Friday, February 18, 2011

Dari UPSIkini..hari penamaan calon

PRK : hari penamaan calon panas

Tanjung malim, 17 Feb – Proses penamaan calon sedang berjalan dengan lancar setelah semua calon berjaya menghantar borang pencalonan sebentar tadi. Suasana penamaan calon dimeriahkan dengan perarakan mengiringi calon MP dan LMP ke tempat penamaan calon.

Perarakan tersebut disertai lebih 300 mahasiswa yang membawa ‘gelombang kuning’ menyokong barisan calon daripada MP dan LMP. Mereka kelihatan berkumpul seawal jam 8.00 pagi lagi bagi menyatakan sokongan kepada calon-calon mereka. Barisan calon seramai 13 orang tiba sekitar 8.40 pagi.

Laungan ‘hidup mahasiswa’ dan hancur ‘bitara’ bergema di sekitar Bitarasiswa yang menjadi pusat bagi proses penamaan calon. Pengawal keselamatan UPSI dilihat membuat kawalan yang ketat di sekitar bangunan Bitarasiswa bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Proses penamaan calon dijangka akan menjadi panas apabila ada cubaan daripada pihak dalam yang ingin menggagalkan borang pencalonan Adam Adli yang merupakan wakil Legasi Mahasiswa Progresif (LMP). Menurut sumber, borang pencalonannya telah digagalkan dengan kenyataan daripada dekan bahawa dia berada dalam proses tindakan tatatertib.

Demokrasi kampus terus dikhianati dengan tindakan tersebut. Seluruh mahasiswa akan bangkit menetang kezaliman yang telah diperlakukan sebegitu rupa. Keputusan berkaitan tersebut masih ditunggu sehingga jawatankuasa rayuan selesai menilai perkara tersebut.

4 comments:

  1. Memilih yang benar sudah memadai. Moga terus istiqamah.

    ReplyDelete
  2. Thank you and Jazakallah sahabat2 dan Ustaz..saya terharu dan hargai setiap sokongan...moga kita beroleh berkat..Aminn

    ReplyDelete