Thursday, August 19, 2010
Cerita sahur di pagi ini..(prejudis kita-orang Malaysia dan Melayu)
pagi td sahur dgn Tamrin kat Kafe Azizan.. 2nd time bersahur luar.. puncanya?? takde pape pun..saje tukar selera..
tapi bukan ape yg kitorg makan, apa yg kitorg minum, berapa harga makanan kitorg yg nak dicoretkan kat cni..tapi ape yg kitorg masing2 bualkan pagi td.. aku ada satu kegemaran, iaitu berbual berdua dgn Tam- seorang Iban berdarah Melayu Sarawak. seronoknye berbual dgn die nih adalah pandangan die ttg sesuatu isu tu; walaupun kadang2 detail sgt2 (sampai jadi bahan gurauan) tapi menarik klw dikupas satu persatu.. background kehidupan die byk bagi aku idea untuk berfikir.. cerite2 die, yg kebanyakkannye mngenai keluarga dan kehidupan die, somehow cukup sesuai untuk aku jadikan bahan berfikir.
pagi td berjalan seperti biase.. kitorg mkn berdua, bual2 kosong, hinggalah akhirnya (seperti biasa) masuk ke bab yang lebih berat dan serius- apa maknanya menjadi Islam di bumi Malaysia. menarik pandangan Tam bila dia kongsi betapa prejudisnya masyarakat terhadap orang Islam-samada Mualaff atau pun Islam-non-malay. bile di kenang, ditilik, difikir2kan..ada benarnya dakwaan Tam.. Islam di Malaysia nih, telah diMelayukan. hebatnya orang Melayu nih.. bayangkan, permulaan dakwah Islamiah dulu- orang Arab di Islamkan, tapi Malaysia ni hebat...Islam itu di Melayu kan.. asal namanya memeluk Islam,Melayu lah org tuh..
prejudis masyarakat terhadap mualaf, walaupun bukan semua Melayu mcm nih, tapi sedikit sebanyak masih berlaku-apabila mereka ini sering dicerca dan direndah2kan. direndahkan martabat mereka, seolah2 mereka masuk Islam kerana tagihkan duit zakat(mcmlah duit zakat benar2 diserahkan pada mualaf), nak hak keistimewaan, nak simpati orang lain.. Ya Allah..mcm ini ke Islam yang kita nak tunjukkan?? patutlah org Melayu sendiri ramai yg murtad.. tercemarnya budaya dan identiti Islam kerana prejudis masyarakat yang selalu anggap, Islam hanya untuk orang Melayu. perbualan kitorg nih tadi jgak bawak aku mngenang kembali peristiwa berdialog dgn seorang Mualaf yg cukup pintar bagi aku. berpeluh2 aku menjawab persoalan2 dia.. betapa kritisnya pemikiran die terhadap kandungan Al-Quran, persepsi die terhadap Islam, apa makna menjadi Islam, cara hidup Islam..di akhir dialog kami, konklusi yang kami sama2 jumpa dan setuju; sama dengan apa yang dirumuskan aku pagi tadi- Islam di bumi Malaysia ini di Melayukan.
aku ada satu pandangan terhadap mualaf: mereka ini wajib dan sangat dihormati. kerana mereka ini bagi aku jaaaaaaaaaaaaaauhhhhhhhh lebih mulia dan terpuji berbanding Melayu Islam ini.. kenapa?? kerana kita lahir sebagai Islam, kita tak pandai hargai agama kita, kita tak tau nilainya..sehingga lah kita semakin mendekati penghujung nyawa rasanya baru kita mula sedar nilai menjadi Islam. berbeza dgn Mualaff, besarnya hidayah yang diterima mereka-apabila mereka menjumpai Islam. beratnya ujian yang mereka tanggung untuk menjadi Islam. jarang sgt aku dengar kisah2 mualaf yang senang lenang menjadi Islam. yang aku banyak dengar, mualaff yang nampak keindahan Islam pada peringkat awal, apabila memeluknya, kecewa apabila keindahan Islam itu tak wujud pada penganutnya, in other words kita; Melayu Islam.
kemudian, aku sempat gak flashback ke peristiwa paling meruntun hati aku. malam tu aku ketinggalan bas dan train untuk pulang ke Tg Malim lepas jumpa bakal 'orang rumah' aku-cik Nur Zafirah kite nih. maka terpaksalah aku berjaga di KL sentral.. di halaunya oleh polis bantuan keluar dari bangunan..tak tau lah sebab ape..semak agaknya..(yang ni akan aku kritik nanti..inshaallah). maka lepaklah aku kat luar bangunan, berhadapan taxi stand. dilihat aku, ramai kutu2 rayau, yang tidur bergelimpangan di kerusi2 menunggu.. agak kesian..mane anak2 dorg? mana ahli2 keluarga dorg?? nasib baik aku bawak buku, boleh bace2. nk tido, tak bleh lah...tak selesa.. sedang aku leka membca nih, tibe2 tiga empat biji kereta berhenti di hadapan kami(merujuk kepada kutu2 rayau nih). turun hampir belasan anak2 muda, yg aku kira, berumur antara 18 ke 20an.. berbangsa apa, aku tak pasti. ada sesetengah dari mereka yang aku kire, melayu, tapi hanya dalam seorang due, selebihnya, berbangsa asing. mereka datang membawa beberapa bungkusan makanan dan minuman. nah, sedarlah aku, mereka sedang membuat amal jariah di waktu jam sedang menunjukkan 2 pagi. menarik! aku kire, ini rutin anak2 muda ni. diagih2kan makanan tersebut kepada kutu2 rayau ini. sayu hati aku tengok. habis2 tu, diorang pun beransur...nampak kepuasan di muka mereka.. siapa mereka?? inshaallah, aku akan cari siapa. tak sampai sepuluh minit kemudian, tiba2 datang sebuah van kelabu, yang ditampal pintunya dengan sekeping kertas untuk menutup logo persatuan atau pertubuhan mereka. datang beberapa lelaki melayu dan india bertubuh gempal, menyuluh mata kutu2 rayau ini. pedihnya..kasar perlakuan mereka ni.. lalu kutu2 ini di tangkap, dan dihumban ke dalam van..aduh.... sakitnya... rase mcm nak sgt pergi kat lelaki2 ni and maki2 balik. baru sekejap tadi sekumpulan anak muda menunjukkan dalam dunia ini, tanpa mengira siapa kau, apa agama kau, dan apa bangsa kau, kau tetap manusia yang perlukan belas kasihan, tapi kini, datang segerombolan manusia yang menunjukkan ego masing2. aku beranikan diri tanye polis bantuan, kenapa ditangkap dorg nih?? polis tu jawab..mereka ni kotorkan pemandangan KL Sentral.. Ya Allah...mereka itu pun manusia..hina kah mereka?? aku pun sama mcm mereka2 tu, duduk melepakkan diri kat situ, cume bezanya, aku berpakaian kemas dan bertemankan buku... =(
peristiwa malam tu dan pagi ni banyak buka mata aku... moga satu hari aku dapat lihat tiada lagi prejudis yang sebegini-prejudis terhadap bangsa dan taraf sosial, berlaku atas bumi Malaysia...aminn =(
(p/s: kredit to Tamrin, tak bosan duduk lame2 bersembang and melayan otak 'politik' aku! and cetuskan idea pagi ini)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hehehe... menarik... ^^,
ReplyDeletehaha..thanx!!
ReplyDelete