Wednesday, February 16, 2011

Dari Blog UPSIkini

kah kah kah..ok..UPSIKINI memang laju je.... sape ek Mr Teller??

Adam Adli mungkin dikenakan AUKU

Tanjong Malim, 16 Feb- Adam Adli merupakan seorang mahasiswa yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kampus pada kali ini, harapan bagi menyartai PRK kali ini beliau dikhuatiri akan gagal kerana tindakan yang pihak JHEPA mengaitkan beliau dengan Akta Universiti Kolej Universiti. Beliau juga merupakan seorang pendokong Legasi Mahasiswa Prograsif yang akan bersama Mahasiswa Pendidik.

Menurut sumber, pada hari ini Adam Adli telah dipanggil ke JHEPA bagi menjelaskan pertuduhan keatas beliau. Dalam masa yang sama, kelihatan beberapa pendokong dan penyokong LMP dan MP di sekitar perkarangan bangunan JHEPA bagi member sokongan penuh kepada beliau.

Menurut Adam Adli “ saya telah dihubungi oleh wakil JHEPA berkenaan perkara ini tempoh hari, saya dimaklumkan bahawa Kementerian Penajian Tinggi telah menghantar surat kepada JHEPA. Melalui penjelasan yang saya terima, surat itu menyatakan bahawa, saya akan dikenakan AUKU dan dilarang sama sekali bagi menyertai Pilihan Raya Kampus pada kali ini.”

Diantara sebab beliau disabitkan dengan AUKU adalah kerana beliau dituduh mempunyai kaitkan rapat dengan politik luar. “Buat masa ini, saya akan terus berjuang demi mendapatkan hak dan keadilan sebagai seorang mahasiswa bagi menyertai PRK kali ini .Saya yakin dan percaya, dengan sokongan yang diberikan daripada LMP dan MP saya akan dapat bertanding dalam PRK kali ini. Saya juga percaya, ini adalah satu cubaan bagi menjatuhkan nama baik saya dalam politik kampus.” Tambahnya lagi.

3 comments:

  1. aku sokong perjuangan ko~~xramai hamba Allah ade semangat begini..yg manis akn dirasa akhirnya..
    aku liht ramai pemimpin..tp pmimpin yg mcm mna..aku sendiri xnmpk objektif yg hendak dicapai..teruskn usaha..cuma diharapkn akn ade perubahan positif untuk generasi MPP kli ini~~aku kecewa untuk PRK kli ini..serius gile..yg penting jgn sampai melayu pecah belah sudah lah..buruk kesannya..selamat berjuang

    ReplyDelete
  2. but still..aku kecewa dan seksa emosi pagi tadi kuntum.. aku dah cuba kawal emosi aku pasal kes ni.. aku tak serang HEP, sebab dorg pun tolong aku sikit2 time siasatan..aku hargai tu..jadi, aku tak sampai ke tahap salahkan dorg pasal benda nih..cuma, aku tau ni kerja kepala2 Bitara atau Pro-A yg lain..still, aku cuba kawal emosi aku jgak..cuma, bila Bitara sampai ke pusat penamaan calon, muka2 yang aku nampak berada di depan adalah MEMBER2 aku sendiri yg selama nih aku percaya.. aku tak salahkan dorg..cuma, aku rasa sangat2 kecewa and sakit hati jadi macam nih..tgok plak member2 sndiri pun ada sekali dgn dorg..ini serius.. pasal nak menang kerusi MPP punye pasal, sanggup buat ke tahap aniaya student lain..pijak org lain untuk naik..ini tak bleh jadi..takpelah...aku redha..ujian untuk aku..tu je bagi aku..

    ReplyDelete
  3. Jadilah orang beriman yang bersyukur, sabar dan BIJAKSANA. Read Al-Quran. Dari jauh ustaz sokong kamu!

    ReplyDelete