Thursday, January 6, 2011

10 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG SOSIALISME



Apa itu SOSIALISME???

Bile sebut SOSIALISME, mungkin sebilangan rakyat Malaysia (terutama yg malas pergi sekolah) akan terfikirkan benda-benda ni : clubbing, rempit, dan bohsia. Mungkin idea sebegini datang dari perkataan "sosial" dan "isme"(as in vandal-ISME)..well jika anda pun fikir mcm ni.....SILA HANTUK KEPALA KE DINDING ATAU FLUSH MUKA DALAM MANGKUK JAMBAN!!

Tapi jangan salahkan diri anda jika tak tahu apa itu SOSIALISME..sistem pendidikan Malaysia mmg tak pnah ajar kita benda2 penting sebegini kat sekolah. (note: rata2 kerajaan dalam dunia memang takut rakyatnya bijak pandai..)

Jadi untuk tujuan kongsi ilmu dan kesedaran..aku senaraikan 10 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG SOSIALISME..selebihnya, sila buat kajian sendiri supaya lebih mudah anda faham dan judge..=)


1. Secara asasnya, sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata dan adil tanpa mengenal darjat dan status sosial. (ingat: Sosialisme lebih menjurus ke arah sistem ekonomi berbanding Komunisme yg menjurus ke arah sistem politik..dont get confused!)

2. Antara sosialis terkenal adalah Karl Marx yang menulis buku The Communist Manifesto. Sosialis terkenal lain adalah Vladimir Lenin, James Connolly, Rosa Luxemburg, Fidel Castro, Muammar al-Gaddafi, Albert Einstein, Robert Mugabe, Ho Chi Minh dan John Lennon.

3. John Lennon (The Beatles?? Yup! He's the one!) terkenal sebagai seorang sosialis yang menentang perang Vietnam. Kekaguman terhadap beliau membawa kepada terbentuknya fahaman Lennonisme yang boleh dianggap sebagai fahaman yang lebih ringan dan sesuai untuk jiwa anak muda.

4. Sekali imbas, perkataan "sosialisme" dan "komunisme" seolah-olah satu perkara yang sama. Tetapi pada hari ini dua perkataan ini bermaksud perkara yang berbeza. Kebanyakan orang yang bukan komunis merujuk komunisme sebagai Marxisme dan Leninisme iaitu idea-idea yang berasal dari Parti Bolshevik di Rusia.
Selepas Perang Dunia Pertama dan Revolusi Rusia, sosialisme terbahagi kepada dua. Sesetengah golongan sosialis mengikut Lenin dan dipanggil komunis. Sesetengah yang lain pula percaya kepada sistem parlimen dan mereka ini dipanggil sosial demokrat. Sosial demokrat sangat tidak bersetuju dengan komunis tetapi antara ciri mereka ini adalah menyokong konsep negara kebajikan.

5. "Musuh utama" kepada sosialis adalah kapitalis kerana kapitalis pada pandangan sosialis adalah penyebab keruntuhan moral insaniah, penyumbang kepada jurang kemiskinan antara golongan atasan (elit) dan golongan bawahan (rakyat/marhaen).

6. Ramai tokoh berpendapat, sosialisme hanya nampak indah dan baik di atas kertas, namun hakikatnya, tiada negara sosialis yang benar-benar berjaya. China misalnya, disebalik pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, tidak tergolong dalam negara2 yang makmur. Negara-negara yang mengamalkan sistem kapitalis pula, seperti Amerika, Denmark dan Finland dianggap lebih berjaya (rujuk 10 happiest countries in the world).

7. Negara kita menolak secara mentah sosialisme kerana dianggap membawa ideologi komunisme, dan seterusnya memilih untuk mengamalkan sistem kapitalis+feudalisme. Walau bagaimanapun, punca utama sosialisme ditolak secara mentah (tanpa mengambil kira kebaikannya) adalah kerana sosialisme jika diamalkan secara berprinsip dan jujur, akan menghadkan pemimpin dan org atasan(elit) membuat keuntungan seperti hari ini.

8. Ramai berpendapat sistem ini bertentangan dengan Islam, namun jika merujuk kepada kertas2 kajian beberapa tokoh tempatan, sistem ekonomi sosialis lebih banyak persamaan dengan Islam berbanding sistem kapitalis yang berbentuk laizzes faire.

9. Tokoh-tokoh terkenal sosialis (dan yang menyokong Sosialisme) di negara kita termasuklah Chin Peng (walaupun lebih dianggap sebagai Komunis), Samsiah Fakeh, Dr. Burhanuddin Helmi, Abdullah CD, Nasir Hashim, Dr.M.Jayakumar Devaraj (PSM), Dr Syed Husin, dan Hishamuddin Rais/TukarTiub (Sosialis+Lennonis).

10. Penulis (akulah tu!) bukanlah seorang sosialis, namun penulis mengagumi keadilan sosial yang ditawarkan oleh sosialisme. Fahaman ini ternyata lebih adil dalam konteks sosial masyarakat berbilang kaum dan taraf sosial. Namun, sosialisme tetap mempunyai kekurangannya. Ciptaan manusia kan??


Jadi, kepada anda yang membaca post ini, lepas ni rajin2 ye bt kajian sendiri pulak. mungkin kita boleh share sama2.. aku banyak lagi benda yang tak tahu pasal dunia.

Moral of the post(??) ni adalah sebagai generasi marhaen yang baru, kita kena ada awareness tentang sistem2 yang ada dalam dunia ni. Kita hidup sebab ada sistem2 sebegini..tinggal kena pilih je lagi, nak sistem yang sebagai mana. Pada aku, personally, aku rasa negara kita akan lebih makmur baik dari segi sosial, ekonomi, moral, keselamatan, dan paling penting, pendidikan dan kebajikan, jika sistem Islam dan Sosialisme diamalkan side by side. Mana elemen yang baik, kita amalkan. Sistem hari ini?? ermm........nampak indah, tapi hanya ilusi, simply because we've never give a try on something new. Ibaratkan macam orang yg ditipu untuk membeli Kancil, bawak-bawak rase mcm sedap, terus jalan.. padahal die tak tau belambak lagi kereta yg lebih baik pada harga yg lebih murah!! mcm tu lah ibaratnya..

tulisan ini hanya berdasarkan pemahaman aku, dan beberapa facts yg aku cari dr internet untuk sokong hujah aku. jadi jgn expect tulisan ni giler2 akademik atau yg seumpamanya..

And maybe ada yg akan kata aku ni celaru identiti, hangat2 tahi ayam: sekejap konon2 Islamik, sekejap aktivis anti-racism, sekejap ala2 sasterawan..sekarang nak jadi sosialis pulak..well...AGAK2LAH!!! hehehe.. bukan hangat2 taik ayam..tp nak pelbagaikan contents and knowledge.. takkan asyik benda same je...but anyway, klw korg dig up ckit..korg akan sedar..semuanya dari root yg sama dan related..well, simply because this is me and they came from me!!

(aku akan rasa bersalah klw aku tak acknowledge blog ni: http://malaysiansocialists.wordpress.com/category/history/ )

gambar di atas sekali adalah logo PSM (Parti Sosialis Malaysia)


6 comments:

  1. “The meaning of peace is the absence of opposition to socialism.” - Karl Marx

    ReplyDelete
  2. nice 2 inform...very useful 4 me as student,

    ReplyDelete
  3. bro aku pun sama mcm kau jugak sangat kagum dgn sosialisme ni tp macam biasa lah ramai yg keliru antara sosialisme dan komunisme sampai bapak aku pernah sound "kamu ni nak jadi budak komunis ke?"

    ReplyDelete
  4. Cuba tengok efek sosialism kat Venezuela?

    ReplyDelete
  5. Kembalilah kepada Islam. Islam memiliki dasar muamalah yang berpaksikan kepada ajaran nabawi. Ia berbeza sama sekali dengan fahaman sosialisme mahupun kapitalisme yang berhujjahkan falsafah rasionalisme dan humanisme dalam menafsirkan sumber kehidupan dan pemilikan ekonomi. Islam menangani kapitalisme dengan kewajiban berzakat, pengharaman riba, melarang penipuan (gharar) dan monopoli dalam urus niaga (ihtikar). Manakala pemerataan sosialnya dibangunkan melalui amalan takaful, sedekah, wakaf dan sebagainya.

    dipetik dari: http://www.tarbawi.my/2016/01/sosialisme-dan-islam-suatu-perbandingan.html

    ReplyDelete