Monday, January 9, 2012

Anarki Anak Kiri



Tembok itu masih di situ,

Penjara otak anak kiri.

Haruskah anak kiri robohkan saja

Tembok usang penjara rejim?


Tembok itu sudah usang,

Bisik hati anak kiri;

Robohkan saja! Ini masanya!

Mahu tunggu mereka ganti yang baru?


Tembok itu kini kian usang,

Baik kamu robohkan saja anak kiri!

Sebelum mereka datang lagi

Dengan tembok (penjara) yang baru.

2 comments:

  1. BUMI TUHAN

    Bumi ini bumi Tuhan,
    merata rezeki bermacam nikmat,
    adil sesama jadi amalan,
    usah pula tamak haloba,
    kelak tuan diguling kuasa,
    kerna insan berjiwa perasaan.

    Bumi ini bumi Tuhan,
    jangan tuan megah berkuasa,
    hamba dikerah diperas tenaga,
    sedang tuan bermaharajalela,
    sedang si miskin merana terusan,
    si kaya jua terusan kaya,
    kumpul harta sampai kapan?

    Bumi ini bumi Tuhan,
    bila senget neraca pertimbangan,
    segala jadi cacamarba,
    sampai tika diambil kembali,
    barulah tuan sedari,
    tanah ini bukannya milik.

    -Hamba Rakyat-

    ReplyDelete