Friday, June 17, 2011

Memahami Mentaliti Melayu oleh RPK (terjemahan)




Di zaman 60an dulu, hidup lebih mudah dan kurang rumit. Tentulah waktu itu adalah di zaman sebelum peristiwa hitam perbalahan antara kaum pada 13 mei 1969 yg "dicetuskan" oleh UMNO. Ketika itu aku masih di Victoria Institution Kuala Lumpur, sebuah sekolah berbilang kaum.

Jujur aku katakan, aku tak ingat samada di sana majoritinya Melayu atau bukan Melayu. Ini bukan kerana daya ingatanku lemah, tapi ini kerana waktu itu, kami tak pernah terlintas langsung untuk berfikir mengenainya. Apa kami peduli? Dan inilah sebabnya aku tak ingat siapa lebih ramai; Melayu atau bukan Melayu.

Waktu itu, lawak-lawak antara kami sangat "berbaur perkauman". Tapi ia tak pernah menyinggung sesiapa, tak kira lah Melayu, Cina, atau India. Kami akan ketawa berdekah-dekah bila terdengar lawak-lawak tersebut, walaupun ia mengenai kaum kami sendiri.

Aku teringat satu lawak jenaka mengenai seorang pesakit yang memerlukan pembedahan menggantikan otak. Dia ditanya otak mana satu yang dia nak--Melayu, Cina, atau India. Kalau otak Cina yang paling murah, sebab dah terlebih guna--banyak guna otak memikir macam mana nak tipu orang. Otak India pula berbelit sikit jadi ia tidak disyorkan. Dan otak Melayu pulak yang paling mahal--sebab Melayu kurang guna otak!

Zaman 60an dulu, lawak ini bagi kami sangat lucu. Tapi hari ni, orang akan buat laporan polis kalau kamu ceritakan lawak ni kepada orang awam!

Bila difikirkan balik, bukankah ada pepatah yang mengatakan, kebenaran kebanyakkannya diberitahu melalui jenaka? Adakah lawak otak ini hanya jenaka atau betul-betul? Bila kita dengar dan baca perkara-perkara yg sering dituturkan oleh orang Melayu, kita akan terfikir: Lawak tu bukan lawak lagi dah, memang betul pun!

Aku pernah ditanya oleh orang-orang Melayu yg menyokong kerajaan, berapa banyak Anwar Ibrahim bayar aku untuk hentam kerajaan. Kemudian aku ditanya pula oleh orang Melayu yg menentang kerajaan, berapa banyak Najib bayar untuk hentam pembangkang. Kemudian datang pula pihak ketiga dan cakap mereka keliru sebab aku hentam dua-dua sekali: KERAJAAN DAN PEMBANGKANG, jadi siapa yang bayar aku sebenarnya??

Ramai melayu yang melaungkan "Allah Akbar!", tapi itu semua dekat bibir je, hati kata lain. Hati mereka tidak seirama dengan dengan bibir. Dalam hati mereka, mereka teriak: "Ringgit Akbar!"; dan mereka "sujud" kepada DUIT.

Itulah sebabnya, mereka hanya melihat kepada sesuatu perkara itu pada aspek duit semata-mata. itulah sebab mereka sering bertanya: berapa ringgit kamu dibayar?? Melayu UMNO akan tanya, berapa banyak Anwar bayar kamu? Melayu pembangkang pula tanya berapa banyak Najib bayar kamu?

Kebanyakan Melayu tak mampu berfikir lebih dari sekadar "duit". Untuk berfikir lebih dari "duit" semata-mata itu terlalu rumit dan menyakitkan otak. Jadi, mereka cari jalan mudah. Apa-apa benda pun, mesti pasal duit, selesai masalah! Tak payah menyakitkan otak untuk berfikir.

Itulah sebabnya otak Melayu tadi lebih mahal berbanding otak Cina atau otak India. Otak Melayu sangat jarang digunakan! Macam tu lah jenaka tahun 60an dulu..

Apa sebenarnya masalah orang Melayu? Tahun 60an dan sebelumnya, jika dikaji semula sejarah orang-orang Melayu zaman itu..ramai yang telah berkorban dan menyumbang kepada masyarakat tanpa perlu didorong oleh duit. Mereka berjuang demi kepentingan masyarakat, dan mati dalam keadaan miskin. Nak beli batu nisan pun tak mampu! Sampai begitu sekali miskinnya mereka, dan mereka ini lah orang-orang yang telah banyak berkorban dan berusaha demi bangsa dan negara.

Tiada siapa pernah tanya mereka berapa banyak mereka dibayar. Orang British pun tak pernah tanya kepada pejuang-pejuang kemerdekaan ini berapa banyak UMNO bayar mereka.

Orang macam Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman sampai tak mampu nak bayar cukai pendapatan selepas beliau bersara. Sebagai seorang kerabat Di Raja Kedah, beliau asalnya sangat kaya dan berharta, namun habis semuanya digadai untuk menaja UMNO. Beliau mati sebagai seorang yang miskin.

Tiada siapa pun pernah bertanya kepada Tunku berapa banyak beliau dibayar. Tiada siapa pun pernah tanya berapa banyak beliau dibayar oleh UMNO. Malah, bukan sahaja beliau tidak pernah dibayar oleh UMNO, beliau pula yang berhabisan demi menaja UMNO. Beliau menghabiskan segala hartanya untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah airnya.

Tapi, semua kini sudah berubah. Hari ini, tiada Melayu yang sanggup buat apa yang Tunku pernah buat. Mereka hanya akan buat kerja bila dibayar. Mereka hanya akan buat kerja bila diberi habuan berbentuk duit.

Dan itulah sebabnya ramai orang Melayu tak percaya bila dikatakan anda bekerja tanpa didorong oleh duit. Kalau buat sesuatu, mesti pasal duit punya! Kalau anda menghentam kerajaan; Anwar bayar kamu. Kalau anda hentam pembangkang; Najib bayar kamu. Kalau anda hentam dua-dua, mereka mula confuse dan tertanya-tanya; siapa bayar kamu?

Walaubagaimanapun, secara adilnya, bukan orang Melayu sahaja yang mempunyai bentuk pemikiran begini. Orang Cina dan India (dan "lain-lain") pun telah terjangkit dengan penyakit Melayu yang satu ni. Aku pernah je ada kawan2(atau bekas kawan2) dari England yang turut mempunyai pemikiran macam Melayu. Kawan-kawan lain (Cina, India, dan "lain2") di Malaysia, Australia, dan banyak lagi tempat pun sudah mula terjangkit dengan penyakit Melayu ni.

Dalam fikiran orang-orang begini, kalau anda menghentam kerajaan, anda dibayar oleh Anwar dan kalau anda menghentam pembangkang, anda dibayar oleh Najib, dan kalau anda menghentam kedua2 belah pihak: KAU NI KENA BELI DENGAN SAPA HA?? AKU CONFUSED LAH!!

Dipetik dari: http://malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/41164-understanding-the-malay-mind

diterjemah oleh: AKU LAH..!!

p/s: siapa bayar aku ek?? kah kah kah!!! Agak2lah!!! XD

No comments:

Post a Comment