Tuesday, April 12, 2011

Top 10 fakta tentang kita: orang Malaysia

Orang Malaysia memang unik.. Pergilah ceruk mana dalam dunia nih, takkan ada punya perangai macam kita; orang Malaysia.. Regardless of the ethnicity, semua sama je..so, pada kesempatan ini, sebabkan aku takde benda sgt dah nak tulis..(tulis banyak2 isu politik korg muak pulak nanti..), aku pun decide, tuk buat list based on popular beliefs and observation aku sendiri.. =)

1. Sarapan pagi: kalau ikut pakar nutrisi, pagi2 kita perlu kan karbo, gula, dan protein untuk tenaga sepanjang hari..thus, selalunya dorg suggest cereal, pancakes, sausage and omelette bla2..tapi, ade kita kesah?? Kalau korg perasan, apa beza sarapan pagi dengan lunch, tea break, and dinner?? jawapannya: NON!! haha..nasi lemak, roti canai, karipap, teh tarik, mihun, nasi goreng, capati, tosai, wantan..name it..semuanya benda yg kita makan tak kira time pun. so, next time, if u think of breakfast, tak yah poyo2 fikir banyak...benda yg sama gak!!

2. Rokok: kalau ada kempen paling popular dalam Malaysia, mesti dapat kat kempen anti merokok..but still...it is just the same.. keluarkan fatwa banyak mana pun, takde sape amik port. tabiat biasa bagi orang Malaysia bila sebut rokok: lepas makan, wajib ada rokok kat mulut! Time masuk tandas, wajib ada rokok kat mulut! Time buat kerja, wajib ada rokok kat mulut! Time menunggu bas/train/taxi..wajib ada rokok! Tapi, bila amik gambar, tibe2 buang rokok..time nampak awek..tibe2 buang rokok..time mak mentua lalu, tibe2 buang rokok! hahaha..apahal mcm tuh??

3. Durian: musim durian kan sekarang?? Terus terang cakap, dalam dunia nih, takde manusia lain yg makan durian macam kita.. datang musim durian, amik kau!! beratur keta tepi jalan..tapi selalunya, yg beratur nih mesti mercedes, bmw, and dan yang sama harga dengannya.. yg naik moto honda cup, saga, kancil terbalik pulak..mesti bawak balik umah..pelik kan??

4. Haram Halal: yang nih kontroversi ckit.. untuk orang Melayu kita, kalau gi club, pub, dan sebagainya, ARAK minum, tapi bila letak babi depan mata: "sorry, kami tak makan babi..haram..(sambil meneguk beer)"...apekah???

5. Nasi: uniknya orang Malaysia nih adalah pada makanan ruji kita: nasi.. Cina, India, Melayu, Kadazan, Dusun, Iban, Dayak, Melanau, Orang Asal, Portugis, Baba Nyonya, Siam...sebut je..semua makan ansik! Termasuklah "Generasi Telawi" yg bersepah kat Bangsar, Hartamas, adn sebagainya..pakailah gaun, kot..rambut blond, hijau, biru..mulut berterabur cakap omputih...tapi kat tgn tetap nasi gak...tak caya, gi Telawi tgok..lpas puas berjoget kat club, semua pakat beratur makan Nasi Kandar Pelita..so..sapa yg tak makan nasi: get out of this country!! hahahaha

6. Jalan Raya: Sopan santun budaya kita..hormat menghormati amalan kita...nak lalu depan orang tua kena menunduk..tapi..bila naik je atas jalan raya..hamik kau!! pelik lah kenapa Jean Todd boss Ferarri tuh susah payah sgt nak cari pengganti m.Schumacher dlu..tak yah tgok kat litar Sepang, tgok je kat NKVE tuh ckup dah...kalau letak semua orang Malaysia masuk F1, aku rasa, podiom lepas nih kena strecth bagi besar ckit..semua mesti menang punya!!

7. Bola Sepak: Bola sepak Malaysia nih antara kecik dengan besar...tapi satu je tabiat yang tak bleh buang dari orang Malaysia: Mnang kena puja, kalah kena maki.. hahaha.... Kalau M.U, Liverpool, Chelsea or Barca kalah, tak kena maki pun...kan??? Defend habis-habisan..huhu

8. Bundle: Levi's beli dkat Mid Valley dengan Levi's beli dkat bundle mana mahal lagi?? Tentulah Mid Valley...tapi bila pakai, ramai yang lebih bangga pakai yang bundle...reason?? Original!! Made In America... Mid Valley punya Made In Taiwan...hahahaha!!

9. Minyak Wangi: haa..yang nih best... Burberry, Dunhill, Giorgio Armani, J.Lo, Polo, Gucci, DKNY...macam2 lagi bau yang ade...wangi2 semuanya.. Orang Malaysia taste memang tinggi dalam pilih perfume...tapi...... hehe...tak main arh Jusco or Isetan punya..one drop perfume ma!!! hahaha

10. Over-generalise: yang ni paling dekat sekali dengan semua orang; regardless of apa produk sekalipun, mesti ada satu bentuk over-generalise: beli Mee Cintan panggil Maggi, beli Ubat Gigi Safi panggil Colgate, beli Whisper panggil Kotex, beli Pepsi panggil Coke, beli Uphamol panggil Panadol, beli Twisties panggil Cheekadis, beli Drumstick panggil Cornetto..ape lagi yg ada dalm fikiran kita?? =)

Best kan jadi orang Malaysia?? huhuhu..we always have our own way in appreciating our life..

6 comments:

  1. Orang Malaysia ni degilnya sukar nak diubah. Kalau ditegur marah.

    Menariknya, tabiat atau typical Malaysians ni mungkin menghalang kita mencapai kemajuan mentaliti. Bagaimanapun, perspektif menarik yang boleh kita renung-renungkan.

    Tetapi kalau diubah semua ni identiti malaysia hilang atau tidak?

    ReplyDelete
  2. identiti tetap sama..pembawaannya mungkin berbeza..sama je macam kita tukar perangai...anda tetap anda..tapi, baik atau buruknya anda itu yg diperatikan...kalau bertambah baik,kan orang akan kata: berubah dah budak tu..=)

    nak capai first class citizen..mcm Japan, Korea, Singapore..banyak usaha kena buat...inagt, Singapore dan Korea dulu bukan lawan kita dari segi sosial dan ekonomi, tapi hari ni, kita telah jauh ditinggalkan..

    salah satu benda yg boleh ubah minda kita: bahan bacaan.. kalau masih lagi Metro, Mangga, URTV laris di pasaran..susahlah nak ubah..=)

    ReplyDelete
  3. idea n pendapat yang menarik... :)

    ReplyDelete
  4. hhahahahahaha....mmg best selalu...hahahaha....

    ReplyDelete
  5. 3. Durian: musim durian kan sekarang?? Terus terang cakap, dalam dunia nih, takde manusia lain yg makan durian macam kita.. datang musim durian, amik kau!! beratur keta tepi jalan..tapi selalunya, yg beratur nih mesti mercedes, bmw, and dan yang sama harga dengannya.. yg naik moto honda cup, saga, kancil terbalik pulak..mesti bawak balik umah..pelik kan??



    ** no durians for me** x makan durian.. hahahhahaha

    ReplyDelete
  6. minyak wangi burberry tu halal ke haram?

    ReplyDelete