Tapi demi revolusi, aku gigihkan juga. (andai saja aku dpt katakan benda yg sama pada ASSIGNMENT)
Apa itu mahasiswa? Apa itu revolusi?
Dua terma bukan dari etnik dan agama yang sama tapi sering kita lihat mereka ini akhirnya berjaya mendirikan rumah tangga dengan aman dan bahagia lepas berhempas pulas.
Mahasiswa adalah perkataan istimewa. Jika di luar negara, hanya terma "students" digunakan untuk rujuk kepada pelajar universiti..namun di Nusantara, kita guna MAHASISWA kerana besar dan gahnya kedudukan mereka dalam masyarakat.
Bila bergelar mahasiswa, perkara pertama yang harus kita kuasai adalah: keupayaan berfikir dan menzahirkan pemikiran kita. Bina idealisma yang utuh, supaya tidak dipersiakan darjat sosial yang diberikan kepada kita.
Mahasiswa seharusnya jadi entiti yang paling ke hadapan sekali dalam memperjuangkan negara. Perjuangkan negara dengan membebaskan negara dari amalan rasuah, tipu daya, penyelewengan, kezaliman terhadap rakyatnya, pencabulan terhadap undang-undang, salah guna kuasa, pengabaian terhadap kebajikan rakyat, dan tentu sekali proses pembodohan terhadap masyarakat.
Sebagai golongan yang terdidik, mengapa harus diam? Jangan percaya kepada mantan PM yang suruh mahasiswa BELAJAR dan JANGAN PEDULI HAL POLITIK. Anda silap jika percaya kata TuhanMelayu ini.
Pertama: Beliau juga bekas mahasiswa. Bermula karier politiknya di zaman belajar. Mengapa beliau boleh mengapa kita tidak?
Kedua: JANGAN PEDULI HAL POLITIK atau JANGAN PEDULI MASALAH NEGARA?? ini senjata beliau. guna lidah berbelit ala Si Kitul dalam Hikayat Melayu untuk tipu mahasiswa. adakah isu salahguna dana pendidikan adalah politik? adakah kemiskinan adalah politik? adakah rasuah adalah politik?
politik adalah siapa yang nak jadi PM, siapa yang nak bertanding di kawasan A, parti ini perjuangkan kaum itu sahaja, parti ini nak Negara Islam. Ini politik. Yang diatas bukan poliltik. diatas tadi adalah ISU dan MASALAH NEGARA.
Percayalah, proses pembodohan ini sudah sebati dengan mahasiswa. Realitinya, semua kerajaan dalam dunia takut kepada rakyatnya yang bijak. Rakyat yang bijak adalah kerugian buat orang-orang yang korup.
Sebelum anda menyembah dan mengagungkan TuhanMelayu itu, silalah tanya; berapa hektar tanah hutan digondolkan untuk bina KLIA dan Litar Sepang? Anda selalu kata kita harus pertahan alam sekitar, sekarang ni orang itu yang terus menerus gondolkan hutan ketika berkuasa. Apa kata anda??
Sebelum anda menyembah dan mengagungkan TuhanMelayu sebagai Wira Dunia Ketiga, tanya diri anda, siapa yang perkenalkan AUKU bila partinya semakin hilang kuasa? Pemimpin apa yang sanggup anggap Mahasiswa musuh kerajaan? Pemimpin inilah yang telah menyumbat masuk 7 orang mahasiswa ke dalam ISA. TuhanMelayu apa ini?
Revolusi menuntut pengorbanan itu ayat kliche. Sebenarnya revolusi menuntut anda supaya RAJIN. jangan bermalas-malasan. Jangan terlalu mahu duduk selesa di pondok masing-masing.
Keluar. Tiada perjuangan yang selesa. Semuanya akan mengikis masa, duit, dan tenaga anda. Dan memang, anda takkan dapat balik apa yang anda hilang sepanjang berjuang (kecuali anda bercita-cita mahu jadi YB..tapi itu terlalu murah).
Masyarakat perlukan anda.
Ramai yang miskin, dan tidak mampu untuk keluar dari kemiskinan itu. Tolong mereka.
Ramai yang bodoh, dan tidak mampu keluar dari kepompong kebodohan itu. Tolong mereka. mereka dianiaya dengan doktrinisasi akal oleh regim.
Ramai yang malas. Ketuk mereka supaya rajin.
Mulakan revolusi dari diri anda.
Pertama: alih diri anda dari suka mengangguk kepada suka menggeleng.
Kedua: alih diri anda dari suka mendengar kepada suka bercakap.
Ketiga: alih diri anda dari suka tidur kepada suka membaca.
Keempat: alih diri anda dari membaca semata-mata kepada menulis dengan banyak.
Kelima: bangun dari kerusi.
Keenam: sedia untuk turun ke jalan raya. Parlimen hanya untuk 222 orang. kita perlukan ruang untuk berjuta orang. Jalan raya jawapannya.
Akhir sekali: sedia untuk jadi sebahagian dari sejarah. =)
" Lebih baik diasingkan dari menyerah kepada kemunafikan" - Soe Hok Gie
terbaik bro. Student Power!
ReplyDeleteawesome!
ReplyDeleteAdam Adli!! Allah bersama org yg berjuang utk kebenaran! teruskan usaha...! u have our support!!
ReplyDelete