Sunday, October 30, 2011

Langkah.Kawan.Lawan.



Dalam setiap langkah aku ambil, aku akan dapat DUA: kawan dan lawan. teman dan musuh.

Aku suka kawan. aku tak suka musuh.

Dalam setiap langkah ke depan yang aku ambil, makin banyak teman yang sambut tangan aku yang selama ni sunyi. Baguslah. Tapi sedih. dengan setiap langkah ke depan tu juga, ada tangan-tangan yang lain mula melepaskan tangan aku ni.

Setiap langkah aku ambil, macam aku berjalan tepi ombak. Aku toleh kebelakang, setiap langkah-langkah tu akan hilang.

Mana korang pergi?

Adakah sebab; jalan yang aku ambil jalan yang salah, atau; jalan ini bukan jalan korang, atau; korang tak pernah pun ikut aku selama ni, dan tangan-tangan korang itu hanya delusi?

Jangan biar aku macam ni.

Please.

4 comments:

  1. we're with you....fight for your right~

    ReplyDelete
  2. Im almost crying .. My mum said perjuangan itu sakit tp ada manis akhirnya, lebih baik anda ditinggalkan parasit hari ni sebelum anda ketahui mereka cuma boneka pada suatu masa depan

    ReplyDelete