa andai mereka berkuasa. Alhamdulillah, di Selangor janji dan resolusi ini ditepati, namun terkejut bila di Kedah, ia tak sama. Reaksi dan aksi Menteri Besarnya Ust Azizan bagi aku sangat angkuh.

Secara peribadi, bagi aku MB Kedah betul2 melampau dan tak relevan lagi. Mampuslah kalau orang nak cakap kami cuba menentang MB dan PAS ke hape ke..peduli hape??? Mahasiswa bukan boneka..boleh fikir punya... Jangan ingat UMNO buat kami lawan, PAS buat kami tak mau lawan..SAMA JE!! Lawan tetap Lawan!! (hahaha)...

Kami masih lagi giat memperjuangkan nasib KUIN6. Kami masih lagi berharap Rektor KUIN gugurkan hukuman terhadap 6 orang siswa yang mengepalai demo beberapa bulan lalu. Apa salah mereka bila mereka mempertahankan Kuliah Tahfiz yang didiami mereka?? Aku bangga dan teruja bila sampai di KUIN, ratusan siswa sedang berpiket secara aman. Malah, ustaz2 mereka turut sama join piket mereka! Ini baru solidariti!!

Tapi moment lucu bagi aku adalah bila aku sampai kat KUIN, nampak sangat lainnya aku!! Dengan T-shirt Rolling Stone, jeans lusuh, kasut Converse dan spek hitam..aku jadi alien ditengah lautan ustaz-ustaz dan ustazah..hahaha!! Syukri Razab (Pengerusi SMM) berapa kali tergelak bila pandang aku..ngaaa~~

Tragedi #2: PSM6/ EO6.

Aku pernah tulis pasal PSM dan sosialisma kalau korang ingat.. please lahh!! jadi lah orang berilmu sikit... Komunis dan sosialis pun tak reti beza ke Bijan Kazar???

Yang ini sangat meruntun jiwa aku. Bila aktivis sosialis ini ditahan ketika BERSIH 2.0 semakin hampir pada tarikhnya, aku dah rasa, ini bukan suatu tangkapan yang adil. Kehadiran aktivis2 ini hanya untuk masuk ke kampung dan bawa risalah kesedaran tentang isu2 dan kebobrokan Mustakbirin yang berkuasa sekarang..bukan menentang Agong!! Mereka adalah anggota masyarakat yang sangat berjasa dan ikhlas! Dr Jeya sangat terkenal di Sungai Siput atas kerja2 kebajikan seperti pendidikan dan perubatan percumanya untuk orang2 miskin.. Sanggup kita gelar orang begini pengganas???

Pada ketika ini, Dr Jeya yang sedang ditahan tanpa dibicarakan sudah pun melancarkan mogok lapar. Terkenang aku perjuangan Ghandi menuntut kemerdekaan India dahulu. Di Twitter dan FB, giat rakan2 kita dari PSM dan NGO2 lain menuntut pembelaan untuk PSM6. Aku terkesan bila mendengar khabar Dr Jeya mogok lapar demi rakan2nya yang turut sama ditahan. This is what we call a responsible leader!!

Di seluruh negara juga, kumpulan2 kecil yang mempunyai kesedaran tinggi melancarkan Candlelight Vigil sebagai sokongan semangat kepada EO6 dan Dr Jeya. Sebenarnya dah lama kita tak tgok masyarakat kita, tanpa kira asal, pangkat, warna kulit dan agama bersolidariti dan bersimpati atas kesusahan orang lain.

Kepada mustakbirin yang zhalim dan angkuh di atas sana, moga Allah membalas penindasan kamu terhadap orang2 yang teraniaya. Bayangkan, di saat Dr Jeya sedang mogok lapar, sang penguasa yang angkuh bergelak tawa sambil menyantap hidangan bak raja.. Yang mana satu yang masih anda mahu sanjung?? Mustakbirin angkuh dan sombong atau pemimpin kecil berhati luhur??

Sudahlah..aku pun dh ngantuk....moga hari esok, kita masih punya kesedaran dengan nasib2 orang yang di sekeliling kita..

Gugurkan hukuman terhadap KUIN6!

Bebaskan tahanan tanpa bicara EO6!!!

Solidariti kita terhadap mereka yang tertindas..!!

Thursday, July 28, 2011

July Oh July!

wow..bulan ni 2 post je ek?? pemalas btul..

but anyhow, dah cakap dah kan...bulan ni mmg nak ilangkan diri sekejap..hmm... bulan ni terasa panjang sangat.....maybe sebab jalan merata kot...ngaaa~~

n bulan ni gak sgt aktif..mcm2 benda lah....

baru petang tadi selesai bersolidariti dengan mahasiswa dari KUIN. Semangat tgok dorg! Kes ape?? hmm..rujuk LMP untuk tau kisah2 yang berlaku...(and to share your thoughts and angers too..).. Mobilisasi petang tadi juga dpt perhatian beberapa media termasuk Utusan dan RTM! freshest update still kat Malaysiakini lahh....klik kat link tu..(boleh tgok gambor aku sekali..poyo kan?? kah kah kah!!)

aku jangkakan..blog ni akan kekal berhabuk untuk satu ketika lagi..sebab brukband aku dh ntah pape dah ni..nk berblog pun pyh..hish!! Aku ucapkan selamat berpuasa sebelum terlambat..moga Ramadhan yg nak smpy ni bwk keinsafan buat semua..

Oh yeah!! don't forget to follow me on Twitter...simply click on the link given... boleh interact and updates all day long!

till we meet again..assalamualaikum..

Monday, July 4, 2011

Hey Ho! It's my birthday!! =)

wow!! i'm 22!

Birthday tahun ni paling simple, yet paling best..huhu.. =D

First: ayah beli benda paling mahal dia pernah beli dalam hidup die: kete second hand sebagai hadiah hari jadi..terima kasih ayah!! u're the best!! terharu giler.................tak terkata... hukk

Second: sambut birthday secara marathon dgn..ahaks!! semua sebab aku lupa hari jadi aku hari ni, bukan semalam.......hahaha!! bongok!! Thanx hunny..u're sweet!! =) gigih layan owg (walaupun berbirat perut and lengan kena cubit 200 kali dlm sehari...hukk..masih sakit lagi ni....)

Third: Mama, thanx for always be there for me (and my pocket..haha).. tak lokek belanja macam2 ..hihi.. biskut mama terbest!! suke lah jln dgn mama...mintak ape pun semua ok je.hahaha.

Forth: tak pernah aku sambut birthday dalam panggung wayang (tgok Transformers dgn member2..).. tapi paling best, sorg pun tak ingat birthday aku!! nasib baik!!! hahaha!! kalau dorg ingat, masak aku....balik umah tak rupa manusia dah la malam td..haha..

Fifth: facebook!! wow..Mark Zuckerberg..thanx!! birthday is never the same with Fb.. and nobody uses "HB" before this aite?? hahaha!! XD

simple simple je..tak yah cake..tak yah pape..just enjoy the moments with all my loved ones..=)

Friday, July 1, 2011

Mustadh'afin Yang Tertindas

Yang kutumbuk padi
Yang dapat antahnya.

Yang kujual berlian
Yang kupakai suasa.

Yang kutunggu janji
Selalu jadi mimpi.

Wednesday, June 29, 2011

Urrrghhhhhh!!!!!

This is so wrong man! Remember i wrote bout socialism? Aish...i really have to say this: we need a smarter ppl to lead this country..enough is enough...

Socialism confused with communism is so wrong!!

Give it a chance ppl!! Socialism is a good thing after all..!!

Socialism is the key answer for a better country. It is nothing like capitalism (sucks!). Capitalism is all about money making, while socialism is more than just an economic theory. Look at how we learn everything using Karl Marx's theory?? (Marxist's Theory).. literature, social classes, history, religion..we can always apply socialism into any of them.. Enough reason..

Sosialisma adalah sistem yang mempunyai nyawa yang hidup, tak seperti kapitalisma yang mati dan tuli.

Sosialisma adalah kebajikan, kapitalisma adalah keuntungan.

Agak2lah!!

*kepada aktivis sosialis dari PSM yang ditangkap dan di tahan di Kepala Batas, jangan patah semangat! 9 Julai, derita anda akan dibayar oleh rakyat..*

BERSIH 2.0

Assalamualaikum..

Demam kuning sedang melanda aku dan seluruh isi rumah aku. Bukan, bukan jaundice. Yang aku katakan adalah DEMAM BERSIH 2.0.. Yup, tarikh 9 Julai semakin hampir.. 13 tahun yang lalu: 1998, Reformasi Rakyat mengambil tempat. Ayah aku adalah antara demonstran yang hadir menyumbang kekuatan. Lepas 13 tahun, dia dah tak larat dah nak main aci ligan dengan polis dan FRU. Tapi 2011 buka lipatan baru.. selepas lebih sedekad, Ayah ambil keputusan untuk turun ke jalan raya kembali.. wooohoo!!! Siap beli snickers baru lagi; "senang nak lari dari polis"..spontan je Ayah jawab bila aku tgok kasut dia. Itulah demam kuning yang sedang melanda rumah aku..

Aku tak mungkin jadi hipokrit. Tajuk BERSIH 2.0 adalah tajuk yang dekat dengan aku. Tak mungkin aku tak mahu menulis tentangnya.

Aku cuba untuk elakkan diri dari tulis perihal politik-politik ni semaksima mungkin..tapi nyata gagal. Aku tak mungkin mampu menahan diri dari menulis tentang BERSIH 2.0..

First impression mengenai BERSIH 2.0: It's going to be BIG..

Dulu, BERSIH 2007 hanya dimainkan gendangnya di media2 alternatif. Tak semua orang ambil kisah dengan BERSIH..sama lah macam Demo Air, PPSMI, ISA, dan sebagainya. Yang tahu, tahu lah.. BERSIH 2.0 berbeza..

BERSIH 2.0 tak sama macam BERSIH 2007. This time around, it's HUGE. Bakal terulang sejarah Reformasi 1998 kali ini. Sudah sedekad lebih, kita tidak mengalami pengalaman sebegini. Adrenalin semakin kencang, rata2 manusia yang percaya dengan POLITIK BAHARU menunggu-nunggu tarikh 9 Julai. Preparationnya dahsyat. Media setiap hari memainkan isu ini. Tiada apa lagi yang mampu halang BERSIH 2.0.

Impak yang bakal diterima negara dan terutama sekali; Najib Tun Razak tak boleh dinafikan lagi. Aku melihat, BERSIH 2.0 adalah cabaran paling lantang pernah diterima seorang Perdana Menteri selepas Reformasi menyerang Mahathir. Nasib Najib bakal ditilik melalui sambutan BERSIH 2.0.

Macam mana sekalipun, tak sukar untuk kita ramal apa bakal berlaku 9 Julai ini. FRU, UTK, SB, trafik, RELA, dan sebagainya bakal membanjiri ibukota. Paranoid dan trauma pemerintah/hegemoni terhadap BERSIH tak mampu diselindung lagi. Tangkapan demi tangkapan, ISA, AUKU, dan segala bentuk Akta akan digunakan untuk menyekat orang ramai dari BERSIH..

Aku bangga, tak sangka student UPSI, begitu ramai sekali yang bakal menerjah jalan raya Kuala Lumpur 9 Julai ini. Moga dipermudahkan urusan kita kelak di sana. Tak kira usia, tak kira jantina..semuanya sepakat dan semangat untuk turun ke jalan raya.

Bagi yang sinis dengan BERSIH 2.0, aku katakan kepada korang: selamat berjaya dengan hidup korang. Teruskanlah hidup dalam kayangan ciptaan hegemoni. Korang mungkin rasa kami2 ini tak ada akal, terikut-ikut, taksub, sesat, atau bodoh. Trust me, korang turun dulu, baru korang faham apa kami rasa.

Menjadi sebahagian dari sejarah adalah perkara mulia. Kita tuntut perubahan dalam sistem yang sedang rosak. Aman damai Malaysia ini terlalu plastik. Demokrasi kita adalah palsu. Pemerintah kita terlalu memandang rendah kepada kita. Ekonomi kita ekonomi bangsat. Yang kaya, bertambah kaya, yang miskin, papa kedana.

Rakyat tidak bodoh.

Tepuk dada tanya selera.. Agak2lah!!

Tuesday, June 28, 2011

Am I? Or...



Am I a dreamer??

Or, a
realist??

Am I a
leader??

Or, a
follower??

Am I
good??

Or,
bad??

Am I right??

Or, wrong??

Am I straight??

Or, insane??

Am I wise??

Or, just plain stupid??

Am I worthy??

Or, worthless??


DAMN..what've gotten into my mind??

Monday, June 27, 2011

How "Malay" are we..aite?

Originally, this was a comment on a friend's blog post. the narcissism of Adam Adli again did it- membebel panjang so that ppl who read it will say: wow!! (HAHAHAHA!! XD).. no..it's not like that. that's a joke..

it was about Malays who don't think like Malays..or Malays who adapted "westernization"..just because THEY LEARN THE LANGUAGE..well...here's what i think bout it..

first, bout having to to act like an English to learn English: there's nothing wrong with it.. it's not that we'll lose our faith and culture..

u see, as for me...philosophically speaking (chewah!), we tend to learn something we dont thoroughly understand.. why do they celebrate xmas? what's the story behind Halloween? TGI Friday..why Friday?? AS we learn about it, inshaallah we're not going to lose our root..

Humans are all the same..regardless of your language, religion, color, or ethinicity.. some ppl might get the wrong idea of "ikut budaya barat".. it's not all that wrong!!

it's funny when ppl say "minum arak ikut orang putih" when WE-the Malays; (especially our forefathers) actually drink tuak! And still, we consume tapai and air tapai (which technically,the same thing as japanese sa-ke!). the best thing about it is that: the Arabians were the one who invented alcohol alias Al-Kuhul/ Al-Kuhl! how irony now is it?

it's funny when ppl say 'pakai sexy macam org putih' when our nenek moyang used to berkemban di tepi sungai..and look at our elder generations (during the time of P.Ramlee), they were sexy!

it's funny when ppl say cakap melayu lah..belagak ape cakap omputih, but they never call the calculator as alat kira-kira..or the mobile phone/handset as telefon bimbit.. or even the iced lemon tea as teh air batu berlimau..ohh..shut up! XD

it's even funny when ppl laugh at us and say: poyo giler baca buku omputih..when they don't even read in Malay!! all these ppl are doing are talking and talking-all over again. No wonder we should be ashamed of ourself when we're among the worst reader in the world (cumulatively, Malaysians read only 2 books in a year..what a shame!! thanx to those who read 100 books a year to add up into the statistic..if they don't read that much, God knows how the statistic will turn out to be..)

so, what's wrong with having "westernized" way of thinking??

Melayu atau tidak Melayu seseorang tu tak dilihat pada pemikiran-letaknya pada Kad Pengenalan..haha!! so, no worries..

read: Saya Pun Melayu by Zaid Ibrahim..

ppl who don't read,learn,play, and experienced much always get confused with "budaya Barat"..ask them back what is this so called BUDAYA BARAT??

p/s: Malaysia antara tercorot dalam budaya membaca, tapi top ten peminum arak paling ramai dalam dunia: so, "Malay" enough??

Saturday, June 25, 2011

Laskar Kuning Itu Kembali Lagi



Laskar kuning itu kembali lagi,
Menyelesaikan apa yang tak sudah;
Menumbangkan yang zalim, mengembalikan yang adil.

Laskar kuning itu kembali lagi,
Membawa tekad suara sejagat,
Mengembalikan yang hak, memulangkan yang hakiki.

Laskar kuning itu kembali lagi,
Tua muda tiada beza,
Hitam dan putih pun bukan temboknya.

Turun! Turun! Turun!
Hapus! Hapus! Hapus!
Undur! Undur! Undur!
Bersih! Bersih! Bersih!

Teriak ini bukan teriak sang gila,
Teriak ini tangisan berjuta rakyat mulia.

Teriak ini bukan teriak sang gila,
Teriak ini teriak anak muda pejuang bangsa.

Balik! Balik! Balik!
Blah! Blah! Blah!
Henti! Henti! Henti!
Kotor! Kotor! Kotor!

Rengek ini bukan dari hati,
Rengek dari wang dan habuan.

Rengek ini bukan dari akal,
Rengek ini dari mata yang buta; telinga yang pekak.

Esok, andai dunia masih yang sama,
Esok, andai dusta masih yang tula,

Laskar kuning itu pasti kembali lagi!

-Adam Adli-
9.12 pm,
Jun 25, 2011

Tuesday, June 21, 2011

Saturday, June 18, 2011

Happy Birthday Ayah!

My dad is 50 today!

Happy birthday to him.. may God bless him with all His rahmats.

Love u dad! U're the best!

Thanx for everything u've taught me in life.. thanx for all the experiences.. thanx for all the love..

=)

Friday, June 17, 2011

Memahami Mentaliti Melayu oleh RPK (terjemahan)




Di zaman 60an dulu, hidup lebih mudah dan kurang rumit. Tentulah waktu itu adalah di zaman sebelum peristiwa hitam perbalahan antara kaum pada 13 mei 1969 yg "dicetuskan" oleh UMNO. Ketika itu aku masih di Victoria Institution Kuala Lumpur, sebuah sekolah berbilang kaum.

Jujur aku katakan, aku tak ingat samada di sana majoritinya Melayu atau bukan Melayu. Ini bukan kerana daya ingatanku lemah, tapi ini kerana waktu itu, kami tak pernah terlintas langsung untuk berfikir mengenainya. Apa kami peduli? Dan inilah sebabnya aku tak ingat siapa lebih ramai; Melayu atau bukan Melayu.

Waktu itu, lawak-lawak antara kami sangat "berbaur perkauman". Tapi ia tak pernah menyinggung sesiapa, tak kira lah Melayu, Cina, atau India. Kami akan ketawa berdekah-dekah bila terdengar lawak-lawak tersebut, walaupun ia mengenai kaum kami sendiri.

Aku teringat satu lawak jenaka mengenai seorang pesakit yang memerlukan pembedahan menggantikan otak. Dia ditanya otak mana satu yang dia nak--Melayu, Cina, atau India. Kalau otak Cina yang paling murah, sebab dah terlebih guna--banyak guna otak memikir macam mana nak tipu orang. Otak India pula berbelit sikit jadi ia tidak disyorkan. Dan otak Melayu pulak yang paling mahal--sebab Melayu kurang guna otak!

Zaman 60an dulu, lawak ini bagi kami sangat lucu. Tapi hari ni, orang akan buat laporan polis kalau kamu ceritakan lawak ni kepada orang awam!

Bila difikirkan balik, bukankah ada pepatah yang mengatakan, kebenaran kebanyakkannya diberitahu melalui jenaka? Adakah lawak otak ini hanya jenaka atau betul-betul? Bila kita dengar dan baca perkara-perkara yg sering dituturkan oleh orang Melayu, kita akan terfikir: Lawak tu bukan lawak lagi dah, memang betul pun!

Aku pernah ditanya oleh orang-orang Melayu yg menyokong kerajaan, berapa banyak Anwar Ibrahim bayar aku untuk hentam kerajaan. Kemudian aku ditanya pula oleh orang Melayu yg menentang kerajaan, berapa banyak Najib bayar untuk hentam pembangkang. Kemudian datang pula pihak ketiga dan cakap mereka keliru sebab aku hentam dua-dua sekali: KERAJAAN DAN PEMBANGKANG, jadi siapa yang bayar aku sebenarnya??

Ramai melayu yang melaungkan "Allah Akbar!", tapi itu semua dekat bibir je, hati kata lain. Hati mereka tidak seirama dengan dengan bibir. Dalam hati mereka, mereka teriak: "Ringgit Akbar!"; dan mereka "sujud" kepada DUIT.

Itulah sebabnya, mereka hanya melihat kepada sesuatu perkara itu pada aspek duit semata-mata. itulah sebab mereka sering bertanya: berapa ringgit kamu dibayar?? Melayu UMNO akan tanya, berapa banyak Anwar bayar kamu? Melayu pembangkang pula tanya berapa banyak Najib bayar kamu?

Kebanyakan Melayu tak mampu berfikir lebih dari sekadar "duit". Untuk berfikir lebih dari "duit" semata-mata itu terlalu rumit dan menyakitkan otak. Jadi, mereka cari jalan mudah. Apa-apa benda pun, mesti pasal duit, selesai masalah! Tak payah menyakitkan otak untuk berfikir.

Itulah sebabnya otak Melayu tadi lebih mahal berbanding otak Cina atau otak India. Otak Melayu sangat jarang digunakan! Macam tu lah jenaka tahun 60an dulu..

Apa sebenarnya masalah orang Melayu? Tahun 60an dan sebelumnya, jika dikaji semula sejarah orang-orang Melayu zaman itu..ramai yang telah berkorban dan menyumbang kepada masyarakat tanpa perlu didorong oleh duit. Mereka berjuang demi kepentingan masyarakat, dan mati dalam keadaan miskin. Nak beli batu nisan pun tak mampu! Sampai begitu sekali miskinnya mereka, dan mereka ini lah orang-orang yang telah banyak berkorban dan berusaha demi bangsa dan negara.

Tiada siapa pernah tanya mereka berapa banyak mereka dibayar. Orang British pun tak pernah tanya kepada pejuang-pejuang kemerdekaan ini berapa banyak UMNO bayar mereka.

Orang macam Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman sampai tak mampu nak bayar cukai pendapatan selepas beliau bersara. Sebagai seorang kerabat Di Raja Kedah, beliau asalnya sangat kaya dan berharta, namun habis semuanya digadai untuk menaja UMNO. Beliau mati sebagai seorang yang miskin.

Tiada siapa pun pernah bertanya kepada Tunku berapa banyak beliau dibayar. Tiada siapa pun pernah tanya berapa banyak beliau dibayar oleh UMNO. Malah, bukan sahaja beliau tidak pernah dibayar oleh UMNO, beliau pula yang berhabisan demi menaja UMNO. Beliau menghabiskan segala hartanya untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah airnya.

Tapi, semua kini sudah berubah. Hari ini, tiada Melayu yang sanggup buat apa yang Tunku pernah buat. Mereka hanya akan buat kerja bila dibayar. Mereka hanya akan buat kerja bila diberi habuan berbentuk duit.

Dan itulah sebabnya ramai orang Melayu tak percaya bila dikatakan anda bekerja tanpa didorong oleh duit. Kalau buat sesuatu, mesti pasal duit punya! Kalau anda menghentam kerajaan; Anwar bayar kamu. Kalau anda hentam pembangkang; Najib bayar kamu. Kalau anda hentam dua-dua, mereka mula confuse dan tertanya-tanya; siapa bayar kamu?

Walaubagaimanapun, secara adilnya, bukan orang Melayu sahaja yang mempunyai bentuk pemikiran begini. Orang Cina dan India (dan "lain-lain") pun telah terjangkit dengan penyakit Melayu yang satu ni. Aku pernah je ada kawan2(atau bekas kawan2) dari England yang turut mempunyai pemikiran macam Melayu. Kawan-kawan lain (Cina, India, dan "lain2") di Malaysia, Australia, dan banyak lagi tempat pun sudah mula terjangkit dengan penyakit Melayu ni.

Dalam fikiran orang-orang begini, kalau anda menghentam kerajaan, anda dibayar oleh Anwar dan kalau anda menghentam pembangkang, anda dibayar oleh Najib, dan kalau anda menghentam kedua2 belah pihak: KAU NI KENA BELI DENGAN SAPA HA?? AKU CONFUSED LAH!!

Dipetik dari: http://malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/41164-understanding-the-malay-mind

diterjemah oleh: AKU LAH..!!

p/s: siapa bayar aku ek?? kah kah kah!!! Agak2lah!!! XD

Thursday, June 16, 2011

Understanding The Malay Mind- by RPK




Back in the 1960s life was simpler and less complicated. That was of course in the days before May 13, the infamous Umno-engineered race riot of 1969. I was then in the Victoria Institution in Kuala Lumpur, a mixed-race school.

Honestly, I can’t remember whether there were more Malays or non-Malays in that school. It is not because my memory is bad but because we did not stop to think about it. We did not care a damn. That is why I can’t remember whether we had more Malays or non-Malays in that school.

Our jokes back then were very racial. But that did not bother anyone. Never mind whether we were Malay, Chinese or Indian. We would roar with laughter at the jokes even though the brunt of that joke was our own race.

I remember one joke about someone needing a brain transplant and he was asked what brain he wants -- Malay, Chinese or Indian. He was told that the Chinese brain is the cheapest because it was overused -- banyak guna otak memikir macam mana nak tipu orang. The Indian brain was a bit twisted so they would not recommend it. The Malay brain is the most expensive because Malays seldom use their brains.

Back then, in the 1960s, we thought that was very funny. Today, they would make a police report against you if you told that joke in public.

But don’t they say that many a true word is said in jest? Is it really a joke or for real? If you read and hear what Malays say you would imagine that it is not really a joke after all but very true.

I get pro-government Malays asking me how much Anwar Ibrahim is paying me to whack the government. Then I get anti-government Malays asking me how much Najib Razak is paying me to whack the opposition. Then a third group of Malays tell me that they are confused because I whack BOTH the government and the opposition. So which side am I taking money from?

You see, to most Malays, it is all about money. Whatever you are doing in life must be about money and cannot be for any other reason. So they want to know how much you are being paid and who is actually paying you.

Most Malays scream “Allah Akbar!” But that is only what is on their lips. In their hearts it is something else. Their hearts are not synchronised with their lips. In their hearts they scream “Ringgit Akhbar!” They sujud (prostrate) to money.

That is why they always look at things from the aspect of money. And that is why they ask you how much you are being paid. The Umno Malays will ask you how much Anwar is paying you. The opposition Malays will ask how much Najib is paying you.

Most Malays are not capable of looking beyond money. To look beyond money is too complicating and sakit otak nak memikir (it hurts the brain to think). So they simplify it. They conclude that it must be about money and that solves the problem. No need to sakit otak to think beyond that.

That is why the otak Melayu is more expensive than the otak Cina or otak India. The otak Melayu is very seldom used. So goes the joke from the 1960s.

What went wrong with the Malays? In the 1960s and earlier, if you study history and research the Malays of that era, many sacrificed and contributed to society without being motivated by money. They fought for the good of society and died poor. Many could not even afford a tombstone (batu nisan) when they died. That was how poor they were. And these were people who did so much for their race and country.

No one asked them how much they were being paid. The British never asked those Malays who fought for Merdeka how much Umno was paying them.

People like Tunku Abdul Rahman, Bapa Merdeka (the Father of Independence), could not even afford to pay his income tax when he retired. Being a member of the Kedah Royal Family, he was reasonably wealthy in the beginning. But he sold most of his property to finance Umno. So he died a poor man.

No one asked the Tunku how much he was being paid. No one asked him how much money Umno was giving him. In fact, not only was Umno not giving him any money, he was the one who gave Umno money. And he spent all his money in the struggle for independence for his country.

But that has since changed. Today, no Malay would do what Tunku Rahman did. They will only do something if they get paid. They would only act if they were rewarded with money.

And that is why most Malays just can’t believe that you are not motivated by money. If you do something it must be for money. If you whack the government then Anwar must be paying you. If you whack the opposition then Najib must be paying you. And if you whack both the government and the opposition then these Malays would get very confused because they are not sure who is paying you.

To be fair, however, it is not just the Malays who think this way. Even the Chinese and Indians (and ‘lain-lain’) have caught this very contagious Malay disease. I have friends (or those who used to be my friends) in England who also think like Malays. One-time friends of mine (Chinese, Indians and ‘lain-lain’ included) in Malaysia, Australia and many other places have also caught this Malay disease.

In the minds of these people, if you whack the government then you are taking money from Anwar and if you whack the opposition then you are taking money from Najib and if you whack both sides: WHO THE FUCK ARE YOU TAKING MONEY FROM? I’M CONFUSED!

Taken from: http://malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/41164-understanding-the-malay-mind

baca terjemahannya di sini..

Monday, June 13, 2011

15 Things To Do Before I Die..



As been promised before: 15 Things To Do Before I Die.

Semua orang ada impian dan angan2. Aku pun ada. Ini lain dari cita-cita. Ada beberapa impian hidup yang aku dah dapat capai (contoh: kena dakwa bawah AUKU, masak untuk mama selama seminggu, buat drift pakai kereta buruk pakcik aku, mini library sendiri, naik jet ski, wall climbing time tadika, buat live performance atas stage.. dan bla..bla..bla...). So, sini aku senaraikan 15 benda yang aku nak buat sebelum aku mati. huhu. (ada byk lagi rasanya..)

1. Naik helikopter.

2. Bungee jumping and free fall sky diving.

3. Keliling dunia.

4. Tanam pokok balak dan pokok getah untuk anak cucu.

5. Beli bot persendirian.

6. Masuk muka depan surat khabar.(taknak Warta LMP)

7. Bukak rumah anak yatim.

8. Tulis buku/novel.

9. Tengok Chelsea live kat Stamford Bridge.

10. Dakwa George W. Bush atas jenayah perang.

11. Bersahabat dengan Brad Pitt and Angelina Jolie.

12. Bayar balik semua hutang dengan member, mama ayah, cinta, adik, sedare, cikgu, dan perpustakaan sekolah.

13. Ambik gambar dengan Rosmah Mansor.

14. Tengok hantu real depan mata.

15. Naik haji dan bertaubat..

Agak2lah..!! XD

Saturday, June 11, 2011

Cikgu! Cita-cita saya nak jadi.....(??)




Hurm.. jangan terkejut kenapa aku masih lagi hidup pada jam-jam begini. Ini memang diri aku: burung hantu+kelawar. Siang tidur malam berjaga macam nenek bongkok tiga. haha.

Aku nak tulis pasal cita-cita. Tercetus sebab baru-baru ni, bila aku selongkar barang-barang lama aku, aku terjumpa banyak sangat benda-benda yang kalau disusun atur, meliputi banyak bidang. Banyak bidang?? Ye! Banyak bidang. Ada buku pasal astronomi, peta bintang, patung dinosaur, professional drawing pens, komik, buku-buku politik, artworks lama2, buku resipi pun ada!

Benda-benda ni barang koleksi dan simpanan aku dari kecik lagi. Semuanya aku atau mama ayah beli atas minat aku. Aku bukan orang senang, so banyak benda yang kalau dapat beli, aku akan simpan walau dah rosak sebab sayang sangat..nak dapat payah!! Terpaksa ikat perut kadang-kadang tu just nak beli satu-satu benda.

Bila belek-belek balik, baru aku sedar..sepanjang hampir 22 tahun aku hidup atas bumi, dah banyak rupanya cita-cita yang aku simpan! Kalau dihitung, mau pening orang nak nilai apa sebenarnya aku ni.

Long story short, kat sini aku senaraikan kronologi cita-cita aku dari start aku dah boleh berfikir sampai hari ini.. jangan gelak!! hahaha..

1. Perdana Menteri (time baru nak masuk tadika..selamba je jawab...tercengang cikgu tadika. Start dari aku sebut cita-cita aku, tiap-tiap hari cikgu ajak aku sembang time recess..hihi..)

2. Doktor (darjah satu. Sapa yang taknak jadi doktor time kecik?? haha)

3. Ahli Astronomi (dari darjah dua dan bertahan sampai darjah enam. Idola aku time tu Dr. Mazlan..bangga kejap dapat jumpa dia sekali time satu event ni. Then, darjah 5, aku join Kem Sains Angkasa, ketua kumpulan Pluto. Menang kumpulan terbaik!! Aku buat satelit, nama satelit tu NewMaSat..huhuhu.. menang sebab satelit aku je yang ada tenaga solar..woot..woot..)

4. Ahli Kaji Purba (darjah tiga..bertindih dgn cita2 lain sebab time sekolah cikgu mintak tiga cita-cita..kah3..siap buku log lagi!! ade gambar dinosaur, teori darwin, dan sample tanah padang sekolah..mana buku tu ek??)

5. Angkasawan (sama gak, darjah tiga sampai darjah enam. time program angkasawan start bukak offer, aku apply..takde respon pun.. -.-")

6. Kartunis (dari darjah 2 lagi rasanya..antara cita-cita yang aku dapat capai. form 4 sampai aku pindah Penang, aku jadi freelance cartoonist utk satu monthly bulletin company X..pindah Penang, tamat kontrak..huuu)

7. Chef (time masuk sekolah menengah.. cita-cita ni buat ayah and mama bergaduh sebab mama suka cita-cita yang ni, ayah tak suka..hahaha..yang ni pun aku dapat capai gak walaupun hanya tukang masak dekat kedai biasa je time tunggu masuk U..jadilah... =P )

8. Detektif/penyiasat (form 1. Terpengaruh dengan Arthur Conan Doyle and Hajime Kindaichi..hence my email address...huhu)

9. Peguam (form 2. Time ni aku banyak tengok cerita-cerita yang ada watak peguam..hehe)

10. Pakar Forensik ( form 3 kot..u know why..CSI Las Vegas..huhu... Banyak artikel pasal forensik yang aku kumpul. Rumah aku dulu dekat dgn UM, so kadang2 lalu dekat bangunan yang budak2 belajar forensik and patology, mesti berangan jap..haha)

11. Artis ( no komen. tak tau mcm mana aku pernah terfikir nak jadi artis. perasan hensem kot)

12. Cikgu (form 4. Yang ni suggestion mama, sebab dia cakap terjamin masa depan.. Lastly, time dpt UPSI, seminggu aku kena gelak dengan mama sebab die suka sangat aku jadi cikgu..aku apply political science die kata tak suka..last2 tak dapat pun...dpt cikgu gak. Mama cakap: Doa ibu Tuhan makbulkan....haha)

13. Penganalisis Politik (form 5 to form 6. time ni aku dah banyak sangat baca buku-buku politik, banyak belajar sejarah, banyak belajar pasal tokoh, banyak baca buku philosophy..lekat gila dengan jiwa...seronok...)

14. Restaurant owner (yang ni sejak aku kerja kedai makan..seronok tengok bisnes kedai makan. meriah!)

15. Politician (tak tau lah nak kata sejak bila. kalau analisis balik, ini relate dengan cita-cita aku yang pertama dulu: nak jadi PM. Cita-cita ni timbul balik bila aku start sedar, something need to be done..and i want to be part of the system....jalan pun dah terbuka..peluang dah tersedia..it's all about time and patience.. Inshaallah..ada rezeki, kalau Tuhan takdirkan jadi, jadilah..)

16. Penulis (yep! currently working on a book....dah siap 2 muka surat..haha!! ape jelah aku merapu.. -.-" )

17. Nak jadi manusia...... =)

17.5. Nak jadi good husband and good papa. XD

Well, tulah antara cita-cita yang aku pernah ada (antara??). dari kecik aku kuat berangan. Tapi, aku tak kesah ape orang nak cakap. Mat Jenin ke..ape ke...kurang-kurangnya, aku berani untuk pasang impian.. Aku tak pandang rendah pada diri aku.. sebab aku percaya, kalau kita nak, kena pada usahanya..mesti boleh dapat punya! =)

So, cerita aku dah tamat. Urm...korang punya cita-cita macam mana pulak?? XD

Friday, June 10, 2011

Kisah Orang Kaya, Fakir, dan Hakim Yang Adil..

Ini sebuah kisah buat teladan kita bersama. Kisah ni berlaku dalam dunia dongeng Melayu, namun penuh unsur realiti.



Satu masa dulu, ada sebuah kampung di pinggir negeri Harimaupura. Di kampung ini, tersergam sebuah rumah indah yang didiami oleh pembesar daerah bersama isterinya. Pembesar ini namanya Orang Kaya Kudin. Berjiran dengannya, tinggal sepasang suami isteri miskin, papa, dan kedana. Namanya Fakir. Rumahnya dhaif. Bumbungnya bocor. Lantainya tiris. Dindingnya reput. Jauh bedanya dengan rumah bak istana milik jiran mereka.

Orang Kaya Kudin hartanya 7 keturunan makan tidak luak. Pakaiannya sekampung pakai tak habis. Istimewa sekali, rumahnya ada tukang masak terbaik dari daerah jajahannya. Tapi anih, Orang Kaya Kudin dan isterinya kurus kerempeng. Mukanya cekung, perutnya melengkung. Kaya namun tak bahagia. Tiap hari mereka risau kalau-kalau harta mereka yang berbondong-bondong tu dibawa lari orang. Makan mereka tak selera. Masakan tukang masaknya tidak bisa buat suami isteri ni berselera.

Ironisnya, jiran mereka, Fakir dan isterinya segar bugar! Makanan mereka hanya nasi dan telur rebus setiap hari, namun badan mereka bulat-bulat! Wajah mereka sentiasa ceria. Hati mereka sentiasa gembira. Walaupun tiada harta, hidup mereka tetap bahagia. Anih..anih...

Satu hari, Orang Kaya Kudin terserempak dengan si miskin Fakir. Pelik rasanya bila dilihat jirannya begitu gemuk sekali. Bandingkan dirinya yang tiap hari dihidangkan makanan bak raja namun masih kurus, Fakir dan isterinya yang makannya pun tak pernah cukup boleh gemuk dan segar bugar sebegitu. Sangsi dan dengki mula timbul dalam hati Orang Kaya Kudin..lalu seraya bertanya: "apa yang kamu makan sampai kamu segar-bugar begini..aku yang kaya, makan bagai raja pun kurus keding..apa rahsia kamu? ". Maka si Fakir pun jawab: "aku cuma makan nasi dan telur rebus dengan isteriku setiap hari..tapi....." "Tapi apa??" jegil Orang Kaya Kudin. Sudah tentu Orang Kaya Kudin pun mahukan tubuh yang sihat dan segar macam si Fakir.. "Tapi, kami makan 'berulamkan' bau-bauan yang enak dari dapur Orang Kaya.. Bau-bauan itu sudah cukup buat kami berselera untuk makan walaupun nasi dan telur sahaja...itu lah rahsia kami. Tiada lebih, tiada kurang.." bersahaja Fakir jawab. "APA??" terkejut Orang Kaya Kudin mendengar jawapan Si Fakir. "Jadi, kamu segar, sihat, dan gemuk begini kerana bau dari dapur rumah aku?!! Begitu maksud kamu??". Angguk sahaja si Fakir mengiyakan telahan Orang Kaya Kudin. "Ini tak boleh jadi...makanan tu dari dapur aku, disediakan untuk aku..dibayar oleh aku, tapi dia yang dapat untung! Dia yang gemuk! Aku pulaka yang kurus..ini tak boleh jadi!" getus hati Orang Kaya Kudin sambil berlalu pergi. Terpinga-pinga si Fakir melihat telatah Orang Kaya Kudin.

Sampai di rumah, Orang Kaya Kudin pun mengadu kepada isterinya tentang apa yang baru sahaja diketahuinya. Isteri Orang Kaya turut sama rasa tidak puas hati. Lalu mereka terus ke rumah Hakim Daerah untuk mengadu. Sampai di rumah Hakim, mereka adukan perihal masalah dan ketidakpuasan hati mereka. Lalu Hakim pun memanggil si Fakir untuk diadili.

Si Fakir dan isterinya duduk mengadap Hakim. Hakim mula berkata: "Fakir, Orang Kaya Kudin menuduh kamu mencuri dan mendapat faedah dari bau-bauan masakan dari dapur mereka. Sedangkan makanan yang dimasak untuk mereka itu tak bawa manfaat kepada mereka, kamu berdua pula yang kenyang kerana bau makanan mereka. Betul tuduhan ini?".. Terkebil-kebil Fakir menjawab: "betul Tuan Hakim, tapi kami cuma ambil bau sahaja. Tak lebih dari itu. Tak pernah kami ambil makanan atau apa-apa pun dari Orang Kaya Kudin." "Tak mengapa," kata Hakim, "Oleh kerana kesalahan ini, aku perintahkan kamu untuk membayar ganti rugi kepada Orang Kaya Kudin sebanyak sepuluh keping wang emas! kamu ada masa seminggu dari sekarang." Terkejut Fakir dan isterinya. Habislah..di mana agaknya mahu dicari duit sebanyak itu? Orang Kaya Kudin dan isterinya tersenyum puas. Mahu sahaja mereka bersorak di situ. Dengan perasaan yang berbeda, kedua-dua pasangan itu pun pulang.

Di rumah Orang Kaya Kudin, kedua-dua suami isteri bermimpi-mimpi untuk dapat sepuluh wang emas dari orang miskin. Di rumah Fakir, berduka cita mereka berdua. Dimana mahu dicari wang tersebut? Akhinya, terpaksalah mereka meminjam, memajak, dan segala macam usaha untuk mendapatkan wang emas yang diarahkan Hakim.

Seminggu kemudian, tiba masa penentuan. Kedua-duanya sampai serentak di rumah Hakim. Berdebar2 kedua2 jantung; si miskin dan si kaya. Fakir bakal menanggung hutang seumur hidup selepas ini. Orang Kaya Kudin bakal menambah harta kekayaannya. Hakim pun mula menilai...

"Fakir..bawa ke sini wang emas kamu.." kata Hakim. Bergetar tangan Fakir menyerahkan wang yang tak pernah mampu dimiliki oleh kudrat azali mereka. Susah payah seminggu hanya atas ketidakadilan dan penindasan orang kaya dirasakan berat untuk ditanggung. Hakim lalu membawa keluar sebuah mangkuk besi.

"Sekarang, aku akan mula mengira wang emas seperti yang dijanjikan..". Liar hati Orang Kaya Kudin melihat wang emas dibawa kluar dari karung lusuh Fakir. Satu persatu wang emas dilepaskan ke dalam mangkuk besi oleh Hakim. "Ting! Satu wang emas.... Ting! Dua wang emas... Ting! Tiga wang emas..............Ting! Ting! Ting..! Sepuluh wang emas...." setiap dentingan bunyi wang emas yang jatu ke dalam mangkuk besi Hakim menyeronokkan Orang Kaya Kudin dan isterinya. Tergedik-gedik Orang Kaya Kudin melihat wang-wang emas di dalam mangkuk yang bakal menjadi miliknya. Hakim lalu mengisi wang-wang tersebut ke dalam karung kembali. " Baiklah, cukup sudah sepuluh wang emas yang dijanjikan. Orang Kaya Kudin, puas hati kamu?" tanya Hakim. "Puas!!" jawab Orang Kaya.

Hakim lalu mengikat karung wang dan menyerahkannya kembali..kepada Fakir! "Baik Fakir, hukuman dan ganti rugi kamu telah terlaksana, ambil kemabli wang ini, dan pulanglah ke rumah. Hutang kamu telah langsai.." "Apa??!!" serentak jerit Orang Kaya dan isterinya. Terkejut dengan tindakan Hakim. " Tapi, wang itu milik kami...!" kata Orang Kaya. " Aku hanya bertindak adil.." kata Hakim. " Fakir dan isterinya hanya mengambil bau masakan yang enak-enak dari dapur rumah kamu, maka kamu pun hanya boleh mengambil bunyi kepingan wang-wang emas itu dari mereka.. Adil bukan?" sambung Hakim. Terduduk dan tersipu Orang Kaya dan isterinya. Merah padam muka menahan malu. Fakir dan isterinya terharu dan menitiskan air mata dengan pengadilan Hakim yang adil itu.

Tamatlah peristiwa hari itu. Kedua-dua pasangan itu pulang membawa perasaan masing-masing. Yang kaya termalu, yang miskin terharu... Hakim tersenyum puas.

Tanya Sama Hati.


Bertanya pada hati, apa mahu kamu?

Hati kata: Aku mahu hidup aman..

Bertanya pada hati, bagaimana hidup aman?

Hati kata: Aman dari segala bentuk kacau dan bilau.

Bertanya pada hati, kacau dan bilau itu yang bagaimana?

Hati kata: kacau itu manusia, bilau itu...

Bilau itu apa..?

Hati kata: bilau itu bila manusia mula buas. manusia mula jahat. manusia mula jadi binatang. manusia mula pentingkan diri. manusia mula pinggir ilmu. manusia mula bertindak dulu baru berfikir. manusia mula sisih diri. manusia mula berperang. manusia mula hipokrit. manusia mula korup. manusia mula rosak.manusia mula rompak alam. manusia mula kotorkan bumi. manusia mula buang nyawa. manusia mula tamak. manusia mula angkuh. manusia mula lupa. manusia mula fitnah. manusia mula tipu. manusia mula khianat. manusia mula gembira lihat manusia lain jatuh. manusia mula bahagia kerana orang lain derita. manusia mula kaya kerana rampas hak yang miskin. manusia mula mencaci orang lain kerana benci. manusia mula hina yang benar, julang yang bathil. manusia mula gila kuasa. manusia mula gila harta. manusia lupa dunia ini sementara. manusia mula lupa diri. manusia mula lupa Tuhan. manusia mula............arghhh!!!

Tenang hati.......aku tahu kamu. kamu adalah aku...shuhh...

Bertanya pada hati, bila agaknya aman itu akan tiba, kacau dan bilau akan pergi?

Hati kata:

Bila manusia mula hargai hidup ini....
Bila manusia mula.....berfikir.

Wednesday, May 25, 2011

Kisah Lorong Kulit..

Sape biasa holiday kat Penang?? Best kan?? OK... maybe korg dah kenal Penang dgn makanannya yg sedap2..ada yg kenal Penang dengan heritage sites nya.. ada yg kenal Penang dgn bridge and ferry..well..satu benda yg korg wajib tau, and experience bila dtg Penang ialah: Flee Market Rope Walk at Lorong Kulit!! Tak kira Cina, Melayu, India...satu Penang tau tempat nih..weekend je, ini lah tempat wajib utk geng2 yg suka cari barang murah, or simply nak cuci mata datang.. trust me dude!! so far, this is the biggest flee market i've ever been..

Dari kecik lagi aku selalu dtg cni..tgok barang2 antik, buku2 lama, electricals lama...semua lama lah!! aku memang suka ambience old style cni...since skarang aku dah jadi Penang citizen..Rope Walk nih dah jadi benda biasa dah..(tp still aku enjoy!)..

Nak dijadi kan cerita, ntah mcm mana...few days ago..datang idea gile...member aku ajak beniaga dgn die kat citu!! aku on trus!!


barang2 yg aku sempat jual.. baju, jeans, jam, kasut..etc...

Memang tak percaya..haha...dgn bawak dua kotak penuh baju and beberapa "sampah"..aku pun selamba badak je open kat tepi jln tu..and start berniaga.. and guess what!! dengan modal RM 0.00, aku bawak balik RM70.00!! OK what!! dari aku buang baju2 lama, barang2 lama nih..baik jual kan!! wuhuhu...start dr aritu..aku dah jadi gian nak beniaga lagi!! weee....

So, sape yg berkesempatan holiday kat Penang....dtg lah Rope Walk @ Lorong Kulit! Mungkin korang bertuah, boleh beli PS2 dengan harga RM50.00!! Mana tau boleh jumpa aku gak kat citu,kan?? huhu..

Till then, Adiou!! nak punggah almari and stor utk tgok, ape barang boleh jual next week..hahaha!! XD

-Agak2lah...-

take 5!! arrghhh!!

Busy..busy..busy!! Terkejar sana, terkejar cni.. pening..pening!! lemas..lemas!!

Cuti semester nih 4 bulan..time aku dgr 4 bulan dlu..telan air liur aku...wahh..banyak nya masa sok...tp once cuti start..baru aku prasan...tak ckup!! aku tak ckup masa!! Banyak gile plan aku utk cuti ni...tp byk lagi tanggungjawab time cuti nih!! waargghh....

Projek aku time cuti nih (inshaallah...):

bulan 5 (yg dah nak abih nih) : tumpukan masa jap utk settlekan LMP, Biro Mahasiswa (Projek X), dan beberapa kerja sukarela.. Juga perlu balik ke KL dan Tg Malim..sepupu masuk UPSI, and program dgn boss kat KL..hadoi...baru je balik Penang..hukk

bulan 6: ape nak jadi, jadi lah!! Bulan 6 nih, sebab ayah dah janji, aku nak beli kereta gak camne pun..murah2 sudah..(inshaallah..) bulan 6 nih nak tgok dlu, ade lagi tak baki kerja yg tak settle...kalau semua settle..hurmm...=) tunggu pe lagi kan?? aku nak cari duit byk2 sebulan nih...!!

bulan 7: lepas je birthday aku...aku nak hilangkan diri..ini impian aku sejak dari kenal dunia sebenar lagi... nak hilangkan diri selama sebulan...nak gi jelajah tempat yg tak pernah jelajah lagi..kumpul pengalaman...yeayyy!! =)

bulan 8: nak sambung balik ape yg aku tinggalkan sebulan tu.. termasuklah kerja2 cari nafkah hidup..huhu...dan...tak mustahil......jeng jeng jeng... =P

bulan 9..tunggu ape lagi?? balik lah tg malim!! dushum!!

ok..ckup lah dlu... so, pasni klw blog nih tak update, korg dpt lah gak rough idea kat mane aku, dan ape aku tgh buat...

adiou!

(nak sambung tidow.....)

Tuesday, April 12, 2011

Top 10 fakta tentang kita: orang Malaysia

Orang Malaysia memang unik.. Pergilah ceruk mana dalam dunia nih, takkan ada punya perangai macam kita; orang Malaysia.. Regardless of the ethnicity, semua sama je..so, pada kesempatan ini, sebabkan aku takde benda sgt dah nak tulis..(tulis banyak2 isu politik korg muak pulak nanti..), aku pun decide, tuk buat list based on popular beliefs and observation aku sendiri.. =)

1. Sarapan pagi: kalau ikut pakar nutrisi, pagi2 kita perlu kan karbo, gula, dan protein untuk tenaga sepanjang hari..thus, selalunya dorg suggest cereal, pancakes, sausage and omelette bla2..tapi, ade kita kesah?? Kalau korg perasan, apa beza sarapan pagi dengan lunch, tea break, and dinner?? jawapannya: NON!! haha..nasi lemak, roti canai, karipap, teh tarik, mihun, nasi goreng, capati, tosai, wantan..name it..semuanya benda yg kita makan tak kira time pun. so, next time, if u think of breakfast, tak yah poyo2 fikir banyak...benda yg sama gak!!

2. Rokok: kalau ada kempen paling popular dalam Malaysia, mesti dapat kat kempen anti merokok..but still...it is just the same.. keluarkan fatwa banyak mana pun, takde sape amik port. tabiat biasa bagi orang Malaysia bila sebut rokok: lepas makan, wajib ada rokok kat mulut! Time masuk tandas, wajib ada rokok kat mulut! Time buat kerja, wajib ada rokok kat mulut! Time menunggu bas/train/taxi..wajib ada rokok! Tapi, bila amik gambar, tibe2 buang rokok..time nampak awek..tibe2 buang rokok..time mak mentua lalu, tibe2 buang rokok! hahaha..apahal mcm tuh??

3. Durian: musim durian kan sekarang?? Terus terang cakap, dalam dunia nih, takde manusia lain yg makan durian macam kita.. datang musim durian, amik kau!! beratur keta tepi jalan..tapi selalunya, yg beratur nih mesti mercedes, bmw, and dan yang sama harga dengannya.. yg naik moto honda cup, saga, kancil terbalik pulak..mesti bawak balik umah..pelik kan??

4. Haram Halal: yang nih kontroversi ckit.. untuk orang Melayu kita, kalau gi club, pub, dan sebagainya, ARAK minum, tapi bila letak babi depan mata: "sorry, kami tak makan babi..haram..(sambil meneguk beer)"...apekah???

5. Nasi: uniknya orang Malaysia nih adalah pada makanan ruji kita: nasi.. Cina, India, Melayu, Kadazan, Dusun, Iban, Dayak, Melanau, Orang Asal, Portugis, Baba Nyonya, Siam...sebut je..semua makan ansik! Termasuklah "Generasi Telawi" yg bersepah kat Bangsar, Hartamas, adn sebagainya..pakailah gaun, kot..rambut blond, hijau, biru..mulut berterabur cakap omputih...tapi kat tgn tetap nasi gak...tak caya, gi Telawi tgok..lpas puas berjoget kat club, semua pakat beratur makan Nasi Kandar Pelita..so..sapa yg tak makan nasi: get out of this country!! hahahaha

6. Jalan Raya: Sopan santun budaya kita..hormat menghormati amalan kita...nak lalu depan orang tua kena menunduk..tapi..bila naik je atas jalan raya..hamik kau!! pelik lah kenapa Jean Todd boss Ferarri tuh susah payah sgt nak cari pengganti m.Schumacher dlu..tak yah tgok kat litar Sepang, tgok je kat NKVE tuh ckup dah...kalau letak semua orang Malaysia masuk F1, aku rasa, podiom lepas nih kena strecth bagi besar ckit..semua mesti menang punya!!

7. Bola Sepak: Bola sepak Malaysia nih antara kecik dengan besar...tapi satu je tabiat yang tak bleh buang dari orang Malaysia: Mnang kena puja, kalah kena maki.. hahaha.... Kalau M.U, Liverpool, Chelsea or Barca kalah, tak kena maki pun...kan??? Defend habis-habisan..huhu

8. Bundle: Levi's beli dkat Mid Valley dengan Levi's beli dkat bundle mana mahal lagi?? Tentulah Mid Valley...tapi bila pakai, ramai yang lebih bangga pakai yang bundle...reason?? Original!! Made In America... Mid Valley punya Made In Taiwan...hahahaha!!

9. Minyak Wangi: haa..yang nih best... Burberry, Dunhill, Giorgio Armani, J.Lo, Polo, Gucci, DKNY...macam2 lagi bau yang ade...wangi2 semuanya.. Orang Malaysia taste memang tinggi dalam pilih perfume...tapi...... hehe...tak main arh Jusco or Isetan punya..one drop perfume ma!!! hahaha

10. Over-generalise: yang ni paling dekat sekali dengan semua orang; regardless of apa produk sekalipun, mesti ada satu bentuk over-generalise: beli Mee Cintan panggil Maggi, beli Ubat Gigi Safi panggil Colgate, beli Whisper panggil Kotex, beli Pepsi panggil Coke, beli Uphamol panggil Panadol, beli Twisties panggil Cheekadis, beli Drumstick panggil Cornetto..ape lagi yg ada dalm fikiran kita?? =)

Best kan jadi orang Malaysia?? huhuhu..we always have our own way in appreciating our life..