Monday, June 13, 2011

15 Things To Do Before I Die..



As been promised before: 15 Things To Do Before I Die.

Semua orang ada impian dan angan2. Aku pun ada. Ini lain dari cita-cita. Ada beberapa impian hidup yang aku dah dapat capai (contoh: kena dakwa bawah AUKU, masak untuk mama selama seminggu, buat drift pakai kereta buruk pakcik aku, mini library sendiri, naik jet ski, wall climbing time tadika, buat live performance atas stage.. dan bla..bla..bla...). So, sini aku senaraikan 15 benda yang aku nak buat sebelum aku mati. huhu. (ada byk lagi rasanya..)

1. Naik helikopter.

2. Bungee jumping and free fall sky diving.

3. Keliling dunia.

4. Tanam pokok balak dan pokok getah untuk anak cucu.

5. Beli bot persendirian.

6. Masuk muka depan surat khabar.(taknak Warta LMP)

7. Bukak rumah anak yatim.

8. Tulis buku/novel.

9. Tengok Chelsea live kat Stamford Bridge.

10. Dakwa George W. Bush atas jenayah perang.

11. Bersahabat dengan Brad Pitt and Angelina Jolie.

12. Bayar balik semua hutang dengan member, mama ayah, cinta, adik, sedare, cikgu, dan perpustakaan sekolah.

13. Ambik gambar dengan Rosmah Mansor.

14. Tengok hantu real depan mata.

15. Naik haji dan bertaubat..

Agak2lah..!! XD

5 comments:

  1. haha.. tolonglah. tak tahan nak gelak :p

    ReplyDelete
  2. YB nak gelak kena cover ckit.. hehe..

    ReplyDelete
  3. tang masuk muka depan akhbar tu dah kot,,,,SYABAS~

    ReplyDelete
  4. ahaha..antara blog post yg nak diperiksa semula..haha

    ReplyDelete
  5. hahahaha!! berjaye dah #6
    paling tak sabar #13..oh mah mah~

    ReplyDelete