Wednesday, June 29, 2011

BERSIH 2.0

Assalamualaikum..

Demam kuning sedang melanda aku dan seluruh isi rumah aku. Bukan, bukan jaundice. Yang aku katakan adalah DEMAM BERSIH 2.0.. Yup, tarikh 9 Julai semakin hampir.. 13 tahun yang lalu: 1998, Reformasi Rakyat mengambil tempat. Ayah aku adalah antara demonstran yang hadir menyumbang kekuatan. Lepas 13 tahun, dia dah tak larat dah nak main aci ligan dengan polis dan FRU. Tapi 2011 buka lipatan baru.. selepas lebih sedekad, Ayah ambil keputusan untuk turun ke jalan raya kembali.. wooohoo!!! Siap beli snickers baru lagi; "senang nak lari dari polis"..spontan je Ayah jawab bila aku tgok kasut dia. Itulah demam kuning yang sedang melanda rumah aku..

Aku tak mungkin jadi hipokrit. Tajuk BERSIH 2.0 adalah tajuk yang dekat dengan aku. Tak mungkin aku tak mahu menulis tentangnya.

Aku cuba untuk elakkan diri dari tulis perihal politik-politik ni semaksima mungkin..tapi nyata gagal. Aku tak mungkin mampu menahan diri dari menulis tentang BERSIH 2.0..

First impression mengenai BERSIH 2.0: It's going to be BIG..

Dulu, BERSIH 2007 hanya dimainkan gendangnya di media2 alternatif. Tak semua orang ambil kisah dengan BERSIH..sama lah macam Demo Air, PPSMI, ISA, dan sebagainya. Yang tahu, tahu lah.. BERSIH 2.0 berbeza..

BERSIH 2.0 tak sama macam BERSIH 2007. This time around, it's HUGE. Bakal terulang sejarah Reformasi 1998 kali ini. Sudah sedekad lebih, kita tidak mengalami pengalaman sebegini. Adrenalin semakin kencang, rata2 manusia yang percaya dengan POLITIK BAHARU menunggu-nunggu tarikh 9 Julai. Preparationnya dahsyat. Media setiap hari memainkan isu ini. Tiada apa lagi yang mampu halang BERSIH 2.0.

Impak yang bakal diterima negara dan terutama sekali; Najib Tun Razak tak boleh dinafikan lagi. Aku melihat, BERSIH 2.0 adalah cabaran paling lantang pernah diterima seorang Perdana Menteri selepas Reformasi menyerang Mahathir. Nasib Najib bakal ditilik melalui sambutan BERSIH 2.0.

Macam mana sekalipun, tak sukar untuk kita ramal apa bakal berlaku 9 Julai ini. FRU, UTK, SB, trafik, RELA, dan sebagainya bakal membanjiri ibukota. Paranoid dan trauma pemerintah/hegemoni terhadap BERSIH tak mampu diselindung lagi. Tangkapan demi tangkapan, ISA, AUKU, dan segala bentuk Akta akan digunakan untuk menyekat orang ramai dari BERSIH..

Aku bangga, tak sangka student UPSI, begitu ramai sekali yang bakal menerjah jalan raya Kuala Lumpur 9 Julai ini. Moga dipermudahkan urusan kita kelak di sana. Tak kira usia, tak kira jantina..semuanya sepakat dan semangat untuk turun ke jalan raya.

Bagi yang sinis dengan BERSIH 2.0, aku katakan kepada korang: selamat berjaya dengan hidup korang. Teruskanlah hidup dalam kayangan ciptaan hegemoni. Korang mungkin rasa kami2 ini tak ada akal, terikut-ikut, taksub, sesat, atau bodoh. Trust me, korang turun dulu, baru korang faham apa kami rasa.

Menjadi sebahagian dari sejarah adalah perkara mulia. Kita tuntut perubahan dalam sistem yang sedang rosak. Aman damai Malaysia ini terlalu plastik. Demokrasi kita adalah palsu. Pemerintah kita terlalu memandang rendah kepada kita. Ekonomi kita ekonomi bangsat. Yang kaya, bertambah kaya, yang miskin, papa kedana.

Rakyat tidak bodoh.

Tepuk dada tanya selera.. Agak2lah!!

1 comment:

  1. hehe..sebab kes awak saya google dan jumpa blog ni.pasti ada hikmah disebaliknya.saya ada di masjid negara ketika isu air.ada dibersih 2.0.siap tido chowkit mlm sebelumnya punya takut tak dapat nak masuk kl klu dtg 9julai.pg2 di chowkit kemudian bergerak ke kl central.antara yg terkena asap bawah terowong.memang meresap darah naik ke kepala time baca ayat "Trust me, korang turun dulu, baru korang faham apa kami rasa." itu yg slalu sy kata kat kwn..;')just nak share. http://princessheavenseven.blogspot.com/2011/07/sejarah-malaysia-9-julai-2011.html

    ReplyDelete