Wednesday, March 31, 2010

terima kasih ayah.... ='(

ni koleksi pesanan2 ayah selama nih.. terima kasih ayah..

1. kalau kamu nak banding harta kamu, bandinglah dgn org miskin, klw kamu nak banding ilmu kamu, bandinglah dgn org bijak, klw kamu nak banding amal kamu, bandinglah dgn diri sendiri.. (time masuk form 1, bile tgok rmy anak org kaya dlm sekolah tu)

2. ayah tau lah kamu ni pembersih, tapi jgn lah dgn adik beradik sendiri pun kamu nak jijik... (bile aku mkn ikan, aku amik belah yg org tak sentuh lagi..kecik2 dulu)

3. politik ni dunia kotor..(time aku mntk nak ikut ayah g tgok demo..hahaha! kata kat aku, tp die yg pegi..)

4. ayah takde harta nak tinggalkan kat kamu adik beradik, yg ayah ade, cume ilmu yg ayah bagi..buat pedoman hidup..( time nih ayah tgh sakit..........)

5. bila kamu ada anak nanti, jgn manjakan dia dgn duit, manjakan dgn kasih syg..( tak igt psl ape..heheh)

6. hiburan2 jgak...semayang jgn tinggal..( time nak g jom heboh..haha)

7. ayah berenti isap rokok sebab kamu, sekarang kamu isap rokok sebab sape?? ( bile ayah tau aku merokok..sorry ayah..)

8. kalau kamu kne buli, jgn melawan...kamu nak jadi jahat mcm diorang gak? ( time aku kne buli kat sekolah..darjah tige)

9. nak cari isteri, tgok mama kamu.. ( time aku sekolah rendah! hahaha! )

10. jgn kamu berani tengking mama kamu depan aku lagi! ( time nih ayah btul2 mengamuk aku herdik mama..='(

11. adli, senyum ckit..jgn sombong sgt..( ayah kate aku sombong, tak reti senyum kat sedare mare)

12. kalau kamu tak kesian kat ayah, takpe, tapi kesian kat mama... ( time nih zaman aku jadi anak derhaka..)

13. apa salah ayah? kalau ayah salah, ayah mintak maaf, tapi jgnlah sampai layan ayah macam ni..ayah takde sape2 dah.. ( zaman derhaka...)

14. satu hari nanti, ayah dah takde, jage adik kamu mcm ayah mama jaga.....

15. ayah tak mintak harta ke duit ke bile dah tue nanti, ayah mintak kamu igt ayah mama dah lah...

16. ayah tgok kamu, sama mcm ayah dulu..jgn ulang kesilapan ayah...

thanx ayah....u're the best father....

terima kasih ayah.... ='(

Wednesday, March 24, 2010

nasihat kepada insan tersayang..

saat kite lahir ke dunia, orang lain yang sambut kite..kite tak kluar dgn sendirinya..
saat kite belajar bertatih, org lain yg bimbing kite, kite tak mampu berjalan sendiri..
saat kite belajar bertutur, org lain yg mengagah kite..kite tak mampu bertutur sendiri..
saat kite ke sekolah...guru yg ajar kite..kite tak mampu blajar sendiri..
saat kite membesar, mak ayah yang besarkan kita...kita..tak mampu membesar sendiri...
dan saat kita mati..org lain yang uruskan kita..hantar kita ke kubur...kite tak berjalan sendiri...

mcm tu lah pentingnye hubungan dengan manusia.... dengan org sekeliling...

sory..tak mampu tulis lagi..ade benda yg menghalang..

Tuesday, March 23, 2010

sedap lagu nih...tsk..tsk... T.T

So long, fare thee well
The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong

The long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life youre my sweetest nightingale
But I cant hear it here no more

And I go
I go

Hush now, dont shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face

~ I Go by Aizat/Pete Teoh~

chup!!

chup!! jap...sblum terlupe....nak mintak kwn2 yg mane knal tuh....doa2kan saye mampu berubah ek?? dari mls semayang jadi rajin ckit semayang....dari suke nyakitkan hati org kepada memberi senyuman kepada org lain...dari poyo kepada baik2 ckit.... dari serabut kepada..ok ckit... dari hampeh kepada manusia...saye skang nih rse sgt hampeh.... pandai nasihat org lain..dri sendiri tak leh pky pun...ngeh3........... doa2 yuk! amin.........

(p/s: sy pun doa2kan kwn2 yg lain sentiasa baik2...sehat2...n dpt berubah same2...kite dah makin tue kan??bkn makin mude...)

jom bace...=)


IQRA'....
wahyu pertama yang disampaikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW...
membaca nih byk faedahnya...membaca dapat ilmu..membaca dapat tajamkan fikiran...membaca dapat hindari nyanyuk di hari tua sok... membaca mampu memuhasabah diri..membaca mampu buat kita umat yang dihormati.. sebagai orang Islam, membaca patutnya jadi amalan kita..bila ada masalah...baca Al-Quran...insyaAllah..ada penyelesaian nya dalam kitab suci kita tuh.. klw tak fhm pun takpe..bace al-quran kan menenangkan diri..
teringat time kecik.....hari2 ayah beli buku bagi bace (thanx ayah!)..sampai adam adli dan amir amin( adik gue men) jadi ulat buku sampai la nih... membaca buat kan aku tak takut untuk berdepan dengan persoalan..sbb aku tau apa2 persoalan dlm dunia nih, ada kalam yang mampu menjawabnya..
ada orang yg heran tgok aku...g kelas lambat, kerap ponteng...assgnmnt lmbt antar..tak lengkap lak tuh..zaman sekolah jgn kate lah.......kerja sekolah pun aku tak kenal...(ngeh3)..buat esei, tapi takde rujukan..(urk...bibliografi rekaan semate2.jgn gtau cik diana! )tapi alhamdulillah...aku bleh survive g...masih lagi mampu menghadapi semue ujian2 tuh...puncanya?? sebab aku byk baca time kecik kot..so, rsenye klw tak bce skang pun,ade lah ckit clue ttg topik2 yg bersangkutan...( tegur aku klw aku takbur n riak..)

membaca juga sebenarnye mengundang dosa...hari nih, the only book people love to read is faceBOOK...

dari mane lak dtg dose membace nih?? bile kite bace bnde yg berunsur fitnah..(dkat buku bernama faceBOOK nih especially) bile kite percaye bnde tuh...n bile kite dengan sengajenye mengajak org lain pulak bace n percaya.. membace jugak boleh rosakkan akidah..hah??? ye...bile ygkite bce tuh kalam2 sesat rekaan syaitan laknatullah bertopengkan manusia....banyak kan sekarang nih??

pernah aku g library...ternampak sumthing kat depan pintu masuk library..mcm yg korg boleh tgok kat atas tuh... "for display only'... oi people! books are not for display! books are meant to be read....ok?? hish!!

jom3....kite bace buku...kesian kat org2 yg tulis buku2...bersengkang mate mengadap typewriter, laptop, PC, just nak menghasilkan senaskhah buku untuk di bace oleh org yg die tak knal...
tu je buat mase nih..hehe..selamat membace...........=)

(p/s:waktu tulis post nih..tgh ngantok yg amat mengadap assgnmnt writing skill...so jgn marah klw bercelaru, takde thesis statement, takde topic sentence..hahaha...)


Friday, March 12, 2010

PERKAUMAN DAN PERPADUAN DI MALAYSIA:

SUATU ANALISIS KRITIS

Hari ini, masyarakat kita dihidangkan dengan pelbagai isu semasa yang kadang kala membingungkan dan merunsingkan kita. Antara isu yang tidak pernah henti-henti diulang tayangkan ialah sentimen perkauman. Realitinya, perpaduan masih lagi belum berlaku sepenuhnya di negara ini. Sebagai negara yang melaung-laungkan perpaduan antara kaum, adalah amat memalukan apabila masih lagi timbul permasalahan sebegini di kalangan masyarakat. Setiap kali berlakunya permasalahan ini, seluruh dunia akan melihat kepada kita. Kecelaruan kecil yang timbul di antara dua pihak bertelagah akan bertukar kepada pergeseran yang akhirnya membawa kepada perpecahan kaum. Setiap kali kita ingin disatukan, pasti ada pihak yang cuba memecahkan kembali penyatuan kaum yang murni ini. Halangan-halangan inilah yang terus-menerus menggagalkan usaha merapatkan jurang perkauman di Malaysia.

Melihat kepada sejarah bermulanya perpaduan kaum dan tercetusnya sentimen berkaitan perkauman di Malaysia, kita perlu kembali ke era kolonial. Pada awal abad ke-19, buruh-buruh dari China terutamanya mereka yang berasal dari Kwangtung, Kwangsi dan Fukien telah dibawa masuk ke Tanah Melayu bagi menjalankan aktiviti perlombongan bijih timah. Dari sinilah bermulanya penempatan kaum Cina di negara kita. Kaum India pula dibawa masuk oleh pihak British untuk membantu kegiatan ekonomi di estet-estet getah. Ketika itu, orang Melayu mampu menerima kedatangan mereka kerana tidak terdapat ancaman dari mana-mana aspek walaupun orang Melayu ketika itu tidak lagi terlibat secara keseluruhan dengan aktiviti ekonomi bersifat komersial. Kebanyakan komuniti Melayu ketika itu mula meninggalkan kawasan-kawasan estet dan lombong yang telah didiami kaum Cina dan India dan meneruskan kehidupan mereka di kawasan kampung dan perdalaman dengan aktiviti yang lebih bersifat sara diri. Punca tiadanya ketidakpuasan hati di kalangan orang Melayu walaupun tidak lagi terlibat dengan ekonomi komersial ketika itu adalah kerana bangsa Melayu telah diomongkan sebagai ‘Tuan’ kepada Tanah Melayu, ditambah pula mereka dibenarkan terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan pentadbiran dan politik. Di sinilah bermulanya juga fahaman ‘Ketuanan Melayu’ yang masih lagi menjadi sebutan dan punca perbalahan yang wujud kini. Pada era pra-kemerdekaan, landskap negara telah mula berubah. Orang-orang Cina dan India tidak lagi hanya terlibat dengan aktiviti perlombongan dan pertanian. Mereka ketika itu telah pun mula terlibat dengan perniagaan, dan tidak keterlaluan untuk dikatakan, mereka ini, terutamanya kaum Cina lebih maju ekonominya dari kaum Melayu sendiri. Hal ini berlaku kerana kerajinan kaum tersebut ditambah lagi dengan kecekapan kaum ini sendiri dalam selok belok perniagaan. Ketika inilah, telah bermulanya sedikit pergeseran kaum disebabkan perasaan iri hati dan salah faham, namun, tidak ketara kerana ketika itu, masyarakat tempatan lebih menumpukan perhatian kepada isu penjajahan British, dasar kolonialisasi, dan perjuangan ke arah kemerdekaan. Pada era ini jugalah, di sebalik pergeeseran antara kaum itu, telah wujud beberapa pergerakan yang menjurus ke arah perpaduan kaum iaitu wujudnya pakatan politik antara gabungan PUTERA-AMCJA yang menuntut kemerdekaan disamping lantang menentang Malayan Union dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Walaupun Persekutuan Tanah Melayu ialah acuan awal pembentukan negara kita kini, punca PUTERA-AMCJA menentang pembentukannya kerana ia membeza-bezakan kaum. PUTERA-AMCJA ketika itu telah pun mengeluarkan suatu cadangan perlembagaan mereka iaitu Perlembagaan Rakyat yang lebih bersifat perpaduan secara total berbanding Perlembagaan Persekutuan milik UMNO yang masih membezakan komposisi kaum. Jika ketika itu Perlembagaan Rakyat yang diusulkan PUTERA –AMCJA diterima pakai, mungkin hari ini, tidak timbul lagi isu perkauman kerana menurut perlembagaan tersebut, semua kaum di Tanah Melayu akan dikenali sebagai ‘Melayu’. Ini secara langsung akan menghakis perbezaan kaum antara kita kini. Namun, perlembagaan ini tidak diterima pakai kerana bercanggah dengan kehendak British ketika itu. Setelah mencapai kemerdekaan, tiada lagi wujud persoalan mengenai perbezaan kaum kerana ketika itu, masyarakat sedang menikmati sepenuh-penuhnya kemerdekaan yang baru dikecapi.

Pada era pasca-merdeka, setelah lama berbulan madu, akhirnya keharmonian kaum di Malaysia mulai retak apabila berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Latar belakang peristiwa ini ialah rentetan dari kejayaan DAP-GERAKAN yang berjaya menafikan majoriti 2/3 milik Perikatan(UMNO-MIC-MCA) dalam pilihanraya ketika itu. Akibat dari perarakan oleh DAP-GERAKAN untuk meraikan kejayaan mereka itu, orang Melayu mula terkesan dengan tindakan mereka yang turut menggantungkan penyapu di kenderaan mereka sebagai simbolik kepada ‘menyapu bersih’ kerusi di Parlimen. Namun, orang Melayu turut menganggap perbuatan penyokong DAP-GERAKAN itu sebenarnya bertujuan menghina kaum Melayu iaitu ingin menyampaikan mesej ‘menyingkir’ kaum Melayu. Ekoran dari itulah, timbulnya perasaan marah orang Melayu lantas mengambil tindakan menyerang balas dengan berkumpul pada 13 Mei 1969 di hadapan kediaman Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato’ Harun Idris dan bersenjatakan parang dan pedang. Dua orang lelaki berkaum Cina dikatakan telah dipancung pada jam 4.00 petang oleh puak Melayu dan setelah tersebar berita itu, maka bermulalah pertumpahan darah antara Melayu dan Cina di sekitar Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, kawasan-kawasan di luar Kuala Lumpur seperti Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, dan Perak tidak terjejas dan tidak mengalami rusuhan kaum ini. Akhirnya, negara diisytiharkan berada dalam keadaan darurat dan undang-undang ISA untuk mencegah keganasan telah diguna pakai.

Kini, setelah 16 Mei 1969 menjadi lipatan sejarah, kita masih lagi dihidangkan dengan isu-isu perkauman. Masih lagi berkaitan dengan fahaman politik, namun tidak lagi selantang dahulu. Telah ada kesedaran dari semua pihak tentang pentingnya sikap toleransi antara kaum, namun yang demikian, pergeseran tetap wujud. Permainan kata berbaur perkauman masih lagi meniti di bibir pemimpin-pemimpin politik yang mempunyai kefahaman sempit dan tidak menyedari betapa pentingnya perpaduan dan sikap toleransi antara kaum. Hampir berlaku pergolakan kaum apabila sedikit masa dahulu, seorang pemimpin politik dengan lantangnya menggelarkan kaum Cina sebagai pendatang. Terdapat juga penulis blog yang ditahan di bawah akta ISA kerana mengeluarkan pernyataan yang dianggap menggugat keharmonian kaum. Namun, diatas inisiatif dan tindakan pantas pemimpin ketika itu, keadaan mampu dikawal. Kini, banyak perubahan mampu dilihat. Parti-parti politik seperti DAP misalnya, tidak lagi memainkan isu perkauman. Wujud juga parti politik yang ditubuhkan bukan berdasarkan perkauman. Perkembangan sebegini adalah sangat positif.

Setelah lebih separuh abad kita merdeka, secara jujurnya, perpaduan sebenarnya dilihat masih belum dapat dicapai sepenuhnya. Sering menjadi persoalan, mengapa setelah sekian lama merdeka, masih lagi belum dapat kita melihat masyarakat kita mampu bertutur dalam ketiga-tiga bahasa utama di negara kita; Bahasa Melayu, Mandarin, dan Tamil. Alangkah indahnya jika ia mampu berlaku. Walau yang demikian, masyarakat kini dilihat semakin positif ke arah itu. Mungkin, suatu hari nanti, kita mampu melihat perpaduan sebenar dalam kalangan masyarakat. Perpaduan yang datangnya ikhlas dari hati, dan tidak memerlukan slogan ataupun retorik untuk menggerakkan perpaduan. Masih banyak usaha yang perlu dilakukan kearah sifar sentimen perkauman. Masyarakat sendiri perlu menghormati hak sesama kaum. Toleransi antara kaum perlu dimantapkan. Syak wasangka antara kaum perlu dikikis jika ingin mencapai perpaduan kaum. Generasi-generasi lama seharusnya memainkan peranan yang lebih positif. Realitinya, jika kita ke kawasan-kawasan kampung, golongan-golongan tua masih lagi seolah-olah berdendam dengan kaum lain. Misalnya, orang-orang tua sering kali mengungkapkan kata-kata seperti “Kamu jangan kawan dengan Cina tu. Jahat!”. Ada pula yang berkata, “Alah, itu Melayu, bodoh pun boleh masuk universiti!”. Hal-hal sebeginilah yang meracuni minda generasi baru dari mengenali kemanisan perpaduan antara kaum itu. Semoga, suatu hari nanti, kita benar-benar mampu berbangga sebagai sebuah negara yang harmoni dan berbilang bangsa. Mungkin, perpaduan sebenar hanya akan berlaku apabila suatu hari nanti, perkataan ‘perkauman’ tidak lagi wujud dalam kalangan masyarakat.