Friday, January 7, 2011
Harapan Baru Politik Kampus UPSI
Tahun ini sekali lagi kita akan hadapi Pilihan Raya Umum.. seperti Karma, setiap kali PRU menjelang, pasti disusuli terlebih dahulu dengan Pilihan Raya Kampus. PRK sudah lama menjadi bayang2 PRU di negara kita yang tercinta.
UPSI bakal mengadakan Pilihan Raya tak lama lagi. Sudah menjadi tradisi, ia akan menjadi gelanggang beradu sokongan antara Mahasiswa Pendidik yg Pro Mahasiswa dan berhaluan kiri, menentang Pimpinan Bitara (Pro Aspirasi) yg menjadi anak emas pihak atasan universiti.
PRK di UPSI tidak segah dan semeriah PRK di universiti2 tempatan yg lain. PRK UPSI lebih slow, moderate, dan berhati-hati. isu yg dimainkan sepanjang musim berkempen hanya berlegar sekitar isu2 dalaman pelajar yg kadang kala lapuk dan basi. Namun, itu jalan yg terpaksa diterima. Politik selamat memang menjadi amalan di sini.
Maka yg demikian, mampukah mahasiswa bakal pendidik di UPSI menongkah arus, memecahkan tembok selamat dan keluar dari comfort zone untuk PRK kali ini??
Tahun ini, pertandingan bakal menyaksikan sedikit perubahan yang mungkin mampu meletakkan UPSI ke dalam peta tumpuan PRK yg selama ini di dominasi oleh UM, UKM, dan UIA. Penyertaan gerakan baru politik kampus seperti Legasi Mahasiswa Progresif, Gerakan Sebalik Tabir, dan tentu sekali, Mahasiswa Pendidik yang baru2 ini banyak menerima penyertaan tenaga baru bakal menghidangkan permainan politk yg lebih hangat.
Isu2 haluan kiri yang lebih berat, serius, dan sensasi akan memanaskan iklim pilihanraya akan datang. Ditambah pula, sokongan banyak pihak luar dan dalam terhadap politik haluan kiri bakal menyaksikan harapan baru dibawa kepada pelajar2 UPSI yg selama ini banyak menderita.
Isu-isu seperti posting, PTPTN, kebajikan pelajar pasti menjadi tajuk utama sepanjang kempen pilihanraya. namun, difahamkan, gerakan2 baru kini sedang giat mempromosikan ideologi baru dan menawarkan apa yang dipanggil "kebangkitan mahasiswa".
Logiknya, UPSI harus dan wajib menjadi tumpuan pada PRK bersandarkan pada rekod dan sejarah tersendiri Institut ini.
Oleh yang demikian, kita tunggu dan lihat apa yg bakal dihidangkan pada PRK yg dijangka bakal berlangsung dalam tempoh 2 atau 3 bulan lagi. Mungkinkah harapan baru untuk mahasiswa-mahasiswi UPSI bakal lahir di PRK akan datang? Atau ia akan terus menjadi minggu suram dan syok sendiri seperti sebelum2 ini?? Sabar dan nantikan....kepada politician2 muda UPSI...selamat maju jaya, dan....Agak2lah sikit bila berpolitik...jangan jadi politik kedai kopi saja...itu harapan penulis..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kadang kadang isu isu yang diketengahkan hanya hangat dicanang ketika PRK sahaja...namun ianya akan reda bila PRK dah selesai......
ReplyDeleteadakah sebab politik kampus hanya laku dalam tempoh seminggu berkempen dan hari mengundi je???
ReplyDelete