Tanjong Malim, 16 Januari - Januari 2011 menyaksikan sekumpulan mahasiswa Universiti Pendidikan Idris mengisytiharkan penubuhan sebuah 'front' (kumpulan) baharu yang dikenali sebagai Legasi Mahasiswa Progresif (LMP).
'Front' mahasiswa tersebut dikatakan bakal menjadi 'kuasa ketiga' mahasiswa yang akan menjadi kumpulan semak dan imbang kepada universiti dan kedua-dua kelompok sedia ada dari Mahasiswa Pendidik dan Pimpinan Bitara.
Menurut Adam, mahasiswa pendidikan TESL yang juga merangkap Koordinator LMP menyifatkan bahawa LMP merupakan wadah memperjuangkan isu sentral mahasiswa dan lebih agresif memainkan isu penting termasuk kebajikan mahasiswa di kampus dan luar kampus dalam mencorak dan memperjuangkan kepentingan mahasiswa umumya.
Beliau turut menyatakan bahawa LMP merupakan kumpulan yang bersifat inklusif merentas semua kelompok. 'Inclusiveness' (keinklusifan) LMP disifatkan beliau sebagai merentas kaum, bangsa dan agama disamping menerima semua golongan yang ingin bersama mereka memperjuangkan hak mahasiswa secara bersama.
Kumpulan tersebut dikatakan bergiat aktif menerusi laman sosial Facebook yang dikenali sebagai Legasi Mahasiswa Progresif atau akronimnya LMP (klik).
syabas adam. :)
ReplyDeletei knew it..mmg sah org LMP gak..SALUTES to u dude..=D
ReplyDeletehahahaha!! thanx!! XD
ReplyDelete