Monday, July 19, 2010

it's been a while, yeah?

it has been a while since my last post. bukan malas, tapi byk benda yg menghalang.. haha..

dengan akses internet yg terhad sepanjang cuti sem 2 bulan ( di mana aku hanya boleh surf tenet dgn phone je).. ditambah pulak dengan kerja-kerji (???), mane de mase nak ber blog..

huish...skarang dah masuk tahun ke dua di UPSI(di hatiku.huhu).. sampai2 di sini, aku sedar, betapa rindunya aku kat tempat nih.. anyway, it'll be a long journey ahead..

first thing yg aku noticed, byk improvement kat sini..alhamdulillah..

aku kagum dengan dewan2 kuliah yg baru..mmg WOW lah, terutamanya proton city..pergh..

hari pertama, aku tak masuk kelas dah..hahaha..penat weh.. hari kedua, aku masuk kelas minor kat proton..diikutkan, sepatutnya aku tak leh masuk kelas tu sebab silibus lama tak sesuai dengan program aku skarang..tapi aku mana lah tau..haha.. kelas tu mmg best.. dengan bilangan student yg sgt sikit..kelas tu sgt menarik minat aku...yg paling aku suka, the lecturer himself..
prof lim chee seng..mmg best..profile die bukan calang2, one of the panel member in choosing national laureate.. executive committee member of International Shakespeare Association, grad dari Oxford..gila bapak best!!! ini baru betul2 orang yang layak menjadi scholar! tp syg, aku tak dapat masuk kelas die dah pasni...haduih......... takpelah, takde rezeki..

minor aku literature in english...mmg menarik..sbelum ni aku tak minat sgt pun, sebab aku rasa, ape lah gune sastera2 nih..asal boleh communicate dlm english ckuplah, tapi ternyata meleset..aku mula sedar pentingnya sastera membentuk sahsiah manusia..betapa sastera itu komponen yg tak boleh diasingkan dari bahasa..indahnya bahasa bila adanya sastera yang kaya..

bykkan baca satera, itu kunci untuk bangunkan sahsiah manusia yg lebih positif..
sains tidak membentuk insan, sains hanya membantu insan..sastera penuh dengan falsafah.. filasuf-filasuf agung dalam dunia ni tak lahir dari karya2 agung berbentuk sains, tapi karya2 sastera yg mengangkat mereka.. inilah antara sebab mengapa Al-Quran menjadi mukjizat agung Rasulullah SAW.. ayat2 Al-Quran itu suci dan indah, sampaikan penyair-penyair handalan Arab Jahiliah tak mampu lawan kitab suci ini, baik dari segi isi mahupun gaya bahasa.. karya agung yang turunnya dari Allah sendiri melalui wahyu-Nya..

bila sebut tentang peranan satera, realitinya, sastera sudah jauh dari kita, masyarakat Malaysia.. masyarakat kini lebih teruja dengan kemajuan sains dan duniawai.. tak salah, tapi dengan jauhnya sastera dari masyarakat, kita akan kehilangan roh.. kita tiada pengisian jiwa..kita tak mampu bertenang, kita tak mampu isi diri dengan halwa indah.. apa bukti satera ni penting untuk jiwa manusia?? mudah sahaja..org Malaysia suka tengok movie kan?? cuba banding apa yang kita rasa bila kita tonton filem macam Ayat-ayat Cinta, Lagenda Budak Setan, Pride and Prejudice, The Shining, etc dengan filem seperti Rempit, Rambo, Predator, Batman, etc lah... lain kan perasaan die?? filem2 yg diadaptasi dari karya-karya sastera ni lebih meninggalkan kesan..lebih mengubah rentak jiwa dan cara kita berfikir.. ramai yang akan cari pulak novel tadi untuk di baca..ini antara sebab kecil karya sastera ni sangat baik untuk jiwa..

aku tak setuju kalau ada yang kata buku motivasi lebih baik dari karya sastera.. percayalah cakap aku, baik mana pun buku motivasi, at the end, kita akan sedar, buku motivasi hanyalah berbentuk nasihat yang langsung dan direct..tapi sastera lebih berkesan sebenarnya,lebih nikmat, lebih masuk ke dalam jiwa, dan lebih memberi pengaruh dalam cara kita berfikir.. sekadar untuk renungan, kalau korang perasan, buku2 motivasi harganya jauh lebih murah berbanding buku sastera, kenapa?? sebabnya, buku motivasi tak lebih dari sekadar bentuk bisnes..dihasilkan untuk di jual, bukan untuk dinikmati, bukan untuk diperdebat, bukan untuk dihargai.. shakespeare tak tulis hamlet untuk dijual sebagai skrip, tapi untuk di turunkan kepada kita sekarang.. ini nilainya sastera..

ada jugak something yang korang perlu sedar, prejudis masyarakat terhadap 'orang2 sastera'.. cuba kita pergi sekolah menengah, pelajar aliran sains di anggap pelajar pintar, pelajar cemerlang, tapi kalau namanya budak sastera?? "kelas bodoh" kata cikgu.. tapi antara sedar atau tidak, pemimpin2, tokoh2 dunia yang berjaya hingga di anggap legend kebanyakkannya adalah dari aliran sastera.. weh!! Adolf Hitler tu seorang pelukis ok?! Ghandi dan Nehru pun bukan saintis..

teringat Miss Hashimah cerita dalam kelas dulu "if you ask the science students, what's the color of a litmus paper, they will answer : red and blue, but if you ask the art student,they'll say : it's pink and indigo..how true right? this is exactly how people of art see the world..

aku bekas science student dulu, dan aku harus akui, betapa bosannya zaman tu..aku pernah lari masuk kelas sastera sebelum cikgu halau masuk sains balik..haha.. tapi aku masih minat cabang2 ilmu sains mcm astronomi..yang tu sangat mempersonakan..

so, harapan yang sangat tinggi, agar kembangnya budaya cintakan sastera dalam kalangan masyarakat kita.. anak2 muda perlu kembali memandang sastera sebagai pelengkap hidup..kayakan diri dengan karya2 sastera.. nak cari balik karya2 satera?? aku suggest Amcorp Mall near PJ.. sgt best.. aku rasa macam syurga buku dlaam tu..sangat banyak buku2 berkualiti yang murah2.. kelmarin je, aku dah borong 5-6 naskhah.. sangat murah..vintage giler...huhuhu... member tanye: buku yang aritu ko beli pun tak abih baca lagi..hahaha..takpe, banyak masa untuk baca...

wahh...dah pukul 4 setengah pagi..kelas pkul 8 weh!!

wahai mata, layulah.. wahai hati, diamlah.. wahai akal, rehatlah... wahai Adam, TIDURLAH!!!

(p/s: Oh' Allah, Save Palestine, Save Muslims, Save Malaysia!! )



10 comments:

  1. akhirnye sawang2 di blog ni da dibersihkan..taniah!

    ReplyDelete
  2. ahhaahhaa..... ye, sesawang di laman sesawang perlu di nyah sawangkan..(???)

    ReplyDelete
  3. btoi.! quran pom x diturunkan direct tapi berkias2..

    ReplyDelete
  4. Adam,

    Don't know if you could still remember me...Cik Sharizad..I stumbled upon your blog & am very impressed with your scribblings here...in fact, am also happy to read about your new life...

    psst..Lim Chee Seng was my former Lit Lecturer..zaman kat UM dulu....very sempoi man kan

    ReplyDelete
  5. OMG!! it's you..hahahaha.. how can i not remember you when back then we've been such a trouble for you.. hahaha...

    prof lim, yes, indeed..he's a cool guy.. really like him..!

    how are you anyway?? are u still teaching in BB?

    (p/s:kenape masih "cik"?? bile nak "puan"?? XD joking... )

    ReplyDelete
  6. Adam...I've left BB....fweh!

    ReplyDelete
  7. haha...sounds like a great relief?? haha

    ReplyDelete