Kadang aku ingin lari saja ke hutan, biar berkawan dengan mawas dan unggas yang takkan pernah berusaha untuk menyakiti hati satu sama lain.
Tiap hari, aku bangun hanya untuk melihat kebinatangan manusia. Bila aku sebut kebinatangan, aku tidak pula menghina kawan2 mawas dan unggas tadi, yang aku fahami adalah betapa manusia itu sudah hilang nilai manusia dalam dirinya.
Aku pernah di atas, aku pernah tergolek ke bawah. Bahawa berada di atas itu kadang indah, kadang leka, kadang luka.
Ternyata berada di bawah lebih selesa barang kali.
Akhirnya aku jadi manusia semula. Melihat rencam manusia-manusia ini dari kaca mata biasa.
Apa yang kamu cari dalam hidup kamu?
Kamu mahu namakah? kamu mahu mewah kah? Atau kamu mahu jadi dewa?
Kalau dewa yang kamu minta, dewalah kamu. Hebat!
Aku rela berasing. aku rela diasing. Diasing itu selesa juga. Cuma kadang, aku terpaksa jadi munafik, cuba jadi "manusia" seperti kamu, walau aku tahu kamu itu benarnya sudah hilang manusia kamu. Dan aku juga turut terpaksa hilang manusia, jadi binatang jua.
Haih.. apa ada pada nama? apa ada pada dewa? apa ada pada "manusia" kamu itu.
Benarlah kata Chairil, aku binatang jalang. Jadi binatang itu agaknya lebih kamu pandang mulia dari mahu jadi manusia.
Hiduplah kamu dengan nafsu binatang kamu. Hiduplah kamu dengan menyembah diri kamu. Aku biasa-biasa saja.
Aku selesa di sini.
berapa banyak kemanusiaankah yang aku harus ada untuk menjadi seorang manusia seperti Adam Adli?
ReplyDeleteAdakah aku perlu menurunkan bendera Perdana Menteri?
Adakah aku perlu berdemostrasi?
Adakah aku perlu ditumbuk berkali-kali?
Adakah aku perlu poyo mencari publisiti?
kerna adam adli adalah satu-satunya manusia (yg katanya sedang letih) sedangkan kami semua adalah anjing dan babi, jadi kami rakyat-rakyat bersatu hati akan berusaha untuk menjadi seperti adam adli. kami takmau jadi babi dan anjing lagi. tolong ajarin kami untuk menjadi seorang adam adli.
dan kalau Chairil Anwar masih hidup lagi, pastinya dia juga mahu jadi seperti adam adli. jika hajatnya untuk menjadi seorang adam adli tidak kesampaian, nescaya puisi2nya hanyalah berkisarkan tentang seorang adam adli.
dan percayalah, kami semua takmau nama, kami takmau kemewahan, kami takmau jadi dewa, kami takmau semua itu. kami cuma mahu jadi seperti adam adli.
ampun beribu-ribu ampun sembah anjing dan babi harap diampun. perkenanlah hajat kami wahai adam adli.
God help me, I want to be adam adli
My children want to be adam adli
Your mama wants to be adam adli
The punk rock scene wants to be adam adli
The goth kids want to be adam adli
Jim Jarmusch wants to be adam adli
Leonard Cohen wants to be adam adli
Bob Dylan wants to be adam adli
adam adli, number 1!
adam adli, have my son!
adam adli, we will follow
From Perlis, down to Johor!
wan suhaili,
ReplyDeleteur sick?
apahal wan suhail ? jadi diri sendiri sbnrnya lebih baik... :D
ReplyDelete