Monday, January 9, 2012

12 Jam Menuju Perbicaraan

Saat ini aku sedang layu mata menunggu sahabat menjemput aku. Janjinya jam 3.. ada 30 minit lagi. Tulis sikit lah blog yang lama tertinggal.

12 jam lagi akan dihadapkan ke mahkamah AUKU; mahkamah yang minta maaf cakap: bodoh. Kenapa bodoh?

tahukah anda: mahkamah AUKU ini tiada set hukuman yang tetap. setiap kesalahan hukumannya sama saja. maka kalau kamu membakar universiti, hukumannya mungkin dipecat, kalau kamu membakar kertas periksa pun; hukumannya boleh jadi dipecat juga. kuasa yang terlalu luas diberi kepada penghukum; tak ada tanda aras, tak ada timbal balik.

bodohnya juga kerana tidak langsung menghormati perlembagaan negara; anda seorang diri. peguam tidak dibenarkan untuk melindungi hak anda di dalamnya. kalau mana anda berbicara sepetah mana pun, ia hanya formaliti. panel hanya akan dengar, kemudian habis air liur berbahas dan berhujah, jatuhkan saja hukuman.

"ini Universiti, bukan luar universiti, nak pakai peguam buat apa??". ye..silakan berfikir demikian. dah kena esok baru korang tahu.

adoi..mana budak ni??? aku dah letih tunggu ni!!

esok 9 januari 2012.. doa aku, biarlah 9 januari jadi tarikh terakhir AUKU digunakan untuk hukum mahasiswa.

tuntut hapus AUKU: akta bodoh menghina maruah mahasiswa.

2 comments: