JUMPA DI KUALA LUMPUR
Saturday, December 15, 2012
Thursday, July 12, 2012
Menilai diri kembali.
Setiap orang pasti akan dewasa. Dan dewasa itu ada untung dan ruginya.
Untungnya bila peningkatan usia itu kita tidak sia-siakan, kita isi sehabis baik. itu bagus. itu yang menguntungkan.
Yang merugikan adalah, makin dewasa kita, makin kita menghampiri tempoh tamat jangka hayat kita. Makin kita kesuntukan masa. Kesuntukan masa untuk mengisi lagi dada kita dengan ilmu.
3 Julai lalu aku selamat menginjak 23. Masih muda, namun juga makin dewasa. Usia muda aku makin terhakis dan kian habis. Masa untuk aku belajar dan isi ilmu dalam dada makin suntuk.
Aku mulai tulis blog ni 2010- maksudnya waktu tu usia aku 21. harini 23, sudah dua tahun berlalu. dua tahun yang aku rasakan macam sepuluh tahun pengisiannya. ghairah menuntut ilmu, dan kadang-kadang juga ghairah menunjuk konon berilmu.
2 tahun. aku baca balik tulisan-tulisan lama. entri-entri lama, tegelak kecil. aku tak sesal apa aku tulis selama ni. Ada yang bagus, jujur, ikhlas. ada yang naif, pseudo, takbur, dan cetek.
Bagus juga. supaya aku ingat janji-janji lama, supaya aku tak lupa siapa diri aku dulu-dulu.
Bagus juga. supaya aku nilai semula kesilapan-kesilapan dulu. supaya juga tak ulang khilaf lama.
Itulah proses belajar. aku tak perlu malu. =)
Teringat mcm Lennon cakap saat interview dgn Ono, dia tak malu or menyesal dengan sejarah bersama Beatles and McCartney, biasalah..muda! Cuma bila sudah banyak menilai diri, dia juga faham tak selamanya dia perlu terus nyanyi Yesterday! haha.

Okay. cukup. tu je nak cakap.
Teruskan belajar. Masa kian suntuk!
Thursday, May 10, 2012
Pengakhiran hidup adalah mati
Pengakhiran hidup adalah mati. Tak perlu jadi munafik untuk nafikan hakikat mudah ni. Ye..aku faham, mati bukan titik noktah kalau kau bergelar manusia. Lepas mati kau akan dibangkitkan kembali. Tapi itu kan sudah diluar bidang urusan kau? Itu urusan Tuhan. Jangan tipu untuk kata kau mampu pula tentukan urusan kau lepas mati. Kau takde daya lagi.
Pengakhiran hidup hari ni tetap adalah mati. Maka hidup lah baik-baik.
Wednesday, May 9, 2012
Letih jadi "manusia"..
Tiap hari aku bangun untuk melihat rencam manusia. betapa aku kadang letih melihat manusia.
Kadang aku ingin lari saja ke hutan, biar berkawan dengan mawas dan unggas yang takkan pernah berusaha untuk menyakiti hati satu sama lain.
Tiap hari, aku bangun hanya untuk melihat kebinatangan manusia. Bila aku sebut kebinatangan, aku tidak pula menghina kawan2 mawas dan unggas tadi, yang aku fahami adalah betapa manusia itu sudah hilang nilai manusia dalam dirinya.
Aku pernah di atas, aku pernah tergolek ke bawah. Bahawa berada di atas itu kadang indah, kadang leka, kadang luka.
Ternyata berada di bawah lebih selesa barang kali.
Akhirnya aku jadi manusia semula. Melihat rencam manusia-manusia ini dari kaca mata biasa.
Apa yang kamu cari dalam hidup kamu?
Kamu mahu namakah? kamu mahu mewah kah? Atau kamu mahu jadi dewa?
Kalau dewa yang kamu minta, dewalah kamu. Hebat!
Aku rela berasing. aku rela diasing. Diasing itu selesa juga. Cuma kadang, aku terpaksa jadi munafik, cuba jadi "manusia" seperti kamu, walau aku tahu kamu itu benarnya sudah hilang manusia kamu. Dan aku juga turut terpaksa hilang manusia, jadi binatang jua.
Haih.. apa ada pada nama? apa ada pada dewa? apa ada pada "manusia" kamu itu.
Benarlah kata Chairil, aku binatang jalang. Jadi binatang itu agaknya lebih kamu pandang mulia dari mahu jadi manusia.
Hiduplah kamu dengan nafsu binatang kamu. Hiduplah kamu dengan menyembah diri kamu. Aku biasa-biasa saja.
Aku selesa di sini.
Tuesday, May 8, 2012
Pendidikan percuma dan hapus PTPTN.
Tulisan ini agak panjang.. sila banyak2 bersabar.
"Gila hape mintak pendidikan percuma? Woit! Melampau sungguh!! dah la mintak pendidikan percuma, pastu mintak plak hapuskan PTPTN!! Mana kitorg nak cari duit poket?? Kau takpe lah! Anwar Brahim bapak angkat kau! Cilake punya mahasewel! takde PTPTN takde lah orang Melayu nak masuk universiti!! Pttuihh!!!"
Kalau korang tergolong dalam golongan yang seperti di atas, mintak korang berlapang dada, bertenang, dan aku terangkan sedikit demi sedikit kat korang.. kalau korang bukan macam yang di atas, korang di minta pula untuk tambah sedikit sebanyak lagi apa yang boleh dibincangkan di sini. Kritikan dialu-alukan. Caci maki dan carut mencarut lucah sila ke papagomo. Bukan di sini.
Pendidikan adalah percuma. Bukan barang dagangan. faham dahulu konsep ini. Ini bukan satu lagi konsep sosialis tak semayang yang korang takutkan sangat tu. ini adalah konsep yang dalam mana-mana metodologi pun wujud, termasuklah Islam.
Pertama: mudah sekali ambillah hadis Nabi.. Pendidikan itu satu kewajiban buat setiap insan; maka menjadi tanggungjawab bagi pemerintah sesbuah negara itu untuk menyediakan pendidikan kepada rakyatnya. Jika dibina masjid banyak2 supaya mudah untuk rakyat menunaikan solat (satu kewajipan), maka begitu jugalah perlunya sediakan pendidikan (satu kewajipan). Masuk masjid berbayar tak? begitu juga masuk tempat untuk menuntut ilmu..
Kedua: sebuah negara yang maju, faham bahawa matlamat akhir sebuah negara maju adalah apabila rakyatnya mampu mendapat segala macam bentuk kebajikan yang disediakn kerajaannya. maka ini membidas kembali kenyataan Khaled Nordin yang bukan sahaja kata tak mampu, malah kata pendidikan percuma idea yang tidak relevan.. orang macam dia ni layak dibuang kerana mengkantoikan wawasan 2020. pendidikan percuma adalah cita-cita setiap negara yang ideal. macam mana nih? negara kita tak ada cita-cita begitu ke?? takkan bermaksud negara maju hanya syarikat-syarikat dan korporat2 saje yang menikmati kekayaan negara?rakyatnya bagaimana??
Ketiga: pendidikan percuma bukan sebab negara hanya mampu, malah kerana pemimpinnya menghormati ilmu sebagai entiti mulia. ingat! Ilmu adalah antara perkara yang dibawa masuk kubur.. dua yang lain kita tak perlu bayar....kenapa ilmu perlu bayar?? ini lah yang gagal difahami oleh orang-orang yang menolak pendidikan percuma..(walaupun dalam hati, kalau PM umum sekarang, semua bersorak..hipokrit). di negara lain, yang majoritinya pula negara kapir...pendidikan percuma bukan kerana mereka mampu, tapi kerana mereka menghormati ILMU SEBAGAI BUKAN BARANG DAGANGAN. ini memalukan Muhyiddin Yassi yang kata, pendidikan adalah perniagaan yang menguntungkan. kenyataan ini bukan sahaja teruk, malah menjijikkan.
Terakhir sekali, bukan tiga negara sahaja yang memberikan pendidikan percuma bak kata Najib Razak, sebaliknya tak kurang 20..contohnya: Barbadaos, Cuba, Brazil, Belgium, Jerman, Crotia, Denmark, Finland, Greece, Hungary, Kenya, Malta, Mauritius, Morocco, Norway, Scotland, Slovakia, Sri Lanka, Sweden, Trinidad and Tobago, Brunei, Turkey, Oman, Saudi Arabia...
So, tengok senarai di atas, berapa negara maju terlibat???? Jelas tentang pendidikan percuma, kita masuk bab yang lebih berat, PTPTN di bawah pula..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
PTPTN: perbadanan tabung pengajian tinggi negara. erti kata lain, khusus untuk mengepam dana untuk sektor pengajian tinggi iaitu IPTA dan IPTS.
sedikit makluman untuk yang tak faham: PTPTN ni, sama je macam bank.. takde sikit pun beza, kecuali dorg hanya buat study loan, tak buat loan kereta.. tapi baru2 ni, study loan ni pun dah bertukar jadi loan laptop pe semua jgak...
bila namanya loan atau pinjaman..maksudnya, ia adalah untuk menampung ketidakmampuan kewangan seseorang. tapi masalahnya sekarang, penggalakkan besar-besaran sedang berlaku. semua orang disuruh ambik loan ni, kan?? konsep berhutang sudah pun disalah gunakan untuk membuat keuntungan....
berapa interest korang kena bayar?
dah tengok dah surat sebenar bila hutang PTPTN perlu dibayar? pinjam RM48,000.00 jadi RM63,000.00..aik?? kata interest 3% je?? ye........dicampur dengan kos pentadbiran blablabla.....padan muka kena tipu!
tengok je yang kat bawah nih:
kenapa jadi begini? baiklah..mudah cerita: sistem kita hari ini adalah sistem pemodal... maksudnya, memaksimakan penggunaan setiap peluang dan ruang yang ada untuk membuat keuntungan maksima tanpa beban kerja yang lebih. ekonomi yang dipanggil ekonomi pemodal dan laissez-faire.. yang akan membuat keuntungan adalah orang2 terpilih.. dalam kes ini, PTPTN lah.. dalam negara ini, satu-satunya kompeni yang buat untung melalui "industri pendidikan" adalah PTPTN.. maksudnya, berlaku monopoli.. monopoli sangat tidak baik untuk perkembangan ekonomi... itu satu..
kedua, adalah menjadi dosa kering apabila korang percaya kepada fitnah yang mengatakan PTPTN adalah jasa kerajaan... PTPTN tidak mendapat suntikan dana dari kerajaan ok? PTPTN juga meminjam dari banyak institusi kewangan lain..termasuklah antara yang diketahui adalah COMB sebanyak 2.2billion. dan mereka perlu bayar balik dengan faedah...so, kalau nak buat untung, kenalah double triple kan faedah tu ke atas peminjam balik.. tu yang korang kena bayar tinggi balik. faham?
PTPTN juga menggalakkan penyelewengan apabila terlalu banyak stake holder yang bukan2 terlibat. cuba check akaun korang awal2 sem.. mesti hilang 30 ke 50 ringgit..mana pergi??
So, keperluan untuk menghapuskan lintah darat ini perlu.. hari ini, korang tak rasa pape..tapi bayangkan, bila korang dah berkeluarga, dah berumah tangga, dah beranak.. tempoh bayar balik ada yang mencecah 25 tahun.. hari ini, mak ayah kita tak perlu bayar PTPTN..yang bayar kita je.. tapi bayangkan, lepas ni...generasi berhutang dah masuk lapis kedua (kita lapis yang pertama sejak 1997)... korang dengan anak korang time tu boleh berkongsi kereta untuk ke bank-bank berdekatan untuk bayar hutang sama2... kesiannnn......berhutang sebab apa??? sebab nak belajar??? tu je??
macam mana nak hapus tanpa jejas situasi dan perjalanan semasa?
Kadang2, korang ni serabut kepala otak banyak sangat... dalam negara ni, ada 20 je IPTA.. ingat kerajaan tak mampu ke bagi yuran korg langsai?? mampu sangat..saje taknak...supaya korang berhutang budi..tu je.. so, hapus PTPTN, tak jadi masalah buat IPTA.. bila dah takde yuran, korang nak buat apa duit PTPTN? nak beli Blackberry or iPhone?? ok..ok..nak duit makan ek??
macam mana kalau aku cakap: federal (kerajaan persekutuan..ala, yang duduk dkat putrajaya tu lah!) government tanggung yuran pengajian... manakala, macam mana pulak kalau state government pulak tanggung kos sara hidup yang sudah pun diminima kan?? kalau sebelum ni, yayasan negeri perlu bagi 3 ribu untuk seorang pelajar, bila yuran dah free..yayasan hanya perlu bagi seribu je seorang...asalnya boleh tanggung sorg je, kan dah dapat tanggung 3 orang plak anak negeri?? nampak tak? angan2 mat jenin?? time anak2 SITC jerit "merdeka" dulu pun, itulah ayat British guna.
itu IPTA.. macam mana dengan IPTS???
baik..IPTS tak mampu beri pendidikan percuma, kalau ada IPTS yang bagi pendidikan percuma, sila buang aku ke luar negeri..ternyata aku gagal di sini...
IPTS ni satu lagi penyakit.. dulu sikit, skarang dah jadi sampai 400..tapi ye lah, dah terlambat untuk kita sesali... memilik negarakan IPTS sahaja lah yang bakal selamatkan nasib kawan2 kita di sana, tapi itu nanti kita bincang lain.. panjang perbhasan untuk itu..
satu2nya jalan keluar untuk selamatkan kawan2 mahasiswa di IPTS adalah dengan memastikan lebih banyak biasiswa oleh syarikat korporat yang dah buat banyak untung, serta pinjaman pendidikan atau study loan bukan lagi dikeluarkan oleh PTPTN.. study loan perlu dikeluarkan oleh bank2 lain dalam negara ni. memandangkan seperti yang aku jelaskan tadi, PTPTN meminjam dari bank lain, maka interst terpaksa digandakan. jadi, buat apa kita biarkan PTPTN buat untung begitu, sedangkan kita mampu je terus pinjam dari bank2 ini tanpa melalui PTPTN??? kan???
adakah ini satu mitos?? tidak... Bank Rakyat pernah buat study loan Al-Falah.. tapi jadi projek gagal sebab PTPTN monopoli sektor tersebut.. jadi, hapuskan PTPTN, dan bank2 lain boleh dengan selesanya tawarkan pinjaman pendidikan.. ini menguntungkan pelajar kerana akan berlaku persaingan antara bank2 yang terlibat. sekarang ni, monopoli kaw2 dari PTPTN...sebab tu dia tak peduli kalau interest tinggi pun....pelajar terpaksa pinjam jugak dari dorg.... kalau2 dah pecah monopoli tersebut...settle masalah.. bank2 akan berlumba bagi pinjaman dengan kadar paling rendah... untung siapa???? kita lah untung bila boleh kawal balik ekonomi kita...
so..boleh faham sikit2 tak bahawa PENDIDIKAN PERCUMA dan PENGHAPUSAN PTPTN itu wajar dan tidak mustahil?
harap tulisan panjang kali ni bantu korang faham apa yang dipekik lolongkan oleh 'mahasewel' yang korang dok kutuk selama ni...
kalau korang tak nak bantu generasi yang akan datang, biar kitorg terus bantu.. duduk tepi diam2 dan tak perlu menyalak-nyalak..
akhir sekali... aku tahu banyak lagi mekanisma yang dibentang oleh banyak pihak..rajin2 kan diri korang untuk gi forum2 berkenaan.. aku tulis di sini adalah resepi yang aku fikirkan sikit2 melalui panduan2 yang kitorang bincangkan bersama dalam SMM.
Sekian, terima kasih. =)

Monday, May 7, 2012
428: Cukupkah BERSIH untuk rakyat?
Tulisan ini telah disiarkan di Merdekareview.
Walaupun sudah lebih sehari berlalu ketika artikel ini ditulis, ternyata memori BERSIH 3.0 terlalu kuat untuk dipadam dari kotak maklumat semula jadi saya. Segala macam pemandangan, pengalaman, dan beribu perasaan yang bercampur-baur masih bermain dalam pemikiran saya. Saya mampu sifatkan, BERSIH 3.0 adalah pengalaman penting buat anak-anak muda zaman ini selepas REFORMASI membentuk peri laku dan sifat diri anak-anak muda di zaman tersebut menjadi siapa mereka hari ini.
Saya masih keliru dan cuba untuk mengatur kembali setiap ingatan saya sepanjang beberapa jam di Kuala Lumpur terutama sekali di sekitar Dataran Merdeka, Sogo, dan beberapa kawasan panas yang lain. Sekali lagi saya harus akui, walaupun sebelum ini hampir dua minggu saya dan rakan-rakan aktivis yang lain telah berkampung di Dataran Merdeka, apa yang berlaku pada 28 April yang lalu sama sekali tidak sama, dan hampir-hampir memadam semua kisah yang berlaku dalam dua minggu sebelum BERSIH 3.0. BERSIH 3.0 adalah pengalaman gila dan mengubah pandangan serta sentimen saya terhadap bentuk perubahan yang sedang berlaku dalam Negara ini.
baca lebih lanjut di sini...

Friday, February 17, 2012
Jom turun Kuantan!
26 hb Februari, kalau kamu anak muda yang cintakan bumi ini, maka wajarlah kamu turun ke Kuantan!
Ingat peristiwa Bukit Merah dua dekad lalu?
Berapa ramai mangsa radiasi??
Salah satu famili yang terjejas>>>
Penduduk-penduduk Bukit Merah yang berjaya halau operasi kilang nadir bumi di Bukit Merah dahulu akan turut bersama dengan penduduk Kuantan pada 26hb Februari ini..
Jom halau kilang kapitalis bangsat yang sudah pun dilesenkan oleh kerajaan untuk beroperasi...
26hb Februari 2012...be there!
lebih info: stoplynas.org
p/s: Aman Kampus? Dapat diorang ni kita ikat diorang kat pagar kilang Lynas..nak tgok selamat ke tak... Mulut disumbat duit sampai hati jadi buta.. kah kah kah!
Saturday, February 4, 2012
Puisi Sudah Jadi Senjata
Tak perlu cari salakan2 pembenci sebelum2 ini. Sudah aku padamkan semua. tak baik untuk kesihatan aku, kamu dan mak ayah aku.
Aku hidangkan aje apa yang aku simpan dalam otak kusut aku. selebihnya orang yang baca nilai sendiri.
aku jelik dan pelik, yang paling banyak di "salak" adalah entri "Hamba Sistem".. Hahaha!
aku bukan Chairil, bukan juga Pak Samad. Tapi nyata puisi pun jadi senjata! =)
Ramai betul yang mengamuk dengan Hamba Sistem.. apasal??? Terasa?? Dan bahasa-bahasa kesat mula dilempar. memanggil orang lain dungu sedang diri korang guna bahasa yang..menggambarkan tahap korang. =) dan aku memang geram, habis aku padam..aku tersenyum je balik.. =)
Dan aku pun teringat pada Pak Samad yang diheret ke balai kerana Unggun Bersih dan Peludah Warna.
Tapi semuanya tak bisa lawan Chairil yang diseksa penjajah Jepun bila "Aku" dibaca mereka.
Puisi sudah jadi senjata..
Monday, January 9, 2012
Anarki Anak Kiri
Tembok itu masih di situ,
Penjara otak anak kiri.
Haruskah anak kiri robohkan saja
Tembok usang penjara rejim?
Tembok itu sudah usang,
Bisik hati anak kiri;
Robohkan saja! Ini masanya!
Mahu tunggu mereka ganti yang baru?
Tembok itu kini kian usang,
Baik kamu robohkan saja anak kiri!
Sebelum mereka datang lagi
Dengan tembok (penjara) yang baru.
12 Jam Menuju Perbicaraan
Saat ini aku sedang layu mata menunggu sahabat menjemput aku. Janjinya jam 3.. ada 30 minit lagi. Tulis sikit lah blog yang lama tertinggal.
12 jam lagi akan dihadapkan ke mahkamah AUKU; mahkamah yang minta maaf cakap: bodoh. Kenapa bodoh?
tahukah anda: mahkamah AUKU ini tiada set hukuman yang tetap. setiap kesalahan hukumannya sama saja. maka kalau kamu membakar universiti, hukumannya mungkin dipecat, kalau kamu membakar kertas periksa pun; hukumannya boleh jadi dipecat juga. kuasa yang terlalu luas diberi kepada penghukum; tak ada tanda aras, tak ada timbal balik.
bodohnya juga kerana tidak langsung menghormati perlembagaan negara; anda seorang diri. peguam tidak dibenarkan untuk melindungi hak anda di dalamnya. kalau mana anda berbicara sepetah mana pun, ia hanya formaliti. panel hanya akan dengar, kemudian habis air liur berbahas dan berhujah, jatuhkan saja hukuman.
"ini Universiti, bukan luar universiti, nak pakai peguam buat apa??". ye..silakan berfikir demikian. dah kena esok baru korang tahu.
adoi..mana budak ni??? aku dah letih tunggu ni!!
esok 9 januari 2012.. doa aku, biarlah 9 januari jadi tarikh terakhir AUKU digunakan untuk hukum mahasiswa.
tuntut hapus AUKU: akta bodoh menghina maruah mahasiswa.
Subscribe to:
Posts (Atom)