Thursday, July 12, 2012

Menilai diri kembali.

Setiap orang pasti akan dewasa. Dan dewasa itu ada untung dan ruginya.

Untungnya bila peningkatan usia itu kita tidak sia-siakan, kita isi sehabis baik. itu bagus. itu yang menguntungkan. 

Yang merugikan adalah, makin dewasa kita, makin kita menghampiri tempoh tamat jangka hayat kita. Makin kita kesuntukan masa. Kesuntukan masa untuk mengisi lagi dada kita dengan ilmu. 

3 Julai lalu aku selamat menginjak 23. Masih muda, namun juga makin dewasa. Usia muda aku makin terhakis dan kian habis. Masa untuk aku belajar dan isi ilmu dalam dada makin suntuk.

Aku mulai tulis blog ni 2010- maksudnya waktu tu usia aku 21. harini 23, sudah dua tahun berlalu. dua tahun yang aku rasakan macam sepuluh tahun pengisiannya. ghairah menuntut ilmu, dan kadang-kadang juga  ghairah menunjuk konon berilmu.

2 tahun. aku baca balik tulisan-tulisan lama. entri-entri lama, tegelak kecil. aku tak sesal apa aku tulis selama ni. Ada yang bagus, jujur, ikhlas. ada yang naif, pseudo, takbur, dan cetek.

Bagus juga. supaya aku ingat janji-janji lama, supaya aku tak lupa siapa diri aku dulu-dulu.

Bagus juga. supaya aku nilai semula kesilapan-kesilapan dulu. supaya juga tak ulang khilaf lama.

Itulah proses belajar. aku tak perlu malu. =)

Teringat mcm Lennon cakap saat interview dgn Ono, dia tak malu or menyesal dengan sejarah bersama Beatles and McCartney, biasalah..muda! Cuma bila sudah banyak menilai diri, dia juga faham tak selamanya dia perlu terus nyanyi Yesterday! haha. 

Okay. cukup. tu je nak cakap.

Teruskan belajar. Masa kian suntuk! 

10 comments:

  1. =)..teruskan maju dan menegakkan kebenaran adam!!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. There are always rooms for changes..:)s
    Let's do our best no matter what direction we are heading...

    ReplyDelete
  4. experience is the best teacher. tak melalui xkn merasai kn? well said. ;)

    ReplyDelete
  5. Tertarik dgn kata2 kynn...pengalaman adalah guru kehidupan.walaupun kadangkala ia berupa kesilapan & kegagalan disaat usia masih muda.Namun ia juga adalah guru unuk mengajar kita agar tidak lagi berbuat silap diusia tua.

    Sy teringat seorang hamba allah yg pernah berkata kpd sy, "org yg melakukan kesilapan & mengalami kegagalan yg banyak pada awal usianya adalah org yg akan semakin menghampiri sesuatu kejayaan luar biasa jika dia mengambil iktibar utk dijadikan kematangan dlm perjalann hidupnya"

    ReplyDelete
  6. baik adam adli jdi tukang azan,bilal,,ada teknik kumpul org ramai...ajak pegi smyg kan baguss

    ReplyDelete
  7. Be strong,adam. Allah always with u n orang2 yang tegakkan kebenaran. Segala cabaran & dugaan, hadapi dgn tenang ya.. Pasti ada hikmah d sebaliknya. We support u =)

    ReplyDelete
  8. tanpa kita melakukan kesilapan kita tidak akan sedar sebagaimana kita sebenarnya

    ReplyDelete