Tuesday, May 8, 2012

Pendidikan percuma dan hapus PTPTN.

Tulisan ini agak panjang.. sila banyak2 bersabar.

"Gila hape mintak pendidikan percuma? Woit! Melampau sungguh!! dah la mintak pendidikan percuma, pastu mintak plak hapuskan PTPTN!! Mana kitorg nak cari duit poket?? Kau takpe lah! Anwar Brahim bapak angkat kau! Cilake punya mahasewel! takde PTPTN takde lah orang Melayu nak masuk universiti!! Pttuihh!!!"

Kalau korang tergolong dalam golongan yang seperti di atas, mintak korang berlapang dada, bertenang, dan aku terangkan sedikit demi sedikit kat korang.. kalau korang bukan macam yang di atas, korang di minta pula untuk tambah sedikit sebanyak lagi apa yang boleh dibincangkan di sini. Kritikan dialu-alukan. Caci maki dan carut mencarut lucah sila ke papagomo. Bukan di sini.

Pendidikan adalah percuma. Bukan barang dagangan. faham dahulu konsep ini. Ini bukan satu lagi konsep sosialis tak semayang yang korang takutkan sangat tu. ini adalah konsep yang dalam mana-mana metodologi pun wujud, termasuklah Islam.

Pertama: mudah sekali ambillah hadis Nabi.. Pendidikan itu satu kewajiban buat setiap insan; maka menjadi tanggungjawab bagi pemerintah sesbuah negara itu untuk menyediakan pendidikan kepada rakyatnya. Jika dibina masjid banyak2 supaya mudah untuk rakyat menunaikan solat (satu kewajipan), maka begitu jugalah perlunya sediakan pendidikan (satu kewajipan). Masuk masjid berbayar tak? begitu juga masuk tempat untuk menuntut ilmu..

Kedua: sebuah negara yang maju, faham bahawa matlamat akhir sebuah negara maju adalah apabila rakyatnya mampu mendapat segala macam bentuk kebajikan yang disediakn kerajaannya. maka ini membidas kembali kenyataan Khaled Nordin yang bukan sahaja kata tak mampu, malah kata pendidikan percuma idea yang tidak relevan.. orang macam dia ni layak dibuang kerana mengkantoikan wawasan 2020. pendidikan percuma adalah cita-cita setiap negara yang ideal. macam mana nih? negara kita tak ada cita-cita begitu ke?? takkan bermaksud negara maju hanya syarikat-syarikat dan korporat2 saje yang menikmati kekayaan negara?rakyatnya bagaimana??

Ketiga: pendidikan percuma bukan sebab negara hanya mampu, malah kerana pemimpinnya menghormati ilmu sebagai entiti mulia. ingat! Ilmu adalah antara perkara yang dibawa masuk kubur.. dua yang lain kita tak perlu bayar....kenapa ilmu perlu bayar?? ini lah yang gagal difahami oleh orang-orang yang menolak pendidikan percuma..(walaupun dalam hati, kalau PM umum sekarang, semua bersorak..hipokrit). di negara lain, yang majoritinya pula negara kapir...pendidikan percuma bukan kerana mereka mampu, tapi kerana mereka menghormati ILMU SEBAGAI BUKAN BARANG DAGANGAN. ini memalukan Muhyiddin Yassi yang kata, pendidikan adalah perniagaan yang menguntungkan. kenyataan ini bukan sahaja teruk, malah menjijikkan.

Terakhir sekali, bukan tiga negara sahaja yang memberikan pendidikan percuma bak kata Najib Razak, sebaliknya tak kurang 20..contohnya: Barbadaos, Cuba, Brazil, Belgium, Jerman, Crotia, Denmark, Finland, Greece, Hungary, Kenya, Malta, Mauritius, Morocco, Norway, Scotland, Slovakia, Sri Lanka, Sweden, Trinidad and Tobago, Brunei, Turkey, Oman, Saudi Arabia...

So, tengok senarai di atas, berapa negara maju terlibat???? Jelas tentang pendidikan percuma, kita masuk bab yang lebih berat, PTPTN di bawah pula..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

PTPTN: perbadanan tabung pengajian tinggi negara. erti kata lain, khusus untuk mengepam dana untuk sektor pengajian tinggi iaitu IPTA dan IPTS.

sedikit makluman untuk yang tak faham: PTPTN ni, sama je macam bank.. takde sikit pun beza, kecuali dorg hanya buat study loan, tak buat loan kereta.. tapi baru2 ni, study loan ni pun dah bertukar jadi loan laptop pe semua jgak...

bila namanya loan atau pinjaman..maksudnya, ia adalah untuk menampung ketidakmampuan kewangan seseorang. tapi masalahnya sekarang, penggalakkan besar-besaran sedang berlaku. semua orang disuruh ambik loan ni, kan?? konsep berhutang sudah pun disalah gunakan untuk membuat keuntungan....

berapa interest korang kena bayar?
dah tengok dah surat sebenar bila hutang PTPTN perlu dibayar? pinjam RM48,000.00 jadi RM63,000.00..aik?? kata interest 3% je?? ye........dicampur dengan kos pentadbiran blablabla.....padan muka kena tipu!

tengok je yang kat bawah nih:



kenapa jadi begini? baiklah..mudah cerita: sistem kita hari ini adalah sistem pemodal... maksudnya, memaksimakan penggunaan setiap peluang dan ruang yang ada untuk membuat keuntungan maksima tanpa beban kerja yang lebih. ekonomi yang dipanggil ekonomi pemodal dan laissez-faire.. yang akan membuat keuntungan adalah orang2 terpilih.. dalam kes ini, PTPTN lah.. dalam negara ini, satu-satunya kompeni yang buat untung melalui "industri pendidikan" adalah PTPTN.. maksudnya, berlaku monopoli.. monopoli sangat tidak baik untuk perkembangan ekonomi... itu satu..

kedua, adalah menjadi dosa kering apabila korang percaya kepada fitnah yang mengatakan PTPTN adalah jasa kerajaan... PTPTN tidak mendapat suntikan dana dari kerajaan ok? PTPTN juga meminjam dari banyak institusi kewangan lain..termasuklah antara yang diketahui adalah COMB sebanyak 2.2billion. dan mereka perlu bayar balik dengan faedah...so, kalau nak buat untung, kenalah double triple kan faedah tu ke atas peminjam balik.. tu yang korang kena bayar tinggi balik. faham?

PTPTN juga menggalakkan penyelewengan apabila terlalu banyak stake holder yang bukan2 terlibat. cuba check akaun korang awal2 sem.. mesti hilang 30 ke 50 ringgit..mana pergi??

So, keperluan untuk menghapuskan lintah darat ini perlu.. hari ini, korang tak rasa pape..tapi bayangkan, bila korang dah berkeluarga, dah berumah tangga, dah beranak.. tempoh bayar balik ada yang mencecah 25 tahun.. hari ini, mak ayah kita tak perlu bayar PTPTN..yang bayar kita je.. tapi bayangkan, lepas ni...generasi berhutang dah masuk lapis kedua (kita lapis yang pertama sejak 1997)... korang dengan anak korang time tu boleh berkongsi kereta untuk ke bank-bank berdekatan untuk bayar hutang sama2... kesiannnn......berhutang sebab apa??? sebab nak belajar??? tu je??

macam mana nak hapus tanpa jejas situasi dan perjalanan semasa?

Kadang2, korang ni serabut kepala otak banyak sangat... dalam negara ni, ada 20 je IPTA.. ingat kerajaan tak mampu ke bagi yuran korg langsai?? mampu sangat..saje taknak...supaya korang berhutang budi..tu je.. so, hapus PTPTN, tak jadi masalah buat IPTA.. bila dah takde yuran, korang nak buat apa duit PTPTN? nak beli Blackberry or iPhone?? ok..ok..nak duit makan ek??

macam mana kalau aku cakap: federal (kerajaan persekutuan..ala, yang duduk dkat putrajaya tu lah!) government tanggung yuran pengajian... manakala, macam mana pulak kalau state government pulak tanggung kos sara hidup yang sudah pun diminima kan?? kalau sebelum ni, yayasan negeri perlu bagi 3 ribu untuk seorang pelajar, bila yuran dah free..yayasan hanya perlu bagi seribu je seorang...asalnya boleh tanggung sorg je, kan dah dapat tanggung 3 orang plak anak negeri?? nampak tak? angan2 mat jenin?? time anak2 SITC jerit "merdeka" dulu pun, itulah ayat British guna.

itu IPTA.. macam mana dengan IPTS???

baik..IPTS tak mampu beri pendidikan percuma, kalau ada IPTS yang bagi pendidikan percuma, sila buang aku ke luar negeri..ternyata aku gagal di sini...

IPTS ni satu lagi penyakit.. dulu sikit, skarang dah jadi sampai 400..tapi ye lah, dah terlambat untuk kita sesali... memilik negarakan IPTS sahaja lah yang bakal selamatkan nasib kawan2 kita di sana, tapi itu nanti kita bincang lain.. panjang perbhasan untuk itu..

satu2nya jalan keluar untuk selamatkan kawan2 mahasiswa di IPTS adalah dengan memastikan lebih banyak biasiswa oleh syarikat korporat yang dah buat banyak untung, serta pinjaman pendidikan atau study loan bukan lagi dikeluarkan oleh PTPTN.. study loan perlu dikeluarkan oleh bank2 lain dalam negara ni. memandangkan seperti yang aku jelaskan tadi, PTPTN meminjam dari bank lain, maka interst terpaksa digandakan. jadi, buat apa kita biarkan PTPTN buat untung begitu, sedangkan kita mampu je terus pinjam dari bank2 ini tanpa melalui PTPTN??? kan???

adakah ini satu mitos?? tidak... Bank Rakyat pernah buat study loan Al-Falah.. tapi jadi projek gagal sebab PTPTN monopoli sektor tersebut.. jadi, hapuskan PTPTN, dan bank2 lain boleh dengan selesanya tawarkan pinjaman pendidikan.. ini menguntungkan pelajar kerana akan berlaku persaingan antara bank2 yang terlibat. sekarang ni, monopoli kaw2 dari PTPTN...sebab tu dia tak peduli kalau interest tinggi pun....pelajar terpaksa pinjam jugak dari dorg.... kalau2 dah pecah monopoli tersebut...settle masalah.. bank2 akan berlumba bagi pinjaman dengan kadar paling rendah... untung siapa???? kita lah untung bila boleh kawal balik ekonomi kita...

so..boleh faham sikit2 tak bahawa PENDIDIKAN PERCUMA dan PENGHAPUSAN PTPTN itu wajar dan tidak mustahil?

harap tulisan panjang kali ni bantu korang faham apa yang dipekik lolongkan oleh 'mahasewel' yang korang dok kutuk selama ni...

kalau korang tak nak bantu generasi yang akan datang, biar kitorg terus bantu.. duduk tepi diam2 dan tak perlu menyalak-nyalak..

akhir sekali... aku tahu banyak lagi mekanisma yang dibentang oleh banyak pihak..rajin2 kan diri korang untuk gi forum2 berkenaan.. aku tulis di sini adalah resepi yang aku fikirkan sikit2 melalui panduan2 yang kitorang bincangkan bersama dalam SMM.

Sekian, terima kasih. =)



46 comments:

  1. yang paling the best adalah turkey....sbb diorg x de minyak...wahahaha...kite ade minyak..tp diorg still beri pendidikan free.siap bawak keluar lagi....mane hilang duit ... wakaka

    ReplyDelete
  2. bayangkan..pendidikan percuma,orang sambil lewa je nak belajar (to those yang terasa)..and PTPTN is just an option i guess,the choice is still yours..just saying,no offense :) *lalalala*

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. panjangnya....skip je baca..huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. so, thanx Adam 4 this article ! so annoying pulak bila ada pihak yg ckp "x stuju ptptn mansuh" tny sbb "bygkanlah kau berhutang dgn org then kau x byr" =.=" alaahaiii... :)

    ReplyDelete
  6. its true what you are trying to say..mentaliti orang melayu hari ni,semua benda nak mudah.betul?
    kalau pendidikan itu percuma 99.9% orang melayu khususnya akan jadi bangsa yang lebih malas.even now dekat ipta pun golongan macam ni ada..so dimana cara untuk selesaikan masalah ni?bagilah bergelen-gelen nasihat,it works for just a few days..sekarang pun orang melayu dah malas even yuran pengajian kena bayar,kalau yuran pengajian tak kena bayar,agak-agak dorang boleh terus jadi rajin ke????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg malastu biasanye anak orang kaya. yang dah kaya, pastu ditambah dgn pendidikan percuma. makin lemak lahh kan.tapi, persoalnnya di sini, ramai kerr anak orang kaya.. secara logiknya, penduduk majoriti malaysia is melayu, so, mmg padanlah kalo RAMAI melayu malas. wuutttt -.-'

      anyway,time zaman khilafah dulu pn ade je pendidikan percuma.

      p/s; Kiamat semakin dekat. Umat Islam, bertelagah sesama sendiri. Syaitan, bersorak sorai.;c

      wallahualam ...

      Delete
    2. Based on reality at school. When everything is free, students jd xhargai pendidikan. Jgn tgk sbp. Tgk sekolah harian biasa. Majoriti bdk2 melayu yg dtg sekolah boleh dtg dgn otak kosong..tgn kosong. Apa susah...bkn kena byr pun. G skolah nk jumpa kwn je. Bkn nk belaja. Sebab apa...sebab tetlalu dmnjakan oleh sistem. So...in my opinion...nk masuk ipta xblh la free mcm tu je. Jd la nnt mcm bdk2 yg kat skolah ni nnt. Xreti bersyukur. Ko nak free..dptkan pencapaian terbaik. Baru adil kan. Kalu masuk u tp result cukup mkn je...mcm tu masih nk free ke? Tp bab monopoli ptptn tu betul. Sy sgtlah setuju jika monppoli ini dpt dipecahkn.

      Delete
  7. Kalau negara luar mampu, tapi kenapa negara kita tak mampu laksanakan? Mesia miliki banyak hasil bumi yang menguntungkan negara tapi rakyat tak merasa..pendidikan percuma bukan perkara mustahil bagi mesia..tidak kira pimpinan najib atau anwar, perkara ini boleh dilaksanakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa kita xmerasa.? org atasan yg duk kat putrajaya da sapu dulu der... ahaha

      Delete
  8. sangat lah setuju :) . bagi saya yang datang dari keluarga biasa terpaksa menolak tawaran ke universiti kerana pbelanjaan yang tinggi dan mak saya tak benarkan ambil ptptn sebab ada riba' .. if adanya pendidikan percuma mesti ramai rakyat malysia lebih berjaya.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. blaja la dulu..kan pastu bole buat pinjaman kat yayasan negeri..yayasan negeri siap bg percuma lg tk pyh byr kalau pointer mencapai apa yg ditetapkan yayasan.tknk pinjam sudah.da tu kalau dorg bg pinjaman percuma tu pastu dok bising duit tu dtg dr sumber haram.amek duit dr sumber tk sah.bkn riba n sumber tk betul tu=haram ke?

      Delete
    2. aduhai..awat sempit bebeno pikiran..kita kn ada biasiswa.. xnak amek ptptn xpe. sy pon xmampu. x amek ptptn pon. tp kjaan negeri kn ada biasiswa. KALAU pon Msia bg pdidikan pcuma, SUMBER duit tu agak2 dtg dr mana? duit cukai kasino kat genting nuu diorang xguna buat beli baja ayam tau. ;)

      Delete
    3. HAHA -.-' Malaysia nih kaya dgn hasil bumi la -.-' Masya-Allah, tak belajor Sejarah ker -.-? xx

      Delete
    4. Hujah yg bgs untuk tarik hati org. Tp blm ckup berasas dan xda fakta yg kukuh. Cma membakar smgt untuk melawan . Banyak mengkaji tntg org melayu dulu sblm berhujah. Idea tu da menarik. Bg glgn yg btl2 usha untuk brjaya ia akn brsngh2 untuk bljr n convert kn pnjmn dia pda biasiswa dn mngunakn wit pnjmn tu pd bnda yg lbh brfaedah. Berlajar dah ckup tinggi. Ptt fkrn lbh matang untuk cari jln n cara yg lbh brns untuk mnguruskn diri

      Delete
  9. Adik-adik..i nak bg pendapat sikit la ye...masa u all dapat offer blaja dlu, ade x kt surat tu tulis yg PTPTN tu WAJIB?i don't think so cz mine its an OPTION..not COMPULSORY..u can always choose rite..and talking about free edu and comparing it with other countries..FYI, sume tu negara BERPENDAPATAN TINGGI..as for MALAYSIA, kita baru nk menuju ke sana..that's why we're working towards WAWASAN 2020..so i suggest..for those yg still schooling..blaja btul2..get a good result..u dun need free edu..scholar will come to u..easy kn?knp nk kne debate for something yg idealism dia dtg dari assumption and percakapan mulut?unless if any research have been DONE, AGREED and ENDORSED by PROFESSIONALS and EXPERTS..than free edu dah lama can be implemented dr dlu lg..so baik blaja..work hard so ble sm2 bwk income for our nation and when u all dah wat sume tu, br u consider blk of giving free edu to next generation okay...

    ReplyDelete
    Replies
    1. by that time dah terlambat le akak/makcik oii... biarlah adik adik ni nak perjuangkan benda yang dia rasa betol.. takkan kita nak biar adik2 yg berjuang ni merasa menyesal seumor hidop bila dah tua nnt, bila mereka terpaksa berhutang separuh hidop untuk langsaikan bisnes riba ni... yang tanak berjuang lihat ajelah, nk komplain pon komplain lah tapi bagi saya, perjuangan untuk kebaikan tidak perlu 'dikondem' semata2 idea politik yang bercanggah.. tp aku rasa tak elok jugaklaa melalak atau mogok yg takk tentu pasal... sediakan rangka kerja dan post kan pada media massa tp bukanlaa 'media2 sampah'..sekarang ni banyak je media yg berpotensi untuk publish rangka kerja korang yg detail..will wait for that and slamat berjuang (secara aman pls)

      Delete
    2. btul bg dorg tp secara meluasnya x btul utk ape?why ptptn?knp u all xnk start with a smaller scope like unisel or kuin?don't talk about bigger things when the smallest u can't handle..and don't be bias..soal hutang seumur idu tu maaf la saya x setuju..soal riba..its only 1% and i highly think it is accepted lg..my question is..knp xnk blaja rajin?cz u can't when u lebih focus utk wat demo sume ke?where sume badan pinjaman pendidikan ade kelebihan for sume yg study hard?klu dah keje..nak gaji beribu2..xkn la nk commit byr ptptn skit pn nk bising?u all can spend on load of things for your daily expenses..tolak rm50 for ptptn pn xble?masa sign surat akuan janji xkn x baca kot..pakai sign sbb nk duit je ke?

      Delete
  10. We are still a developing country and not yet developed. We should consider how the government is going to get the fund to provide your idea of free education and PTPTN being abolished. Malaysia might choose to fund it through either taxation and borrowing. An increase in tax, either direct tax or indirect tax will have the same effect on paying for your education and PTPTN. Assuming you pay your PTPTN about RM2000 per year, and government decides to increase your direct tax for everyone rm1000 and then indirect tax on certain goods which results in an increase of expenditure of RM1000, wouldn't that be the same as paying your PTPTN? What more, an increase in taxes is for indefinite years while PTPTN is for a certain period. Besides that, if government decides on borrowing, it can be either by selling security/government bonds or borrow from other countries. If government decides on borrowing by selling security or government bonds, it will result in an increase in money supply and then inflation where general prices of goods rises. If government decides on borrowing from overseas, government has to pay back with high interest rates. Countries like Africa are having trouble to pay back their borrowing since their GDP itself is less than the interest needed to be paid. Greece needs bail out constantly now because they too cannot pay. What if it happens to Malaysia? Have you ever thought about that? And if you think what I said is wrong, you can google it.

    In addition, why is it so hard to pay the loan? Bukannya government suruh bayar everything at one go kan? Like the person above commented, if you study hard, you'll get scholarship. Let it be government or private sector. Even MARA loan lets you convert it to scholarship if you do well. Kalau belajar pun asyik ponteng class, effort 5% but nak free education je baik tak payah. Buang duit kerajaan, buang duit taxpayers.

    Please do not limit yourself to how easy life will be for you if PTPTN is abolished. Please do think about others too. I'm sure the extra money government has, they do not spend it on themselves but on other sectors such as healthcare.

    Lastly, do remember that PTPTN is an option not a compulsory. Pandai mintak nak pinjam, pandai bayar balik.

    ReplyDelete
  11. bila kerajaan bagi baucar buku rm 200 pun da kate kerajaan pakai duit rakyat la,kerajaan tk amanh la,kerajaan itu la ini la.tp yg duk mintak kerajaan bg pelajaran percuma tu tk pikir plak dr mane kerajaan nk tampung belanja korg?da sape nk pinjam tu pinjam la.tknk pinjam sudah.tk paham aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kasih baucar buku tu. really membantu. need a help, nk tnyla.. baucar buku tu tiap2 sem ke pelajar Uni dapat..

      Delete
    2. soalan tu bukan perli tau. tapi mmg nak tau. kalo ye, alhamdulillah sangat2. kalo x, err.. can I assume it as a propa..

      Delete
    3. erk... RM200 sekali dpt seumur hidup nak kecoh... >.<

      Delete
  12. salam...
    - point2 ko aku agk stuju tp bila krajaan dah bg plajaran free. dgn mentaliti rkyat mlaysia kita yg skrg ni bila dh dpt brg free. adakah bebudak msa kini akan manfaatkan sbaik mgkin? pe yg mrisaukn aku bila plajaran diberi prcuma mreka tdak akn brusaha dgn ggih dr segi pelajaran. mreka akn cnderung utk wat ala kadar shaja. krn mreka tahu even diorg ggal pun diorg xde pape beban utk dtanggung. mksdnya tiada hutang prlu dbayar. jd isu mcm tu mcm mna plak utk kita bendung?

    - ko blh tlg jlaskan knapa MARA hnya wujud dlm IPTA dan knapa xde dlm IPTS?

    ReplyDelete
  13. hi all , im graduated and now still paying my PTPTN .so im not the one that pandai pinjam pandailah bayar right? By the way MARA tak wujud di IPTA it is only offer in IPTS (pelik sekejap dengan statement atas) ..Im support free education for all citizen ,besides what Adam's said as above for Muslim we have:
    1) duit zakat for muslim ...mengikut laporan kutipan zakat negeri selangor utk tahun 2010 ialah RM336.8juta (http://www.e-zakat.com.my/terkini/pencapaian-kutipan-dan-agihan-zakat-2010/) ..sewaktu saya belajar bantuan cuma RM800/semester , kutipan tadi untuk satu negeri , ada 14 negeri lagi , jadi anggarkan 330m x 14 :4620M (kena ingat ini cuma zakat fitrah belum kira zakat emas, pendapatan, dll) dan bagilah kepada semua pelajar Islam , bila dpt duit zakat ini secara maklum dia akan ada rasa bertanggungjawaban sbb orang kitakan bila bab agama dia akan ada rasa kebersalahan tinggi ..secara rasmi dia guna untuk belajar (itu dari segi pyschology) settle bab yang ckp dpt barang free , lagi tak study ..bila semua muslim student dpt duit zakat dia pasti ada rasa takut nak arah duit dia ke clubbing.
    2)how bout non muslim? since muslim dah dpt duit zakat --there goes kerajaan pusat yang ada duit tax sana sini untuk bagi sponsor pendidikan percuma ..so balance kan. Sources kita banyak , kita target 8 tahun lagi menuju negara Maju , dah yang ckp kita masih bukan negara maju tu saja buat Tun M merajuk apa ?? kita boleh kalau duit tak tiris sana sini
    3)Dari segi mengurangkan kolej swasta dari nak bukak lagi mcm cendawan lepas hujan dimana mereka penyebab kos tinggi dan pendidikan tak kena gaya (maaf ckp, berdasarkan pengalaman rakan, pemilihan pelajar bukan setaraf dengan kelulusan janji untung sahaja) , perkasakan kembali STPM , saya percaya STPM ini nilai kos kendalian murah tp dengan syarat pastikan lepasan STPM dibagi first priority ke universiti ,bukan cicirkan mereka sampai kena buat rayuan bagai. bila placement universiti dah confirm buat apa nak masuk kolej .alasan mereka masuk kolej sbb nak short cut jalan agar peluang cerah ke universiti jadi tak ramai umat msia buat pinjaman pendidikan dari umur 18 thn lagi.

    for me the issue not about kau nak pinjam pinjamlah , kalau tak nak kau punya pasal ..nope , government should show alternative and how to help sbb PTPTN ni mula tahun 1997 waktu KLCC dibuka 1997 ..kita gembira di satu sudut dan kita kena menangis di sudut lg satu ..zaman parents kita dekat universiti on 1960's boleh free time takde petroleum (which discover 1974) kenapa tidak hari ini? setiap yang belajar akan tahu tanggungjawab masing2

    sorry adam panjang sgt aku mengomel

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4620 / 5 = 924...dlm 5 juta org bleh dpt rm924 per year..rakyat malaysia ade lebih kurang 28 juta..let take half for 14mil half of rakyat malaysia..4620 / 14 = rm 330 per annually..let say 1 person from IPTS fees is rm30000 with 3 years study..that mean u need rm5000 per annually

      Delete
    2. Thank you very muchhh 4 supporting adam adli.... ;)

      Delete
  14. all comments are greatly appreciated.

    Isu student malas kalau dapat free edu tak patutnya wujud. persoalannya beginilah:

    sekarang ni pun, siapa yang dapat first class degree tukar jadi biasiswa. jadinya, wujud pula sentimen: kau ni belajar pandai2 nak dapat first class degree sebab nak free ek??

    tak ke kesian kat kawan tu...

    so, bila education is free and fair for everyone..takde yang dibeza2kan..semua peluang yang sama, sapa yang masih gagal tu, terang2 dia mmg tak nak belajar, and sapa yang berjaya maksudnya orang itu betul2 nak belajar. maka nilai ilmu bukan lagi diukur melalui ganjaran, sebaliknya passion dan minat mereka sendiri..

    tu aku punya pandangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry ye adam..i rasa soal sentimen tu xbrp nk berasas..biarlah org nk ckp ape pn..u blaja rajin2..takat kwn2 nk ckp..ape la sgt kn compared to what u can get..dh la blaja pndai..dapat scholar and insyaAllah kerja pn bgs kn?so why must we care if ade org nk ckp "kau ni belajar pandai2 nak dapat first class degree sebab nak free ek??" bg saya..xde ape yg nk dikesiankn utk statement2 cmni..clearly nampk yg org ckp mcm tu hanya dengki dgn kejayaan org lain..

      Delete
    2. i dont see whats wrong with "belajar pandai pandai nak dapat first class degree sbb nak free ek"?apa salahnya?its a good enough incentive for you to study and get good marks..
      takkan kita nak belajar nak jadi bodoh?bukannya dia bagi free only if markah kita rendah,now thats wrong.

      Delete
  15. optimis laa sikit. klu x stuju ptptn mansuh, duk diam2 dah laa ! klu mansuh nti anak cucu korg jgk sng.. bsyukurlah. tak ka hati jadi sng bila yuran IPTA xda, yuran skolah rendah skolah menengah mansuh xda pun bising ? sbb KERAjaan yg umum yuran skolah xda, jd xda sapa nak bising, bila pembangkang smua nak gelabah ?

    ReplyDelete
  16. ok,basically theres a couple of glaring points that i want to point out which i wish you could answer me logically,since you are so hell bent on believing these two should be abolished, you should be able to answer it with substance, no?

    1) im looking at the pttptn bill picture u posted, im wondering,what is wrong with the picture, in which part did "kita semua kena tipu?".. using basic maths really, and just common sense, everyone knows that all quoted interest rates are on an annual basis(unless stated otherwise). so for a 50k loan with an interest rate of 3%, stretched over a period of 10 years(this is from my understanding the normal loan period of ptptn),u should pay back around 65k something like that,so 48k bayar balik 61k apa yang salah nya..so"padan muka korang kena tipu" tu is because ptptn lied to us, or you with your shockingly lack of understanding of normal banking system?

    2)i do agree with the notion that every country is able to give free education.heck,every country are even able to give free cars to its citizen.but is it worth it?yes maybe its true that 20 countries are giving out free education(im taking your word for it,please dont lie this time, ;)), but out of the 20 countries that you listed, are any one of those countries have a prominent university in their ranks?what you are talking about is quantity over quality.counties like germany who gives out free education and have several top notch universities in their country, are a very well developed nation.eventhough the govt doesnt charge for uni's. their private sector and other institutions are very well set up, private companies pumped monies into these universities, to boost up their r&d sector.so its a win win situation.but if we do that in msia right NOW!.ada ke company yg baik hati nak bagi duit?kalau kerajaan tak pump duit, siapa nak bangunkan universiti, of course kerajaan boleh bayar gaji, bayar maintenance uni, tapi with no outside income, takkan a large chunk of govt spending nak bagi kat uni jer, pembangunan lain malaysia siapa nak bayar..hence why govt charge a fee for the uni's, relatively low if you ask me, and provides assistance like ptptn for the unfortunate ones who cant pay.but since u want to abolish ptptn.i dont know lah.maybe some angels in the sky will help these poor students out i guesss.

    3) u talked bout al-falah scheme by bank rakyat, fortunately ive heard of this scheme before, so im well aware of the rates that they offered. if im not mistaken back then it was around 6% p/a. so awat hang nak marah org pilih ptptn over this scheme?its clearly charging more,u suka bayar lebih is it?bayar 3% marah, bayar lebih mahu?its a free market, the one offering competitive rates will always win..basic i dont know?basic common sense?

    and yeah, like commentors before me mentioned, the government didnt put a gun in ur head for you to take out the loan, so why the angers?its not like we were born with the hutang or something, nak belajar tinggi,nak masa depan lebih cerah, amiklah risiko sikit bro..

    4)and for you to say we shouldnt thank the fed govt for coming out with ptptn,because its not their money, is quasi wrong in my opinion..it is them that came with the policy, and honestly, without governement backing of the organization, what all these banks will want to loan ke to ptptn?obviously the govt acts as a guarantor to the loan...


    so yeah, i have a lot of other questions, but yeah,too lazy to type already. since u said that this should be discussed rationally, i really hope ull come back with some substance of an answer..thanks. :)

    ReplyDelete
  17. Sebab ilmu itu kewajipanlah maka kita diwajibkan untuk keluar dan mencari.

    Siswa Warisan #PTPT-PU

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum wbt

    selaku pnuntut ipt,aku x rs dgn mberi pndidikn pcuma kpd rkyat akn mbt student mls nk blaja sbb x diikat dgn tgjwb hutang itu.bg aku yg nk blaja ipt tu lbh baik dr mmbuang ms mbuat bnda yg xde faedah.dan aku akui jgak xsmua yg msuk ipt mmpunyai niat tok blaja,stgh mgkin sbb dpksa or ikt2 kwn.yg mjd mslhny skg,dgn tllu byk ipts yg tumbuh mcm cndwn lps ujan serta tmpt yg trhad di ipta mmbuat student mmbuat plhn tok blaja di pts.ok,dgn hujah mgatakn dgn mansuh ptptn,student jd mls,aku reject hujah tu sbb ble da blaja,atleast student ad tgjwb kt diri dan kt parents.dan klo blaja pndai2,bole jd biasiswa,hm,aku xrs student smua pndai2,maaf jika ad yg tsinggung,tp btul kn?dan klo smua pndai2 kompem2 la jd biasiswa dan 1mslh jgk sbb jd pkara yg sama jd ble krjaan tpksa tgg smua bijak pndai.tp bpijak kpd realiti,i think not.cbe la tgk cmne krjaan nk handle gjala mrokok,tmpal poster,banner,iklan ap smua,xjd jgk.last2 harga rokok di naik kn,dr taon ke taon.krajan jgk yg untung.ap hasil ny?dgn punca rokok tu la student xjd pndai,dan sbb tu krjaan bhujah,blaja pndai2 bole la tkr loan kpd scholarship.pdhal rokok tu pn dsumbat kmulut student,dgn harga rokok mhl,mcm mne la student nk pndai2 hehe.yg sokong bg ptptn tu trus wujud nie mst pk kn jgk faktor knp student ssh nk pndai2 hehe.ap yg baik dtg dr Allah dan yg buruk dtg dr aku yg naif...

    ReplyDelete
  19. aduh berdasarkan pengiraan mcm ni yang adam mintak free mmg tak lulus la..hmmm study bebetul la org lain berharap ni..

    ReplyDelete
  20. aku tak penah plan nak amek ptptn masa mula - mula amek degree dulu. aku taknak berhutang. tapi bapak aku suggest ambik. BAPAK aku cakap, nanti ko dah keje, ko bayar la balik. orang lain boleh bayar, takkan ko tak boleh? - kata bapak aku.


    bila aku fikir, usia muda dah ada hutang, tension jugak. tapi takpe, aku fikir, blaja elok - elok, keje nanti bayar la balik.


    Aku tak penah fikir nak dapat pendidikan percuma. There's no such bullshit as free lunch in this world. Everybody work their ass out to gain what they want.


    Tengok la tenaga buruh kita macam mana. Berapa banyak sepah bangla indon kat sini. Kalau weekends aku kua gi mana - mana sometimes aku rasa aku kat pakistan bangladesh dah. As much as we make our money in this country, does it ever occur to you how much our money goes out from this country as well?


    Itu baru aspek pengaliran kua wang kita ke negara luar. Belum aspek lain. Tengok aspek yang mudah pon dah nampak.


    Aku bukan budak pandai. Result takde la gempak - gempak tiap sem. Bukan jugak orang kaya. Keluarga aku bese - bese je. Tapi apa yang aku nampak, tuntutan pendidikan percuma ni agak tak relevan.


    Kalau pendidikan percuma, sapa nak cover gaji cikgu? Sapa nak bayar letrik? Sapa nak bayar tukang kebun? Sapa nak bayar gaji lecturer?


    Memang, memang ilmu itu percuma. Tapi kena ingat jugak. Nak pastikan penyampaian ilmu tu mampu mencakupi semua bidang dan aspek boleh ke nak buat secara percuma?

    Nak memperkasakan orang - orang yang jadi penyampai ilmu tu ingat guna bulu kaki ke? Guna duit jugak.


    Kalau pendidikan percuma, kita belajar macam kat Afrika lah. tules - tules atas batu ngan kapur. Pendidikan percuma la tu.

    Boleh?


    Just face the reality lah. Banyak je budak - budak skang yang nak datang kuliah pon malas. Assignment pon lambat hantar. Bagi pulak free education, lagi lah haru.


    About MARA, diorang memang tak bagi dah loan or scholarship untuk student IPTA. sebab dorang anggap kita punya amount tu terlalu kecik. rugi.


    Manusia, manusia. Semua nak free. Tough la sikit! Jangan loser sangat, okay?

    ReplyDelete
  21. ak xnak amk ptptn mse study tpi kalau ak pnjm mara...sblum dpt loan ak kne byr full payment yurn by sendirian berhad,igt mak abh aku cop duit kerr..pas2 nk xnak kne jugk pinjm ptptn..ni adalh pilihn terakhir aku yg dah cri tmpt lain nk pnjm tpi mmg xader..sape kate ptptn adlah pilhan nk pnjm xnak pnjam..kmi kne pnjam kott..uni kami hanya akn kenakan cas rm150 sbulan klo pnjm ptpt kalo pnjm mara kne byr full yurn sndri smntre tggu loan lulus..pas2 agak2 kami ade pilihan ker..terpakse jugak pnjm ptptn2...

    kalau nk bgi free education mmg amtla tpi mestilah ade syrt2..sme mcm pnjm loan atau masuk uni..so semua org akn belajr rajin2 untuk pastikan dpt free edu..tpi xsemua org study rajin2 dapt score..semua org xsame..so xboleh nk dpt scolar..jadi if ade free edu nie lbh adil untuk semua mnntut ilmu kan..

    ak tau rmaije kwn ak xsmbg study sbb xde duet nk byr..ptptn pon dorg xmampu nk pnjam..so mne adilnye pnjm ptpt semua boleh blajar..
    macam korg semua xpernah masuk u jer..mule2 masuk semua kne byr mcm2...hbs segala bagai harte bnde mak ayh gadai..bgi yg kaye2 tu sngla pnjm je ptptn xde masalah...smentare mak ayah boleh support..

    ak smbg study lpas ak kje..so dpt support duit smntere loan ptptn yg lmbat nk mampuih2...kalo duit ak dah hbs nnti ptptn xlulus2 lgi mmg ak xsmbg la kan..
    sape kate sengje pnjam ptptn..yg kaye2 bolehla cakap..
    ade kwn aku kne buat rayuan sane sini trun naik jumpe management tok hold yurn die sbb die xmampu nk byr yurt semntara pon..
    die xdpt nk pnjm dgn ptptn pon..nk byr bulan2 pon xmampu..
    kalau ade free edu ak rse adil untuk org yang xkaye rye..mesti lgi ramai ank miskin yang ade minat nk belajar dan ade usaha dpt smbg belajar..ni dri pngalamn n pndapat aku..xsemua org boleh dpt scolar walaupun bijak pandai..sekian..

    ReplyDelete
  22. Hai. Maybe lambat sikit sedar post ni. Just nk cakap yang kita cuma kena bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan merungut tak tentu pasal. Belajar rajin-rajin. Avoid all the demonstrasi yang mana-mana pihak buat. Life as a student, we need to act like student. Adam sendiri, sia-sia 3 sem sebab buat demonstrasi yang saya rasa tak relevan. Bukan berpihak pada mana-mana pihak, cuma, kita sebagai pelajar, tugas kita belajar. Bila dah grad, nak join politik, joinla. Ingat, dengan menyertai demonstrasi-demonstrasi jalanan tu, tak menyakinkan awak akan diterima masok ke dalam parti politik tu. Ramai lagi anak-anak muda yang tak dapat masuk universiti sebab kekangan hidup. Kita yang dah dapat menjadi pelajar universiti, bersyukur please ? Saye tanak cakap sangat pasal ptptn and pendidikan percuma ni. Ramai lagi yang lebih layak nak cakap soal tu. Ptptn for me, is a choice. Kau nak pinjam, pinjam. Lepastu bayar. Simple. Kalau nak jadikan biasiswa, belajar rajin-rajin and dapatkan keputusan kelas pertama. Simple. Tak timbul soal kesian atau berlagak.
    Okey ?

    ReplyDelete
  23. xpyh betekak sana sini...blaja je tingi2....mentality...omg...soal mn nk korek bayar lec...tukang kebun...bkn hal korg...taw la pemerintah nk wat cm ner nti...pendidikn percuma hny tawaran dr pembangkang,,,,pemerintah sayup lg la...apa yang ada sapu jela...kt sbg rakyat amek je mn yng baek...yang menguntungkan rakyat...xpuas ati vote penentu...sal ptptn caj bunga 2 xpatut la...nama pn pinjaman pendidikan...xkn nk caj bunga kot...education not for sale...skang dh jdik bisnes kroni...blajar agama skadar haid nifas jela...perjuangan xdk....bak kata khomeni..

    ReplyDelete
  24. Kalo pk blk.. kebnyakan yg ambek ptptn dkalangn org yg susah..bla da keje.. ada lg tanggungjwb tuk jg adik2 n parents... mna nk byr duit ptptn yg bnyk lg.. dh jd bebanan dkt situ... hutang tue ttp hutang.. tp kalo dpt dmnsuhkn.. kn bgs...

    ReplyDelete
  25. Pendapatan negara OMAN hanya lah dari perikanan. Mereka bukan mcm Malaysia, hasil bumi sgt byk seperti MINYAK,KELAPA SAWIT,GETAH,BALAK,PERIKANAN & mcm2 lg. Tetapi negara OMAN mampu menberi pendidikan percuma kepada rakyatnya.

    ReplyDelete
  26. senang citer,mcm saya, saya tak harapkan pendidikan percuma tapi PTPTN y digebangkan telah turun caj 1% pembohong je sume tuh..y x dicanangkan kat tv kena isi form bagai untuk melayakkan ujrah..kenapa masa tun M caj dr 4 terus turn ke 3 tanpa banyak songeh..skang 3 turun ke 1 isi form bagai dan akhirnya caj pentadbiran y dibayar masih rm40++ /month..canang kat tv bagai nak rak caj dah dikurangkan tapi T& C ade di canangkan...ABU## ABCD

    ReplyDelete
  27. kalau yang dah beranak pinak tu, masih tak mampu lunaskan bayaran balik,sampaikan dah ada anak,anak pun dah masuk U, pon blom habis lagi byar PTPTN. agaknya 3 generasi ,dari atok, mak dan cucu pun maseh blom mampu lunaskan...kesian,

    ReplyDelete