Saturday, February 4, 2012

Puisi Sudah Jadi Senjata

Tak perlu cari salakan2 pembenci sebelum2 ini. Sudah aku padamkan semua. tak baik untuk kesihatan aku, kamu dan mak ayah aku.

Aku hidangkan aje apa yang aku simpan dalam otak kusut aku. selebihnya orang yang baca nilai sendiri.

aku jelik dan pelik, yang paling banyak di "salak" adalah entri "Hamba Sistem".. Hahaha!

aku bukan Chairil, bukan juga Pak Samad. Tapi nyata puisi pun jadi senjata! =)

Ramai betul yang mengamuk dengan Hamba Sistem.. apasal??? Terasa?? Dan bahasa-bahasa kesat mula dilempar. memanggil orang lain dungu sedang diri korang guna bahasa yang..menggambarkan tahap korang. =) dan aku memang geram, habis aku padam..aku tersenyum je balik.. =)

Dan aku pun teringat pada Pak Samad yang diheret ke balai kerana Unggun Bersih dan Peludah Warna.

Tapi semuanya tak bisa lawan Chairil yang diseksa penjajah Jepun bila "Aku" dibaca mereka.

Puisi sudah jadi senjata..

1 comment:

  1. BUMI TUHAN

    Bumi ini bumi Tuhan,
    merata rezeki bermacam nikmat,
    adil sesama jadi amalan,
    usah pula tamak haloba,
    kelak tuan diguling kuasa,
    kerna insan berjiwa perasaan.

    Bumi ini bumi Tuhan,
    jangan tuan megah berkuasa,
    hamba dikerah diperas tenaga,
    sedang tuan bermaharajalela,
    sedang si miskin merana terusan,
    si kaya jua terusan kaya,
    kumpul harta sampai kapan?

    Bumi ini bumi Tuhan,
    bila senget neraca pertimbangan,
    segala jadi cacamarba,
    sampai tika diambil kembali,
    barulah tuan sedari,
    tanah ini bukannya milik.

    -Hamba Rakyat-

    ReplyDelete